13 March, 2014

577. KUIH TEPUNG TALAM

Untuk kesekian kalinya kuih tepung talam yanga amat ilahjy suka sedari kecil lagi.
Bila makan kuih ni teringat arwah nenek yg memelihara akusss dari usia 9bulan lagi
Resepi ini macam biasa ilahjy amek dari blog ratu talam kita yang terkenal dengan pelbagai jenis talam yg cantik2 belaka. Jom layan resepi yg mudah ini.



Bahan2nya:

Lapisan bawah gula merah
200 gm gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur makan

Caranya:

Masak gula dengan 1 cawan air bersama simpulan daun pandan utk mewangikan kuih, sehingga cair. Padam api masukkan  lebihan  air tadi. Tapis kan air gula ke dalam bekas, setelah  sejuk baru masukkan kesemua bahan lain kacau sebati.
Masukkan ke dalam periuk kacau sehingga naik wap. 
Panaskan kukusan dengan air memenuhi separuh daripada periuk supaya kuih masak sekata. Panaskan loyang yg disapu minyak, tak perlu alas selama 5 minit. Tuangkan adunan tadi kukus selama 20 mt sehingga masak. Cakar permukaan dengan garfu. Tuangkan lapisan santan putih. Kukus lagi 20 minit sehingga masak.

Lapisan kepala santan putih:

3 cawan santan kotak kara (1 kotak santan campur air jadikan 3 cawan)
1  cawan tepung beras
1 sudu teh garam halus

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati.
Panaskan sehungga naik wap. Buang lapisan buih jika ada. Kerana lapisan buih ini akan membentuk kawah2 bulan diatasnya seperti dlm gambar yg telah terjadi. Tuangkan ke atas lapisan gula merah
Kukus selama 30mt sehingga masak. Sejukkan baru dipotong.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini