06 October, 2011

359.BLUEBERRY CHEESE TART

ditatkan pada petang semalam 5 okt 2011
2 bentuk dan saiz yg berbeza...
assalamualikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dapo jy..
setelah beberapa hari tak menghupdate dan menyapu sawangan di dapo, baru hari ni ada mood mengemas. fuhhh bukan main lagi sawang nya yg tebal..dan habuk pun berlapis2. heheheee...
minggu ni anak bongsu cuti kerana PMR maka ilah jy turut sibuk keluar rumah dgn agenda tersendiri..
pagi semalam rabu 5 okt 2011 ilahjy keluar dgn si liyana ke kedai BAGUS di Melawati utk beli keperluan buat kuih dan kek.. kerana ada tempahan apam dot2 utk majlis kawen hari sabtu nanti... terlanjur terus beli acuan tart yg comel2 ni.. stok yg ada kat umah kusss besar gedabak... hajat nak beli tercapai krn dah ada stok kat bagus semalam. lantas ilahjy balik rumah terus buat tart ni.... dah lama tak mengetart... akhirnya dpt juga en hb makan..(tengah demam) siap beli inti blueberry sekali...

tapi semalam ilahjy guna resepi dari HASUE, AZLITA DAN KAK AM FLORA dah lama terprint belum di cuba lagi....

meh kita lihat apa perbezaan resepi ilahjy buat pada kliksini dgn yg nie..
terima kasih pada mereka kerana kongsi resepi nie..

bahan2:

1 biji telur
100 g butter
75 g gula ising
200 g tepung gandum

caranya:

1.campurkan kesemua bahan dan digaul menjadi serbuk roti kemudian masukkan telur dan di 2.uli sebati. simpan sebentar dlm peti sejuk.
3.ambil sebesar ibu jari masukkan ke dalam acuan pastry dan tekank kan mengikut bentuknya.
bakar dalam suhu 160 darjah selama 15 minit.

masukkan inti bluberry dan tutupi dgn krim cheese lorekkan atasnya dan bakar selama 5 minit suhu 170 darjah.

krim cheese:

250 g krim cheese
60 g gula ising
1 biji telur

caranya:

1. putarkan krim cheese dgn gula sehingga kembang kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.

6 comments:

  1. Salam..Wahhh lately ni makin ramai yang duk tayang cheese tart...bilalah nak masuk korum gak

    ReplyDelete
  2. wkslm..jom lah join tak rugi mencuba dah lama ilahjy mengetart sejak 2001 lagi...tapi masa jer tak sempat...

    ReplyDelete
  3. salam rindu ilah cayang..lama kita x bertandang kesini..hehe! pekabo?? alahai cam berjanji jek kita ni ilah sbb kita pun wat cistat bluberi gak semalam cuma x sempat wat n3 lg kt blog! kita pun guna resipi azita nih..cedaap!

    ReplyDelete
  4. kak ilah...
    cantik cheese tart...meh 10 ketoi..he3

    ReplyDelete
  5. kak ilah cyng!! nieza pun ada buat gak cheese tart ni kak tapi tak secun mcm akak buat la..huhu tak masuk n3 lagi dok memikir nak n3 ke tdk..hehe

    ReplyDelete
  6. 2 inahar
    hai puan doktor cyggg..
    maceh kerana merindui dakussss
    wah selera kita sama ya hari ini..

    2 mas
    demi adik mas sorg kak ilah sanggup buat 1 dunan kasi mas..hehehe

    2 nieza
    alaaa malunyaaa.. mana ada cunnnggnyaaa... dah lama tak buat keras tgan laaa hehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini