http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
22 February, 2012
383. IKAN TENGGIRI MASAK KICAP..org sakit..
semasa ilahjy dalam berpantang dek kerna serangan campak keladi, ilahjy tak de selera nak makan kerana semua kena catu..catu dlm pemakanan.... semua yg bersabit dgn gatal2 perlu dielakkan.... bayangkan 4 kilo turun dlm seminggu....
hari ini ilahjy cuba memasukkan resepi ringkas ini buat simpanan sendiri dan rujukan anak2 dimasa depan... boleh tahan rasanya.... ilah jy masak dah lama. 5 feb... dek kerana penyakit tu ilahjy tak de mood langsung utk buat N3... hanya baring2 jer depan tv.. ptg nie baru teringat ada juga gambar dlm simpanan..terus ilahjy buat N3 ....supaya tak lupa resepi ciptaan sendiri nie.....kan melayu mudah lupaaaaa hehehehe
bahan:
2 keping ikan tenggiri
1 labu kecil bawang besar dipotong baji nipis2
5 ulas bawang putih di ketuk lumat
1 inci halia juga diketuk lumat
1 sudu besar rempah soto
6 biji lada hitam tumbuk halus
kicap pekat secukupnya lebih kurang 3 sudu besar
sedikit garam
1 keping asam keping
caranya;
perapkan kesemua bahan2 bersama ikan lebih kurang 20 minit.
panaskan minyak secukupnya.
masukkan ikan dan goreng separuh masak.
setelah itu masukkan kesemua bahan2 perapan tadi bersama asam keping.
bila bahan2 tadi dah pecah minyak baru ditambah sedikit air dan terus dimasak sehingga mendidih dan sedikit pekat dan tutup api.
senang dan ringkas... kena dgn selera ku semasa sakit...
5 comments:
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini
kak ilah..
ReplyDeletetengok ikan masak kicap tu..
org tak sakit pun berselera nak makan..
sedapp tu..he3
hihihi..
ReplyDeleteanak2 kak suka berebut depa amek kuahnya...
salam rindu kakilahjy.. smga dah bertambah selera makan.. smpai 4kg susut .. siannya
ReplyDeletekak ilah.... dah lama lia x masak ikan masak kicap..asyik ulang2 asam pedas n kari je sbb en.suami suka makan...
ReplyDeleteminggu ni nak try ikan tenggiri masak kicap lah.. :)
Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan
ReplyDelete