12 March, 2014

576. KEK SPAN Kering COKLAT CHEESE

Disebabkan kek span ini tidak lembab maka ilahjy panggil kek sepan kering. Ilahjy telah mencuba resepi dari fb seorang kawan. Jadi untuk memoistkannya kena tambah sedikit bahan2 yg sepatutnya ditambah. Tapi kek ini adalah hasil dari resepi asal. Bahan2 dibawah ilahjy tambah supaya menjadi rujukkan dimasa depan.
Bahan2 cheese dan coklat pula adaptasi daripada kek russian black and white... 
Apa pun resepi asal kek russian adalah yg terbaik utk dibuat. Kek span ini ilahjy buat kerana serbuk koko tak de. Maka ilahjy buat kek span ni.. 
Apapun resepi ini ilahjy simpan utk panduan sendiri dimasa depan.


Potong kek guna benang... disebabkan kek ni kering kena teruskan dgn pisau gergaji


Bahan kek span kering:

6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
1/4 cawan susu cair
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:

Asingkan putih dan kuning telur
Bahagikan gula kepada 2 bahagian
Putar kuning telur dengan gula sehingga kembang
Putar putih telur sehingga bertanduk

Panaskan susu cair, masukan butter kacau sehingga cair padam api sejukan.
Masukan tepung ke dalam telur merah putar sebati.
Masukan putih telur kaup balik dengan senduk sehingga sebati.
Masukkan campuran susu dan butter kacau sehinggaa sebati. Sapu loyang dengan marjerin dan tepung, masukkan adunan. 
Bakar suhu 180 darjah sehingga 30 minit on kipas supaya api sekata. Uji dgn lidi untuk memastikan kek masak. 

Sejukkan kek kemudian bahagikan kek kepada 2 atau 3 bahagian.
Picitkan filling coklat dan cheese, tak perlu disejukan kerana ke dua2 jenis filling ini akan membeku. Ilahjy sarankan setiap lapisan filling tu pastikan ia beku baru diletakkan lapisan seterusnya. Ini untuk mendapatkan hasil yang cantik.

Bahan coklat:

250 gm coklat masak
100 ml susu cair
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 sudu besar air panas

Caranya:

Panaskan susu dengan gula, padam api. masukan coklat masak kacau sehingga cair.
Masukkan air panas kacau sehingga sebati. Masukan butter kacau lagi sehingga sebati. Masukkan ke dalam ising beg simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.


Bahan cheese:

250 gm krim cheese tatura
1/2 cawan gula isi
1/2 cawan butter lembut
1 sudu besar serbuk nescafe

Caranya:

Putar kesemua bahan sehingga sebati
Masukkan ke dalam icing beg simpan dalam peti sejuk 
Sedia untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini