31 August, 2023

1257. IKAN KEMBUNG TUMIS SERAI ASAM KASTURI cabai picit

SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA YG KE 66 UTK MALAYSIA




bahannya:

Tumis bawang putih 
Bawang besar
Halia 
Serai
Tambah air dah mendidih baru letak ikan dan garam

Ikan itu di Cicah dgn cabai picit sedap:

Sediakan air asam jawa pekat
Masukan belacan dan garam
Patahkan cili padi.
Gaul rata. 
Simple tapi sedap weiii


28 August, 2023

1256. SAMBAL UDANG PUCUK TAUHU




Buat sambal tumis macam Biasa
Tambah belacan dan santan 




 

22 August, 2023

1255. REBUNG MASAK KERISIK JY


Bahannya:
Rebung dipotong racik2 dan belah dua

Bahan mesin :
Ikan bilis 
Cili padi 
Bawang besar
Kunyit hidup
Sedikit je serbuk kari

Kesemua bahan dikisar halus.

Rebus bahan mesin sampai masak
Masukan rebung dan tambah air
Masak sehingga mesra bahan 
Masukan kerisik, garam dan santan
Kacau sampai mendidih padam api. 

 

21 August, 2023

1254. LALA KERING MASAK LEMAK NANAS


Bahannya:

2cawan Lala kering beli dipekan rabu
Rendam dan cuci berkali2 supaya pasir tanggal
2 biji Cili merah
1/2 biji Bawang besar 
2,3 ulas Bawang putih
2sudu besar Serbuk kari ikan
Santan pekat 
2 batang Serai di ketuk
Sedikit serbuk kunyit
Beberapa keping Nanas

Caranya:

Kisar kesemua bahan sehingga halus.
Masukan ke dalam kuali  bersama serai, serbuk kunyit, serbuk kari masak sehingga mendidih.
Masukan lala, nanas dan garam. 
Masak lagi sehingga lala empuk baru di tambah santan pekat. 



20 August, 2023

1253. NASI MINYAK BEREMPAH JY


Bahannya:

15 pot beras basmathi 
Direndam 1jam basuh dan toskan
1 bunjut sup 
Daun pandan 
1tin susu cair

Bahan tumis untuk nasi:

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Planta dan minyak sapi

4sudu besar Rempah beriani 
4sudu besar Rempah kurma
 3 sudu besar Rempah sup
 3 sudu besar Rempah kari ayam 
2 kiub ayam

Caranya:

Panaskan kesemua planta dan minyak sapi
Masukan bawang dan rempah sekawan
Bila dan kekuningan  masuka bancuhan kesemua 4jenis rempah tadi. Masa ni boleh rasa rempah tu cukup masin atau tidak. 
Masukan sedikit air goreng sehingga betul2 garing
Masukan beras dan goreng sehingga rempah tadi bersalut dgn beras
Masukan air, susu, daun pandan dan bunjut sup
Tutup periuk . Masak sehingga beras tadi masak. 



19 August, 2023

1252. SEPAT BENUA MASAK LEMAK NANAS

HAPPY BIRTHDAY TO ME AND MY FIRST GRANDSON KE 4 TAHUN..   19 OGOS 23.

bahannya:

1 biji Cili merah
5 biji cili padi
Bawang besar
Bawang putih
1 sudu besar serbuk kari ikan

Caranya:
Kisar dengan air sehingga hancur
Panaskan dalam kuali sehingga mendidih
Masukan Nanas dipotong nipis
1 batang serai diketuk

Masak sehingga mendidih dan nanas empuk
Masukan 3keping ikan kering sepat benua
 Masak sehingga mendidih baru ditambah santan pekat dan sedikit garam. 



 

16 August, 2023

1251. STEW AYAM SERAI PETAI

Stew Ayam petai, walaaa sedap wei... Kawan dgn nanas ikan sepat benua drp sg petani

Ayam serai petai:

Panaskan minyak goreng ayam yang dipotong kecil. sampai separuh masak

Potong nipis serai 2 batang dan  tumbuk kasar2

Potong nipis2  halia dan tumbuk pecah

Bawang besar potong tebal  

Masukan ke dalam ayam terus goreng. Sehingga wangi. 

Tambahkan 2 sudu besar cili mesin

Goreng sehingga cili pecah minyak.

Masukan tomato belah 4 

petai dlm 5,6 biji je amek bau je

Buah belimbing buluh sebiji sebiji jgn potong

Cili hijau potong tebal 

Kacau sebati kemudian baru tambah air. Bg empuk ayam. Tambah garam dan perasa dan Setangkai daun ketumbar kerat 3.

 

15 August, 2023

1250 . SIPUT PAIT UTARA MARI.


 Setelah 35tahun tak makan siput sawah ni.
 4feb 2022.Syukur jumpa juga di sg petani. Beli yang siap dimasak senang. Isi sama bentuk siput sedut. Tapi agak keras dan rasa pahit sedikit. Walaupun pahit tetapi lebih sedap drp siput sedut laut ye.

14 August, 2023

1249. IKAN KEMBUNG REBUS SOS AIR ASAM AZ

Bahannya:

Ikan kembung direbus 

Bahan dimesin halus:

 cili padi 

cili hijau 

bawang putih 

Daun ketumbar

 sos ikan Garam 

Sos ini amat sesuai dimakan dgn kerang rebus 

Curahkan sos keatas ikan  

Bahan hiasan:

Taburkan timur cincang

 tomato potong nipis

Bawang mayang nipis 

Cili merah potong nipis 

Taugeh dicelur sekejap








 

08 August, 2023

1248. LAKSAM TIK TOK

Bahannya:

500gm tepung beras jati 

2liter air biasa

 tanda jag takat 2 liter

 masukan air suku jag 

masukan tepung 

tambah air sampai jadi 2 liter 

kacau sebati dan kukus seperti biasa.

Kelemahan resepi ni. Laksam patah bila simpan lama dan esok. Tapi bila rasa malas resepi ini boleh digunakan. 

***Kalau rajen kena lah guna resepi sendiri yang campur air panas dan air sejuk. Ramai dah amek resepi ilahjy tuu.. Tapi bila ditanya tak di dendang kan pun; nama kita yg olah resepi sampai jadi tu.  Ilmu milik Allah. 

Moga jalan pahala sampai akhirat. Aminnn..







 

05 August, 2023

1247. SAMBAL BELIMBING BULUH

ilahjy buat separuh kering, kalau nak kering lagi boleh dimasak sampai kering. Sedap dimakan dgn nasi ketupat roti dan lain-lain makanan .