03 March, 2014

573. KEK CHEESE

Ini adalah percubaan kali ke2 selepas kali pertama bantat. Tahun bila pun tak ingat dah. Yangbpasti masa kek ni menjadi kegilaan peminat kek cis
Nampaknya kali ini pun gagal juga tak segebusss yang dibikini oleh orang lain.
 Mungkin sebab ilahjy guna tepung gandum tanpa baking  powder. Lojik laaa mana nak kembang dan gebusss.. dah la ada penggunaan  cecair jus lemon. Merajuk terbenam laa ia hahaha.
Apapun nak juga ilahjy masukan resepi yang telah terbukti orang lain dah buat dengan jayanya. Layan jeee laaaa.....


Lihat kek tidak segebus yang diharapkan 

Fulamak dah tutup habis mukanya hahaha

Sebelum di make over hikhik

Bahan yang telah dicampur bersama2

Bahan putih telur

Bahan merah telur

Kastard milo oren sedia untuk digunakan

Bahannya A:

250 gm cream cheese ilahjy guna tatura
50 gm butter cup
 100 ml susu segar /70 ml susu cair + 30 ml air
6 biji kuning telur gred a
1 sudu besar jus lemon @ 1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam halus
60 gm tepung kek @ tepung gandum ayak 3x
20 gm tepung jagung
(1 sudu teh baking powder sebab guna tepung gandum ditambah untuk lain masa kerana kek ni bantat.)

Bahan B:

140 gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu teh jus lemon @ 1 sudu teh krim of tatar

Cara A:

Cairkan secara double boil cheese, butter dan susu segar sehingga cair guna whish tangan kacau sehingga hilang ketul2an
Sejukan baru di campur ke dalam campuran yang selebihnya tadi. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.

Cara B:

Putar putih telur sehingga kembang masukkan jus lemon@krim tatar putar lagi sehingga putih gebu kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit putar sehingga  krim bertanduk.

Cara akhir:

 Masukkan  bancuhan telur  putih   ke dalam bancuhan tepung tadi kacau sehingga sebati. Alas acuan dengan kertas yang disapu marjerin. Tuangkan adunan. Panaskan oven 170 darjah letak loyang air dan letak loyang adunan ke dalamnya. Bakar selama 1 jam. Cucuk lidi jika kering tanda sudah masak.

Kastard ganti topping:

 Susu cair
Air
Tepung kastard
Tepung jagung
Gula
Milo
 Jus Oren sunkist
Marjerin


Kacau atas api sehingga likat. Padam api baru masukan marjerin kacau sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini