30 August, 2020

1111. LAKSA BERAS piok tanah IKAN SEKOR SEKOR JY




Bahan kuah macam biasa cuma ikan dimasukan sekoq sekoq dalamnya tanpa diblend.

2 sudu besar Cili mesin
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
Sedikit belacan

Blend kesemua bahan sehingga halus
Rebus bersama asam keping sehingga mendidih
Masukan 5,6 ekor ikan kembong
Daun kesum dan bunga kantan dan garam
Masak sehingga ikan empuk. 

Laksa beras:

Air mendidih padam api
Masukan tepung beras 
dan sedikit tepung gandum
Kacau sehingga berketul 
Kalau lembek tambah tepung
Kepalkan. 
Tekan dlm acuan laksa.
Rebus sehingga timbul dan toskan
Kedalam air sejuk

Boleh rujuk resepi sebelum ini dalam label laksa ye. 


24 August, 2020

1110. SIAKAP MASAK CEKUR JY


Ikan siakap masak cekur mamatok jy

1 biji Bawang besar
Halia sebesar ibu jari
1 ketul ubi cekur
4 helai daun cekur
3 biji cili merah
6,7 biji cili padi
2 batang serai

Semua bahan ni blend halus

Panas minyak tumis kan bahan mesin sehingga pecah minyak
Masukan ikan tenggelamkan sedikit ikan. Nnti kena balik2kan supaya bhgian bawah masak.tak mauu byk kuah. Kita nk kuah sedang elok dgn ikan.
Masukan sebiji tomato potong dadu . Buh garam.
Sekejap je ikan tuu jgn lama. Padam api.

15 August, 2020

1108. SAMBAL BELIMBING IKAN BILIS CICAH UBI REBUS



Bahannya:

2 cawan Ikan bilis blend halus
1 cawan Cili padi blend halus
Bawang putih blend halus
Bawang besar blend halus
1 biji bawang besar mayang baji
2 senduk cili kisar
3kg belimbing buluh rebus seketika toskan
Garam 
Gula

Caranya:

Panaskan minyak tumis bawang dahulu sehingga wangi
Masukan cili cili kacau sebati baru masukan ikan bilis
Selepas pecah minyak baru masukan belimbing buluh yg ditumbuk kasar
Masukan garam dan gula. Masak sehingga kering tapi lembab. Supaya senang naj cicah ubi kayu rebus.

13 August, 2020

1107. SAMBAL LEMPOYANG IKAN BILIS


Sambal Lempoyang ikan bilis
Semoga angin satu badan ni keluar
Tah apa makgluk yg duduk dlm badan ni...
Teruk sungguhhh dia mnghuni.. makluk yg tak diiktiraf.. gerammm jeee... sakit ulu hati lebih perit drp sakit hati dgn mahkluk manusia
Sakit dgn org bole dibuang dgn.memadam memori yg mnyakiti.. tp ulu hati.. blom jumpa buku dgn ruas ni..siap semanggkuk besar sambalnya.

4,5 ketul lempoyang
1/4 cawan ikan bilis kopek
1 biji bawang besar 
1labu  bawang putih
Seketul halia
Seketul kunyit hidup
Sedikit cili padi jika suka

Semua bahan ditumbuk
Update terkini.. semua bahan ilahjy blend
Dah lumat baru masuk ikan bilis goreng
Blend sekejap je

Panaskan minyak tumis sehingga pecah minyak

Perahkan air asam jawa
Sedikit garam , sedikit gula merah
Terus digoreng sehingga kering.
Boleh ditambah bawang besar potong baji kecil nk bg nampak hiasan. 
Khas utk mkn dlm pantang.

12 August, 2020

1106. PASTA SIMPLE TAPI SEDAP



Hasil gabungan dua bahan ni tak cukup semangkuk tambah lagi hehe sebab ilahjy mmg tak gemar makanan tu terlalu masam. Biar seimbang rasanya...