06 March, 2014

574. NASI AYAM BERKERABU PESTIME REKA

Salam dan selamat malam semua. Makan malam kami 6 beranak malam ni adalah nasi ayam berkerabu. Pestime ilahjy reka. Mmg tidak memuakan sptmana nasi ayam biasa tu..ayam yg lembut digabungkan dgn sayur yg ranggup dan pedas2 cili api mmg best.. jom tengok resepi ilham ilahjy sendiri..... layanzzzzz sebelum lelap mata....hihihiiikkkkk


Ayam rebusan:

Ayam direbus dlm air yg tenggelam. Ketuk bawang putih, ketuk halia, garam, sedikit gula perang, masuk ke dlm ayam rebus sehingga timbul atau masak. Toskan ayam. Potong nipis2. Curahkan kerabu keatas ayam yg telah disusun dlm pinggan hidangan.

Bahan kerabu jy:

Hirisan kubis, hirisan dadu buncis, hirisan halus halia, dadu cili padi hijau, dadu cili padi merah, sedikit minyak bijan, sedikit air rebus ayam tadi, garam, sedikit kicap manis dan hirisan daun sup... gaul kesemua sebati rasa garamnya. Kemudian siram ke atas ayam yg dipotong tadi. Perap seketika.. sedia utk dimakan.... 


Nasi kuning ayam:

Panas kan marjerin dgn minyak masak, tumiskan bawang merah, putih, halia mayang, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkeh, pelaga sehingga wangi . Masukan air rebusan ayam tadi bersama beras  garam dan sedikit pewarna kuning. Bila dah kering tuangkan sedikit susu cair  gaul sebati teruskan sehinga betul2 kering dan masak.

Sos Cili:

Cili besar, cili padi merah, cili padi hijau, bawang putih dan halia di mesin sehingga  halus campur sos cili dan air rebusan ayam. Rebus sehingga masak dan pekat.

Kuah sup:

Bahan2 tumisan nasi tadi dimasukkan sedikit, kedalam air rebusan ayam dan dijadikan sup. Tabur hirisan daun sup. Sedia utk dimakan.




1 comment:

  1. Salam kak Ilah..sedapnya nasi ayam..tambah2 kerabu ayamn tu(^_^)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini