14 April, 2014

606. IKAN TENGGIRI MASAK KURMA

Masak kurma adalah salah satu lauk pauk kesukaan ilahjy. Jemu makan ayam ilahjy akan gantikan ikan. Yang pasti ikan tenggiri sahaja yang sesuai..
Jom kita ligat resepi ilham rasa ilahjy sendiri.


Bahan2nya:

4 keping ikan tenggiri

2 sudu besar rempah kurma
Bawang kecil, halia, bawang putih dimayang
2 kuntum Bunga lawang 
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit jintan manis
Sedikit halba
Sedikit biji sawi


2 keping asam gelugor
Santan pekat  secukupnya


Daun limau purut
Cili hijau potong serong
Cili merah potong serong

Caranya:

Tumiskan kesemua bahan sehingga kekuningan dan wangi
Masukan sedikit air dan serbuk rempah kurma
Setelah pecah minyak masukkan santan, ikan, asam, cili2, daun limau dan garam
Masak dengan api perlahan sehingga semua empuk.


3 comments:

  1. Salam kenal, mungkin rasa ikan tenggiri yang agak plain tu yg sesuai utk kurma ye? mmg tak pernah makan lagi kurma ikan..

    ReplyDelete
  2. Sedap cuba laa..salam kenai tq

    ReplyDelete
  3. Emm.. belum pernah dgr ikan masak kurma.. kalau ikan masak rendang pernah lah dgr... tp nmpk mcm sedap...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini