09 March, 2014

575. LAKSA BERAS DAN KUAHNYA- 370

Walaupun negara kita berada dalam kesedihan dengan kehilangan pesawat 370
Didepan tv tak lepas ilahjy ikuti perkembangan terkini melalui semua saluran berita
Disamping itu ilahjy juga melayan anak2 utk menyediakan juadah utk mereka.ini juadah petang semalam 8 mac 2014-370








Siaran ulang yg entah ke berapa kali.
Kali ni ilahjy ubah lagi bahan2 laksa tapi tetap menjadi dengan cantiknya.

Jom layan resepi campak2 laksa beras:

1 paket kecil tepung beras
2 sudu besar tepung kanji
3 sudu besar tepung gandum
Air panas secukup untuk menguli sehingga boleh dikepal bulat utk dimasukan ke dalam acuan seperti di dalam gambar.

Masukan kesemua bahan dalam mangkuk, guna senduk kayu bancuh tepung dgn air panas. Gaul sehingga sebati. Bila rasa suam sikit baru di uli sampai sebati.
Ilahjy uli dlm keadaan panas tak kisah tak lecur pun tangan ni...

Seterusnya panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
Putarkan laksa tadi ke dalam air mendidih, biarkan sehingga laksa timbul dan masak dalam masa 10 minit lebih kurang.

NI AKU NAK PESAN!!!! KESELAMATAN DIDAPUR KAU ORANG TAK KAN AKU NAK JAGA. MAKA PANDAI2 LA HAMPA SEMUA JAGA DIRI. MELECUR KE PANAS KEEE HATI2 LAA TAK KAN BAB TU AKU NAK AJAR.. BAIK JEMPUT AKU P UMAH HAMPA
TOLONG HAMPA MASAK... ADA BETOIIII...? Ahakssss.. macam2 ragam org2 ni..dah diberi resepi x terima kasih pastu nak perli2 bab tuuu... menyampah akusss...
Yg ptg kalu air x mendidih mcm mn nak jadi laksa tu baik p kukus jeee lagi senang
Takut panas mcm puteri lilin ....hahaaaaaa jgn naree aku ada hak nk bebelllll....



KUAH LAKSA IKAN KEMBUNG





Bahan:

4  ekor besar ikan kembung
4 keping asam keping
Garam 
Air secukupnya

Caranya:

Rebus kesemua bahan sehingga ikan betul2 masak.
Pisahkan isi dan tulang, mesin isi ikan dengan air rebusan ikan tadi, sehingga halus.
Masukkan ke dalam kuah cili.

Persediaan cili:

Cili kering secukupnya dlm 15 biji
6 biji cili padi kesemua cili ikut pedas
Belacan sebanyak yg kita suka
1 biji bawang besar
Garam

Daun kesum 
Bunga kantan

Kesemua bahan dimesin halus dengan air secukupnya.
Rebus cili tadi sehingga mendidih dan masak.
Masukan ikan yg dimesin tadi bersama asam keping rebusan ikan tadi.
Garam dan air secukupnya. Masukan daun kesum dan bunga kantan. Masak sehingga mendidih. Sedia utk dimakan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak...smga kak sklrga sntiasa dlm rahmatNya...rjin kak buat laksa sdri wpun dh ada jual kat kdai...maz yg nk mkn mee rebus ni smpai ke hri ni xtrbuat lgi mee kningnya...huhuu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini