30 March, 2014

586. WAFFEL RANGGUP GEBU

Waffle ini hasil daripada perkongsin resepi di fb oleh rakan dan adik yg manis yang amat rajin memasak untuk keluarga. Boleh dikatakan hari2 beliau memasak dgn pelbagai juadah untuk keluarga.
Terimakasih dinda zalieda zaliedana ..ct terima kasih atas share resepi dari web dapat juga kak ilah mencuba resepi yg mudah ini.. kepada tuan puan punya resepi minta dihalalkan yee..

Acuan ku beli dari rakan taici..taman tasik
Rm138.60 offer...

Bahan2nya:

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan buttermilk (3/4 cawan susu segar +3/4 sudu besar cuka@jus lemon)
1/4 cawan susu (ilahjy guna susu pekat)
6 sudu besar minyak sayur @masak
1 biji telur saiz a. Asingkan putih dan kuning telur
1 sudu besar gula pasir

Cara2nya:

Ayak kesemua bahan kering.
Putih telur dipukul sehingga putih tambah gula putar lagi sehingga bertanduk.
Campur kuning telur,susu, esen, minyak, buttermilk, kacau sebati.
Masukkan bahan2 kering ke dalam bancuhan, kacau sebati.
Kemudian masukkan putih telur kaup dan balikan sehingga sebati.
Panaskan acuan waffle masukkan adunan bakar sehingga masak
Boleh dimakan dengan pelbagai jem dan seri kaya.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini