14 July, 2012

419. TAUHU POKET dan bebelan kusss

padatkan inti ke dalam poketnya... boleh digoreng atau dikukus ikut selera masing2 ya.
bahan2 inti sedia utk di gaulkan
buatkan lorekkan keliling tauhu dengan pisau tajam seperti gmbr dibawah. selepas itu guna sudu utk keluarkan isi tauhu itu. bersihkan molek2 ya.. tauhu ini amat tebal .senang nak kerjakannya..hehe
selamat pagi sabtu...salam sejahtera assalammualaikum...

yg berbahagia rakan GMM pengunjung2 RSJY. dan seluruh warga blogger yg sudi bertandang ke DAPUR RSJY... sebelum memulakan madah wadah hari ini ingin ilahjy memohon kemaafan dari kalian semua jika sepanjang ilahjy membina blog masakan ini ilahjy telah melukai hati2 kalian tanpa ilahjy sedari.... terutama buat GMM yg sentiasa sudi bertamu dan memberi komen2 walaupun tak ramai seperti yang lain.. wpun cuma sekerat dua yang sudi beri komen ini tak bermakna RSJY tiada pungunjung..sehari mencapai hampir 300 org pengunjung yg tak memberi komen...cuma 4,5 org sahaja yg sudi berceloteh..
kepada yg sudi memberi komen setia sentiasa, ilahjy ucapi dgn terima kasih krn kesudian kalian memberi komen.. dan ada yg sempat ilahjy balas.. buat pengetahuan kalian line tenet agak mandom sikit kebelakangan ini... susah nak lihat gambar2 dari blog kalian nak masuk komen pun susah.. apa pun mohon kemaafan atas sebarang kesalahan...

NI DIA BEBELAN KUSSS JOM BACA KALAU MINAT LAH HEHEHE:
baca dengan nada serius tauuu...

baru2 ini, dalam minggu ini pada 9 julai 2012... ilahjy ada temui dalam FB gambar masakan ilahjy diamek dan dimasukkan dalam FB INDIVIDU BERKENAAN.. dia tidak memberi respon pada ilahjy sepertimana GMM sedia maklum.... hasil kerja tangan yg tak seberapa itu bukan senang nak dihasilkan..jika tiada kudrat dan daya usaha ini..tentu kalian faham... berkaitan resepi tu tak kisah sangat, semua orang rela berkongsi... tapi gambar2 hasil tembakan masakan orang janganlah dibuat harta sendiri utk dipamer dan dishare bersama ratusan rakan tanpa memberi penghargaan pada empunya diri,...sekurang2nya hello ke hai ker salam ker.. bukan dapat duit ringgit pun..tapi sentiasalah menghormati hak orang lain... jangan sampai digelar pencuri..atau penyamun tarbus... buat malu jer kita sebagai org melayu yg tinggi budi bahasa kaya ilmu...

maaf atas bebelan itu tadi sebab bukan seorang sahaja ilahjy terlibat dengan kerja2 dia yg tidak berhemah itu..yg pasti ramai terlibat... kami telah memberi teguran tapi dia telah mendeletekan komen2 kami..dan masih ada lagi gambar kami disana.. semoga dia akan insaf dan tidak mengulangi perbuatan mengakui hak orang lain sebagai hak dia sendiri..
bila rakan2 dia bertanya soalan berkenanaan masakan tersebut dia tidak dapat menjawab. kesian pada yg share yang like dsbnya...tertunggu2 jawaban ..sudah pasti dia tak bolen menjawab sebab bukan dia yg memasak menembak gambar dsbnya... semoga pekara ini tidak akan berulang lagi... kalian sedia maklum ramai diantara kita telah alami masalah macam ni dan sentiasa berulang dan tidak putus2..sebab..MEREKA TIDAK FAHAM ETIKA BERBLOG DALAM GMM.... geng masak masak...

ilahjy hentikan leteran itu disini sini saja.. mari kita layan tauhu poket.... yg senang dibuat dan enak dimakan bersama sos..

bahan:

4 keping tauhu
isi ayam dicincang sedikit saja
1 biji cili merah dipotong dadu
2 biji cili padi dadukan
sedikit sos tiram
daun bawang daun sup dihiris halus
sedikit serbuk soto
garam
serbuk lada sulah

caranya:

gaul kesemua bahan2 diatas dan disumbatkan ke dalam tauhu yang telah dikeluarkan isinya. tauhu yang dikeluarkan boleh dicampur bersama inti diatas. ilahjy rasa lain kali ilahjy tidak akan mencampurkan isi tauhu itu.sebab tidak berapa kena dgn selera ilahjy.
setelah dipadatkan dalam tauhu boleh lah digoreng sehingga garing dengan minyak yang banyak dan panas(api kuat). supaya tenggelam tauhu itu.

atau boleh juga dikukus sehingga masak dan dimakan bersama sos cili

2 comments:

  1. salam rindu ilah cayang..amboi membebel x abis2 ek? mmg bengangkan tp xyahla dilayan perangai manusia2 yg x semenggah tuh..mmg dh keturunan penyamun tarbus kan..mmg x heranla kalu kena tegur @ kutuk..adoyai..ishishh!! sabor jelaa..eh..nk kenen tauhu poket tu seketui bleh x?

    ReplyDelete
  2. salam kak... skrg nih dah pesen fb pulak 'jenayah' nih yer kak... takkan berakhir selagi manusia tu xde kesedaran... sadis sungguh la kita2 nih... nak jugak la tauhu akak tuh! kat umah nih ramai peminat tauhu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini