24 March, 2011

288. ayam asam tempoyak ringkas

perut pagi2 lagi dah berkerongcong klasik...

teringat en hb suka makan masak tempoyak. semalam ilah jy dah masak lemak.. soo pagi ni masak ayam tempoyak ni cuma guna tempoyak jer..takut juga santan dan santan ..2 minggu lagi nak amek darah di HKL.. jaga2... cukup ringkas tak masuk pun cili padi.. sebab nak hirup kuahnya yg masam2 tu... aduhai masa buat n3 ni perut ni masih kerongcongggg..sat sat ya perut nanti kita makan..

bahan:

ayam potong kecik2 tak suka besar nanti cepat muak..(dlm 10 ketoi jer ni )
2 btg serai ketuk
1 keping asam keping
1 biji tomato potong besar
1 helai daun limau purut
cili merah potong serong

bahan mesin:
2 sudu besar tempoyak
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit
air secukupnya

mesin dgn air secukupnya kesemua bahan ini masukkan dlm ayam dan rebuskan bersama serai asam keping tomato, daun limau purut dan garam.sehingga empuk dah siap... senang jer kan..

jom jemput makan..layanzzzz.... ada sayur labu air..ada sambal mempelam ada ikan duri masin ada ler selera nak naik kan KG ni lagi ..hahahahaha jangan mareee yer kawan2


4 comments:

  1. haa..masak tempoyak gini mak mertua mas pandai...
    memang sedappp masak tempoyak dia..he..he...
    tengok masak tempoyak akak ni pun mas dah terliur..sedapnya..

    ReplyDelete
  2. kak ilah...patutla terbau2 tempoyak dari keramat rupanya ayam masak tempoyak kak ilah..kecur je tgk..lih tapau sikit ni..hehe

    ReplyDelete
  3. ka ilahhhh
    sedap ni..mak sYA slalu buat masak gini.tapi letak cili padi la sikit.sedap nyaaaaa

    ReplyDelete
  4. kak nampak lauk sedapnya kak..tapi bilalah kita nak tahu makan tempoyak...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini