Asam pedas kedah amat mudah memasaknya berbeza asam pedas melaka negeri en hb kusss. Asam
pedas kedah hanya direbus bahan2nya sahaja. Lagipun bahan2 nya amat ringkas. dan tak ada kolestrol minyak tepu/
bahan2nya:
2 ekor ikan kembong
5,6 biji cili kering ikut kepedasan yang kita suka
5,6 ulas bawang kecil
sedikit belacan kedah *belacan melaka x sesua naa*
sedikit daun kesum
1 keping asam keping
garam secukup rasa
bendi bahan tambahan
caranya blend kesemua bahan. sehinnga halus
rebus sehingga cili betul2 masak.
masukan asam keping, bendi garam daun kesum masak sehingga mendidih baru masukan ikan
masak sehingga ikan empuk baru dimatikan api.
inilah asam pedas kedah. masa aku baru kawen dulu dah keliru haru biruu bila join negeri melaka.
kena hadam betul2 mana satu resepi antara kedah dan melaka hahaha. la ni aku gabungkan resepi kedua2 negeri menjadikan masakan kami seharian/ untung aku kawen dgn org luar dr negeriku/ belajar macam2 resepi. joommm layanzzzz