Selepas balik bercuti sempena CNY selama 3 hari 2 malam di PULAU LAGENDA MAHSURI LANGKAWI setelah 15 tahun kami tak jenggah ke sana. semangat kerajenan pun menjelma nak meroti. BM pula ok je walaupun 3 kali ulang uli.
Inilah hasilnya. Macam biasa lah ilahjy membuat roti.. wacampakallaziii... campak2 jadi.. cuma ada sikit perubahan adunan dibancuh keras sikit dari biasa roti yg pernah ilahjy buat.
Resepi campak2 jadi ilahjy simpan utk rujukan dimasa depan jgn mengharap jadi hanya puan punya diri lebih arif hehee...
bahan:
3 cawan tpg gandum
1 sudu besar yis
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 biji telur
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam halus
1/4 cawan air ais ikut keperluan adunan masuk sikit2
3 sudu besar butter
Caranya:
Ayak semua bahan kering
Masukan cecair ke dalam BM diikuti tepung on kan Bm
Setelah sedikit sebati masukan garam terus uli
Bila adunan mula menjadi doh masukkan butter terus uli. Ulangi sehingga betul2 ssebati mcm Perap sehingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angin dan bulat2kan seperti dikehendaki, sapu marjerin dlm loyang susunkan doh ikut kretipan masing2. Perap lagi sekali sehingga naik sekali ganda tutup dgn tuala. Sapu susu cair baru dipaipkan sos kastard ke atasnya
Bakar suhu 150 selama 25 mt. Akhir sekali naikan 170 darjah terus sehingga perang. Keluarkan dan sapu dengan butter serata roti tunggu sejuk bole dimkn.
Sos kastard cara ilahjy:
5 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tpg gandum
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
Sedikit esen vanilla
1/4cawan air
Caranya:
Guna pemutar telur kacau sampai sebati. Panaskan sehingga likat dan pekat
Padam api masuk butter sambil di kacau hingga berkilat dan sedia utk di gunakan seperti dlm gambar. Kepekatan bole diubah suai.. harap maklum.
No comments:
Post a Comment