04 April, 2011

294. talam labu

ditalamkan pada 4 mac 2011

jam 1 ptg tadi selepas selesai menghantar liyana ke sekolah ptg. ilah jy terus menalam. setelah bertanya khbar dgn mas dunia ku. dlm fb. mas pun sedang sibuk nak pergi PPUM. sempat la h juga sifu mengajar ilahjy.
asal resepi mas masukkan keledek. tapi ilah jy teringin nak rasa labu. terus ubah/tukar bahan utama sahaja. sekejap jer menalam kuih ni.. rasanya manis2 buah. kenyal lembut... lihatlah boleh di lengkung keliling piring. tapi sebelum nak telan kena minum dulu air masak supaya tak tercekek.. ilah jy alah sikit kuih kenyal ni.. buah melaka pun alah.. kena campur sikit tpg gandum baru leh makan huhuuu. terus potong jam 5 tadi setelah sejuk hantar ke rumah jiran sebelah..
> terima kasih adinda kusss mashitah...

sumber terkini dari: mas duniaku.. resepi asal kak anim

bahan bawah:
300 gm labu ditimbang setelah siap direbus
75 gm tepung beras
75 gm tepung kanji/ubi
150 ml santan
150 ml air
200 gm gula
1 sudu kecil garam

campurkan semua bahan dlm pengisar dan kisar sehingga halus. kacau atas api sehinnga pekat dan kukus lah selama 7 minit api kuat.
PETUA ILAHJY >>sapu loyang dgn sedikit minyak dan taburkan sedikit tepung supaya minyak tak bergenang dlm kuih ya puan2 petua ilah jy yaaa BARU DaPaT PETANG TADI hehe

bahan atas:

100 gm tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
200 ml santan
200 ml air
sedikit garam

campurkan kesemua bahan ini dan blend sehingga hancur kacau atas api sehingga pekat dan tuangkan ke atas bahan bawah . kukus sehingga 20 minit. sejukkan baru dipotong tak perlu semalaman krn talam ni senang tak byk sonnnngggeeehh.. sedap dan lembut..



8 comments:

  1. minta lagi ada ker..kita ada labu dua tiga biji lagi ni..boleh la wat talam labu gak...

    ReplyDelete
  2. mesti lah ada sebab baru potng anak2 belum makan lagi naz..cik abg tu mana suka kuih lembut mcm ni..yg dia tau goreng pisang goreng pisang cekodok..huahuaa jemu dennn

    ReplyDelete
  3. kekandaaaaa...ni adinda datang nak merasa talam labu tu...he..he..
    cantik la talam labu kak ilah ni.....
    terasa rasa lak kesedapan talam keledek yang mas buat ari tu...
    ehhh..mesti rasanya lain sikit sebab yang ni labu..lain kali boleh try ngan labu lak....
    betul tu..talam ni rasa kenyal2 gitu sebab letak tepung ubi..kan kak ilah...
    akak, try buat talam nangka resepi kak yati lak...sedappp tau...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Ilah,
    Ada lagi ke kak talam labu tu...yatie mmng peminat setia kuih2 mcm ni...terasa kelembutannya...

    ReplyDelete
  5. 2 mas
    nanti kak ilah cuba talam yatie lak hehe

    2 yatie
    adaaa..2 hari masih tahan tak basi kat dlm tupperware..

    ReplyDelete
  6. Salam kak Illah.. sihat ker?
    Lembut jer nampak kuih talam akak tu. Kalau duduk sebelah rumah boleh mintak sikit kan heheheee

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum kak Ilah cyng...winduuunya lama tak singgah sini..mcm2 dah terlepas n3 akak ni...lately ni bz jer kak tak sempat nak bw..akak sihat ke?hmm sedap nengok kuih talam ni.

    ReplyDelete
  8. 2 naz
    alhmdulillah sihat
    jumaat nak amek darah di HKL harap2 semua ok..kalau dok sebelah umah tak yah minta sbb kak ilah suka bagi jiran sebelah..hehe

    2 nieza
    wkslm cyg adik kusss yg jauh .. tu la kita sama2 dok teringat.. rupanya nieza bz.. kak biasa jer..byk N3 kak dah buat draft.. yg kisah luar masak ...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini