Bila terpandang lala comel ni teringat arwah nenek di kedah. Yang suka sangat makan lala comel ni. Arwah selalu rebus dengan serai dan bawang.
Tapi cucu sayang ni cuba masak lemak cara ilahjy. Sampai menghirup kuah oleh anak2. Gulai lemak ni ilahjy langsung tak masukan sebarang cili. Bila cili dah dicampur akan hilang rasa gulai lemak.
Bahan:
1 kg lala dibersihkan dari kotoran
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Mesin sehingga halus bersama sedikit air
Masukkan ke dalam periuk bersama
1 sudu besar rempah kari ikan
1 batang serai di ketuk
Daun limau purut
Garam
Masak sehingga mendidih baru dicampur santan pekat
Dan masukan lala
Masak sehingga mendidih padam api.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini