Sotong gajah diberi nama kerana saiz nya yg besar tu adalah hasil dari candatan anak sulung ilahjy ...semasa percutiannya di pulau kapas trengganu minggu lepas.
1 ekor tepah digoreng tepung dan hari ini 1 ekor 1/2 telah dimasak lemak putih dibawah. Jom tengok resepi ciptaan ilahjy..
Bahan: resepi ciptaan ilahjy
1 ekor sotong saiz xxl
1 ketul halia diketuk
5 biji bawang putih diketuk
6,7 biji cili padi diketuk
3 helai daun limau purut
Karot dipotong nipis
Cili merah dan cili hijau di belah 2
1 sudu teh halba
Santan pekat secukupnya
Caranya:
Rebus semua bahan sehingga empuk
Baru masukan pati santan dan sotong dan garam
Masak sehingga mendidih.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini