05 February, 2014

568. ROTI NAIK SOS KASTARD

Selepas balik bercuti sempena CNY selama 3 hari 2 malam di PULAU LAGENDA MAHSURI LANGKAWI  setelah 15 tahun kami tak jenggah ke sana. semangat kerajenan pun menjelma nak meroti. BM pula ok je walaupun 3 kali ulang uli.
Inilah hasilnya. Macam biasa lah ilahjy membuat roti.. wacampakallaziii... campak2 jadi.. cuma ada sikit perubahan adunan dibancuh keras sikit dari biasa roti yg pernah ilahjy buat. 






Resepi  campak2 jadi ilahjy simpan utk rujukan dimasa depan jgn mengharap jadi hanya puan punya diri lebih arif hehee...

bahan:

 3 cawan tpg gandum
1 sudu besar yis
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 biji telur
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam halus
1/4 cawan air ais ikut keperluan adunan masuk sikit2
3 sudu besar butter

Caranya:

Ayak semua bahan kering  
Masukan cecair ke dalam BM  diikuti  tepung on kan Bm 
Setelah sedikit sebati masukan garam terus uli 
Bila adunan mula menjadi doh masukkan butter terus uli. Ulangi sehingga betul2 ssebati mcm  Perap sehingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angin dan bulat2kan seperti dikehendaki, sapu marjerin dlm loyang susunkan doh ikut kretipan masing2. Perap lagi sekali sehingga naik sekali ganda tutup dgn tuala. Sapu susu cair baru dipaipkan sos  kastard ke atasnya
 Bakar suhu 150 selama 25 mt.  Akhir sekali naikan 170 darjah terus sehingga perang. Keluarkan dan sapu dengan butter serata roti tunggu sejuk bole dimkn.

Sos kastard cara ilahjy:

5 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tpg gandum
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
Sedikit esen vanilla
1/4cawan air

Caranya:
Guna pemutar telur kacau sampai sebati. Panaskan sehingga likat dan pekat
Padam api masuk butter sambil di kacau hingga berkilat dan sedia utk di gunakan seperti dlm gambar. Kepekatan bole diubah suai.. harap maklum.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini