Ilahjy beli ikan sardin saiz xl ni di nsk sri rampai. Dek kerana teruja dengan saiz yang gedabak... dapat lagi ilham masakan ni. Selalu ikan sardin saiz kecil ilahjy makan dengan sambal belacan memang sedap. Tapi untuk kesekian kalinya ilahjy cuba mengoreng sambal belacan. Kita sediakan sambal belacan seperti biasa lepas tu kita panaskan minyak dan tumis sehingga garing dan simbah ke atas ikan yg siap sedia digoreng dgn tepung.
Bahan2nya:
1 ekor ikan sardin saiz xl
Garam kunyit dan sedikit tepung gandum
Gaulkan kesemua bahan serata mungkin dan tambah sedikit air untuk menyalutkan ikan sekata mungkin. Goreng sehingga garing. Kemudian simbahkan sambal belacan goreng.
Bahan sambal belacan:
5 bili cili merah
4,5 biji cili padi
2 ketul belacan
1 biji tomato
Garam gula secukupnya
4,5 biji hirisan buah belimbing buluh
Caranya:
Mesin sehingga hancur dan tumiskan sehingga pecah minyak beri sedikit air masak sehingga mendidih dan simbah ke atas ikan tadi.
No comments:
Post a Comment