29 January, 2012

381.KEK KUKUS KEMBANG MELATI

salam sejahtera dan selamat berhari minggu

petang semalam ilahjy merajinkan diri utk mengukus kek dari dayang jack yg disimpan setelah sekian lama... dayang jack telah mengubah resepi ini dari sukatan yg agak mengelirukan dan dipermudahkan utk kita memahaminya. terima kasih dayang. resepi ini kak ilah telah gunakan tetapi malang sekali buah kurma merah dan coklat masakan tak da stok jadi kak ilah gantikan serbuk koko jer... gamaknya kalu masukan bahan2 ikut resepi lagi sedap lah...
W.PUN bahan2 utama tak de, kek ini boleh tahan sedap. buat sarapan pagi ni...tapi sukatan yg putih tu kurang ...yg koko terlebih jadi semasa melapis tak seimbang..apapun hentam saja lah labu...

kek ini ilahjy kukus dari jam 6 sampai jam 9 malam baru siap... agak panjang masa.. apapun ilahjy layan jer kebosanan menunggu lelama demi nak mencuba ...kalu ikut hati nak jer bakar utk cepatkan masa..tapi lain lah rasa jika dibakar.
kek ini agak lembab dan sedap juga lah ...

kalau diikutkan 1 resepi tahun 1998 dulu kek ini digelarkan kek batang mancis... hanya disediakan dlm 2 lapis sahaja. yg bawah warna putih dan atas koko.. dipotong panjang menampakkan seperti btg mancis..
sila ke dapo dayang utk resepi asal...

jom kita lihat resepi yg telah ilah jy ubah suai kerana bahan2 utama tidak ada
bahan A : putih

200 g buttercup
7 biji putih telur
150 g gula halus
150 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
100 g susu pekat manis

caranya:

pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula putar lagi.
putar butter dalam bekas lain sehingga kembang putih, masukkan susu pekat, esen dan tepung.
putar sehingga sebati.

satukan kedua2 bahan ini dan diputar sehingga sebati.

bahan B: koko

200 g buttercup
100 g gula halus
7 biji kuning telur
100 g tepung gandum
100 g susu pekat manis- ilahjy guna 1/2 tin
3 sudu kecil gula hitam sarawak
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko

caranya:

pukul kuning telur dgn gula sehingga kembang
masukkan butter dan putar lagi sehingga sebati
masukkan susu pekat, esen,serbuk koko dan tepung putar sehingga sebati.

langkah seterusnya:

panaskan kukusan. sapukan loyang dgn marjerin.
masukkan 2 sukatan putih dan ratakan ke dasar loyang.
kukus selama 10-20 mt sehingga masak.
keluarkan loyang dari kukusan, masukkan 3 adunan koko dan ratakan , kukus sehingga masak.
ulangi proses ini sehingga habis.
akhir sekali kukus selama 30 mt bagi memastikan kek benar2 masak..
sejukkan dan sedia utk di hidangkan..

selamat mencuba.

13 January, 2012

380. KEK MAYONIS



RESEPI asal ilahjy amek dari sumber ini ya http://yummylicious-jun.blogspot.com/2011/12/best-casual-chocolate-cake-guna-mayonis.html terima kasih jun...


alkisah malam tadi jam 10 malam anak ke 3 kusss raihan aka dek ann..dia yg masak kek ni
mama pula asyik sibuk nonton tv..sesekali dek ann bertanya apa perlu di buat...

bangun pagi tadi sudah siap sebiji kek atas meja dalam tupperware hijau mama tuuu.. apa lagi awal2 pagi ilahjy pun melaramkan lah hasil kerja dek ann ni.. dan mama dgn abah merasa lah kek yg pertama kali dicampur mayonis.. agak pelik juga mulanya nak mencuba..tapi tawakal jer laaa dek ann ...

kek agak senang dan mudah cuma ada sikit kelainan rasa.... kenalah cuba kalu nak tahu..tapi ilahjy rasa tak perlu letak garam yaaa..dek ann letak macam masin jer kek nie ..mama dah pesan tadi lain kali jgn letak lagi garam dlm kek...tekak org tak berapa sihat ni ada jer tak kena dek ann...sowe ya ....

bahan;

1/2 cawan mayonis
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/4 sudu teh garam> tak perlu dilain masa
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan air suam (tambah serbuk kopi segera jika suka)

cara:
dalam mangkuk campurkan mayonis gula telur dan esen sehingga rata.
masukan bahan2 kering yg diayak dan air suam kacau sebati menggunakan whisk tangan saja
bakar suhu 170 dan selama 40 minit...

12 January, 2012

379. KARI PARI DAUN KARI hehehe

DEMAM URAT KARI PARI DAUN KARI JADI PENGUBAT

selepas 3 hari kena demam urat sakit habis 1 badan kusss lemah dan bisa2 amat sangat... nasib baik ada anak2 perempuan yg rajen melayani kerenah dan kesakitan mama sepanjang 2 malam mama menahan kesakitan keresahan...

hari ni baru rasa kuat sikit ... maka boleh lah turun ke kedai bawah tu utk membeli lauk pauk utk dimasak.. semalam sempat juga jenggah dapo dek mas duniaku, walaupun kepala masih sakit bangat... nmpak mas kasi petua daun kari perlu dimesin utk di masuk ke dalam kari...
maka hari ni tekak ilahjy terasa nak makan kari ikan... terus digunakan resepi ilahjy sendiri dan dimasukkan daun kari yg diblend...seperti dek mas syorkan..terima kasih dek mas petua mak mas tuuu...

walaupun kak ilah ni org kedah kari adalah makanan utama kami...kalau tak da kari tak lengkap hidup kami 1 hari..tapi belum ada lagi petua masukkan daun kari blend...
kat sini ada resepi dek mas
fuhhh mmg terancam sedapppp..tapi tekak ni masih tak berapa sedap lagi mcm biasa..cuma makan setakat ketat perut jer tadi...hahahahhaaaa

10 January, 2012

378. APOM LENGGANG

ilahjy cuba makan dgn asam pedas ikan pari lebihan malam tadi fuhhh terangkat bebbb sedappp....selalu tu cicah kuah manis jer atau kari ayam...

dimasak utk sarapan pagi 10 jan 2012

nak tayang kuali nonstik jenama premier dari india tuuu dah lama beli di c4 wangsa maju...
perap sampai berbuih baru dibakar... kejap jer ni lepas subuh mesin jam 7 dah boleh makan...

salam sejahtera para kaum muslimin dan muslimat sekelian

alhamdulillah KL terhindar dari segala yg tak diingini.. masih lagi kita menikmati keamanan ini tanpa susah payah seperti di negara2 yg bergolak yg pernah en hb kusss pergi dulu contoh somalia (5 bulan) dan Liberia...(1tahun)
kehidupan disana jauh berbeza umpama langit dgn bumi. tidak ada apa yg boleh disamakan di negara yg kita cintai ini...
cuba bayangkan kesenangan dan keamanan ini ditarik balik oleh tindakan kita sendiri, nak makan susah nak berjalan susah nak naik kereta susah semua tak bebas kemana saja. cuba pekara ini diduga cuma 10 minit apa akan kita rasai?
sudah tentu keresahan dan kesusahan akan kita rasa. en hb kusss selama berada di negara2 bergolak itu dgn peluru berterbangan di atas kepala tidak ada kata utk diucapak betapa berharganya sebuah negara yg begitu aman seperti negara yg kita CINTAI ini...
oleh itu mari kita kekalkan apa yg ada dgn penuh syukur pada ilahi..

mari kita sama2 bersarapan dgn juadah yg ilahjy cuba tampilkan buat ke sekian kalinya...
bagi tahun baru 2012 ini inilah kali pertama dimasak pagi ni....mari kita nikmati betapa enaknya makanan yg cukup mudah ini. bayangkan jika tidak aman mana sempat nak jamah... nak buat pun belum tentu ada bekalan gas dan sebagainya utk dimasak...

amboiiii lari dari tema blog nampaknya ilahjy???? bukan nak berpolitik apa keee cuma nak sedarkan tentang keamanan yg kita terlupa ia nya perlu di kekalkan.... tanpa kita siapalah keamanan ituuuu betul tak kawan2????


09 January, 2012

377. KEREPEK SENGKUANG CINA PUTIH


hari jumaat lepas ilah jy ke C4 wangsa maju...

sekali terpandang bahagian sayuran..ternampak ramai kaum cina sedang memilih sengkuang cina ... teringat nak buat pengat mcm kawan kita dah buat...che mat dan azlita..
sambil pilih ilahjy sempat bertanya resepi dgn sorg wanita cina, apa yg sedap dgn benda alah ni? terus dia kasi resepi kerepek. dan ilahjy terus tunjukan sengkuang cina yg warna hitam yg ada disebelahnya. dia cakap yg hitam tu boleh dimakan terus sgt manis...

alkisah sampai rumah anak ke 3 ilah jy try buat sedikit utk percubaan ...wah mmg sedap...
maka tak jadi lah buat pengat.. ini lah hasilnya dah makan tinggal sedikit baru teringat nak amek gambar... gambar sengkuang cina segar tu pun ilahjy langsung tak ada simpanan.. terus google terjumpa la gambar ini...dlm 1 blog bernama: http://susuibuanda.blogspot.com/2011/01/sengkuang-cina.html
bila di tenung dia telah meminjam gambar dari dapo kawan kita iaitu nor secubit garam... terima kasih kepada ke dua2nya..ilah jy pinjam yaaa terutama nor..harap halalkan ya.. tapi apa N3 nor pasal sengkuang cina ni ya????

apapun jom kita layan resepi yg ilah jy amek dari wanita cina di C4 wangsa maju tuu;;;;;;

beberapa biji sengkuang cina
dibersihkan kulitnya menggunakan pengupas keledek.
tinggal kan tangkainya supaya senang memegangnya semasa memarut
rendam kan sengkuang2 cina tadi dalam air garam +- 15 minit.
tos kan dan parut terus dalam kuali yg sedang panas minyaknya.
goreng sehingga kekuningan. toskan dan sedia utk dimakan.. manis rasanya mcm pisang pun ada mcm keledek pun ia...lemak2 gitu


inilah gambar yg ilahjy pinjam..norrrrr tolong respon apa resepi yg nor sajikan dgn sengkuang cina ni???

07 January, 2012

376. juadah PEMBUKA 2012. TALAM PISANG EMAS

SELAMAT TAHUN BARU 2012 TALAM PISANG PEMBUKA TIRAI.
SEMOGA TIDAK TERLEWAT BUAT ILAHJY MENYUCAPKANYA.
JUGA DIHARAPKAN SEMANGAT INI TERUS BERKOBAR DEMI DAPUR MAYA ILAHJY
ditalamkan hari ini 7 jan 2012 utk dibawa ke rumah biras dishah alam yg baru melahirkan anak ke 2. tahniah diatas kesabarAn kalian menunggu 15 tahun perkahwinan baru dikurniakan cahayamata.. tahniah sekali lagi kerana dah ada sepasang... tak sabar nak lihat anak buah BOY yg lahir semalam 6 jan 2012 BERAT 4 kilo..huhukhukkk semangat gituuu..
bahan:

3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 biji pisang emas di mesin halus
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna oren

caranya:
campurkan kesemua bahan dlm periuk kecuali pisang.
kacau atas api sehingga naik wap. masukan pisang kacau seketika dan tutup api.
sapu loyang dgn minyak panaskan kukusan 5 minit.
masukan adunan tadi kukus sehingga kering dlm masa 15 mt.
cakar dgn garfu baru dituang lapisan kepala.

lapisan kepala:

3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan dalam periuk
kacau sehingga naik wap masukkan esen vanilla
tuangkan atas lapisan pisang tadi
kukus selama 20 minit.
rendam dalam air sehingga suam2 kuku boleh dipotong terus dimakan suam2..sedapppp...