03 April, 2011

293. sambal mangga goreng versi jy

disambalkan pada 3 april 2011 jam 3 prtang

salam petang ahad.
lewat sikit masak hari ni kira2 jam 3 baru masak. sebab malam tadi tido di PPUM balik dah jam 10 pagi so so mata yg tak dpt lelap di sepital malam tadi kenalah balas pagi ni sampai jam 1 baru bangkit. si bongsu dah mengadu perut dia lapauuuu.. nur liyana nak makan sambal hitam pahang. mama cakap buah belimbing buluh tak dak! so so mama kata kita ganti buluh dangan mangga leh tak ana??? ana kata janji nama sambal hitam pahang ok la mama""".. apa lagi mama mmg sudah ada stok mangga dari melaka apa lagi dapat juga si bongsu nak makan. sebab rasa nya seakan sambal hitam pahang yg ori hehehe.. sedappppp!! janji ada masam2 manis masin dan ikan bilis tuuu . pasti sedap.. lepas makan ni nak g kelang pula berbincang adik beradik hb tentang JKR nak amek tanah kebun tu... sebelum tu jom layan resepi sambal hitam mangga ni ya....

bahan:

1 biji buah mangga epal/ secawan
1/4 cawan ikan bilis tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar sederhana saiznya potong baji
10 biji cili padi tumbuk halus
kicap secukupnya
1 sudu besar gula pasir
minyak

caranya:
1.potong kulitnya separuh separuh. putih hijau putih hijau berselang seli ya puan2
2.kemudian cincang macam buat kerabu ya puan2
3.panaskan minyak tumiskan bawang bersama ikan bilis dan cili padi
4.masukkan mangga kacau sebati.. masukkan sedikit air supaya mangga itu lembut.
5.setelah sebati masukkan kicap dan gula kacau sehingga kering. sedia utk dimakan.


2 comments:

  1. sedapnya sambal tu kak ilah...
    nak sikit....boleh makan ngan nasi malam ni..he..he..

    ReplyDelete
  2. mas bila kak tanya depa semua kata lebih sedap guna belimbing buluh. huhuu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini