ambil berkat hari JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI untuk kemas kini pertama ku 2013
TALAM SINAR PERSONA YATIE MEMORIES
SAPA MAKAN NANGKA DIA LAH KENA GETAHNYA Hehehe
hampir 10 kilo berat nangka ni
tergolek2 isi nangka madu ni hehe ada sapa2 terliur??
ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA
tahun 2013 sudah 17 hari berlalu... namun semangat ilahjy utk mengupdate dapo maya ini agak ketinggalan dan dipenuhi kemalasan yg teramat sangat.... bukan tak masak...hari2 kena masak..ada juga gambar diambil..tapi nak menyapu sawangan di sini amatlah malas sekali...
hari2 ilahjy masuk ke dapo maya kawan2 yg lain.. hari2 ada saja masakan baru dari kawan2 tapi semangat tu belum mari... apa nak buat...
pada 13 jan 2013 ilahjy balik ke melaka atas urusan kekeluargaan sebelah en hb... pergi kemas2 kebun di SEMUJOK MERLIMAU... dan adik ipar pula bekalkan buah nanas dan sebiji nangka madu GIANT.... mak aiii memangg teramat besar dekat 10 kg rasanya... isinya pula besar2 belaka dan manis nya boleh tahan juga.. dah nama nangka madu....kan...
2 hari lepas nampak RATU TALAM KITA
http://yatiememories.blogspot.com/2013/01/talam-sinar-pesona.html buat TALAM SINAR PERSONA sedap jer nampak... bila si nangka madu tu masak petang semalam terus dengan semangat berpuasa yg ada.. terus ilahjy buat talam itu... tapi ilahjy gantikan
LABU DENGAN NANGKA... rasa tentu lah berbeza kan... cuma bahan tetap sama... memang cantik kejadiannya bila dibiarkan semalaman.... terima kasih yatie.. atas perkongsian resepi itu.. SINAR.. ERMMM.... sempena nama blog yatie ya??? kalau kalian hendak lihat resepi yg cantik dan kemas sila ke dapo maya yatie ya.. klik kat link di atas ya... sedikit berbeza lapisan tengahnya.. ilahjy kisar nangka tu..sbb agak susah nak parut. kalau labu senang... terpaksa dikisar maka hasilnya tidak seperti yatie punya lapisan tengah tu ..lapisan yatie punya amat cantik menarik..tapi ilahjy punya nangka dah sebati dgn adunan.. maka begitulah hasilnya...
apapun pun jom lihat resepi yg mudah dari yatie...
BAHAN LAPISAN TENGAH:
1 cawan nangka madu di kisar kasar (yatie guna labu parut)
1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar rata tepung jagung
1 cawan santan pekat
(ilahjy guna 1/2 kotak santan tambah air jadikan 1 cawan)
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
ilahjy beri sedikit warna kuning
CARANYA:
satukan kesemua bahan dan tapis kemudian panaskan sehingga naik wap.padam api.
masukkan nangka kacau sebati.biarkan sebentar sediakan lapisan seterusnya.
BAHAN LAPISAN ATAS DAN BAWAH:
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar rata tepung jagung
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan santan pekat (1/2 kotak santan ilahjy tambah air jadi 1 cawan)
.2 cawan air
1/2 sudu teh garam
perwana hijau dan pewarna coklat (ilahjy tambah 2 sudu besar serbuk koko)
CARANYA:
campurkan kesemua bahan kacau sebati dan tapis.
bahagi dua adunan itu. kacau bahagian pertama bersama warna hijau
bila naik wap, kukus dalam loyang yang telah disapu minyak.
kukus sehingga masak @ kering. cakar guna garfu.
tuangkan adunan tengah berisi nangka tadi.
kukus sehingga kering dan cakar permukaannya.
tuangkan adunan coklat pula.
kukus selama 1/2 jam sehingga betul2 masak.
setelah sejuk baru dipotong dengan pisau plastik.
CARA BAHAGIAN KE DUA:
masukkan serbuk koko dan pewarna coklat kacau rata dan kacau atas api sehingga naik wap baru dituangkan ke atas lapisan nangka tadi.
PENGHARGAAN ILAHJY KEPADA PENGOMEN PERTAMA BAGI N3 PERTAMA 2013.. TAHNIAH KAK ZANA PB.. ahaksss.. awal2 pagi kita bersiaran ya kak...hehe
bukan sepiring kak zana..setalam pun boleh janji mai la umah ilah hehehe