http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
28 November, 2021
26 November, 2021
22 November, 2021
21 November, 2021
1163. PAU KAYA GEBU
Bahan:
3 cawan tepung pau
1 sudu besar shortening
1/2 paket yis
4 sudu besar gula
Air secukupnya
Caranya :
Gaul semua bahan uli secukup lembut
Perap dah naik dua kali ganda
Bentukan doh masukkan inti kaya
Bulatkan perap sekejap
Kukus15 mt.
20 November, 2021
1161. REBUNG MADU JERUK MASAK LEMAK SOTONG
bahannya:
Rebung madu itu ilahjy jerukan sehingga masam.
Masak lemak macam biasa campur sotong.
Potong rebung macam diatas amat sedap terasa bila kunyah.
15 November, 2021
14 November, 2021
1159. PULUT LEMAK DAUN PISANG MUDA
Bahannya:
Beras pulut
Santan garam
Air merebus
Daun pisang muda utk membalut
Buat seperti burasak
Panaskan santan masukan beras pulut
Masukan garam
Setelah kering padam api.
Masukan dlm daun pisang
Balut seperti burasak.
Rebus 3-4 jam.
11 November, 2021
1158. POLI UBI KAYU KUKUS SIRA GULA
CANTIK TARIKH HARI NI YEE
11.11.11
11 NOV 2021
Bahannya:
Resepi ini adalah cara ilahjy tersendiri tiada sukatan
Ubi kayu secukup utk makan seisi klrga kita
Kisar ubi kayu dgn air sehingga halus
Tapis sehingga air habis tos
mendapkan air tapisan ambil sagu termendap campur kembali dalam ubi kayu mesin tadi
Alas loyang dgn.plastik
Warnakan ubi kayu tadi
Lapiskan satu persatu
Kukus selama 30 mt
Sejukan dan potong
Gaul dengan kelapa parut
Masak gula merah secukupnya
Curahkan air gula.
10 November, 2021
1157. PUCUK UBI GORENG PECAL
Bahannya:
1 mangkuk kecil pucuk ubi celur dan potong
3 biji cili padi yg jenis pedas tu
Beberapa ketul isi ubi cekur
Tumbuk sehingga lumat
Bawang besar dimayang
Cili merah dimayang
1/2 kiub ikan bilis jika suka boleh gantikan sejemput ikan bilis
Satu sudu besar pati santan
3 sudu besar kacang tanah mesin
Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
Masukan hirisan2 bwng dan cili
Masukkan air sedikit dan pucuk ubi
Kacau sampai semua sebati.
Akhir baru masukan santan dan kacang tanah.
Rasalah garamnya jika guna kiub tak yah garam.
08 November, 2021
1156. RENDANG DAGING DAUN SALAM
Bahannya:
1kg daging batang pinang
Bahan dimesin halus:
Cili kering ikut pedas
2sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar Jintan manis
1sudu besar Jintan putih
3 batang serai
1 ketul lengkuas muda
Sedikit halia
Sedikit kunyit
kerisik
Santan
Beberapa helai in pucuk daun salam
Caranya:
Panaskan minyak tumis bahan mesin sehingga pecah minyak. Masukan daging dan air secukupnya, masak lg sehingga empuk.
Baru masukan kerisik dan santan pekat juga asam jawa, garam dan sedikit gula dan daun salam. Masak sehingga kering.
04 November, 2021
1155. KERABU DAUN MENGKUDU TAUGEH BELIMBING BULUH
Pernah makan kerabu daun mengkudu? Sapa yg suka pahit2 lemak ajoommm kita
Bahannya:
Daun mengkudu dicelur dan potong kecil
1/2 cawan Taugeh,
3 biji hirisan buah belimbing buluh
Bahan mesin halus:
Cili besar
Cili padi
Belacan
1 batang serai
1ketul lengkuas muda
Sedikit bawang besar
Kesemua bahan digaul rata. Rasa masam masin manisnya.
03 November, 2021
1154. PERCUBAAN KEDUA BURASAK MY VERSI JY
Rendang daging daun salam dan
kerabu mengkudu taugeh belimbing buluh.
kerabu mengkudu taugeh belimbing buluh.
Bahan burasak nasi resepi ini ciptaan ilahjy sendiri dengan penelitian drp membaca kesemua resepi burasak di web, belajar drp kesilapan burasak Pertama
2 pot beras wangi
1/2 kotak santan
Sedikit gula
Sedikit garam
Daun pisang hijau muda
Rendam beras biar kembang
Masak semua bahan bersama air secukupnya. Macam masak nasi lemak.
Lepas api padam terus suamkannya.
Daun pisang saiz spt dlm gambar.
Letak 2 sudu besar nasi tadi
Gulungkan supaya bertemu dan lipat kiri kanan.
Tekan biar leper dan padat sedikit.
Bungkus dua keping burasak dgn daun pisang hijau tua dan ikat.
Rebus selama 3jam.
01 November, 2021
1153. NASI DAGANG BUNGA TELANG
Masak macam biasa cuma tambah perahan air bunga telang
Ilahjy sengaja beri kelainan pd nasi ini.
Sebab bunga telang kembang saban hari.
Makan dengan gulai dagang ikan nyoq nyoq yee