25 July, 2014

664. IKAN TENGGIRI ASAM PEDAS KEDAH

Lauk utama dimakan bersama nasi ulam kedah. Sepatutnya sayur keladi. Tapi ilahjy tak boleh makan keladi. Berbisa untuk urat.

Bahannya:

1 keping tenggiri dibelah 4
Tomato belah 4
Daun kesum 
Bendi
3 keping asam keping

Bahan mesin:

3 sudu besar Cili kering mesin
1 inci belacan
1 biji bawang besar
Sekeping halia

Rebus bahan mesin dengan air secukupnya sehingga mendidih
Masukan bendi, daun kesum dan asam keping,  setelah separuh empuk masukkan ikan dan tomato. Perasakan garam.


24 July, 2014

663. AYAM ALA2 RENDANG

Ayam ini juga dikawankan dengan nasi ulam kedah.

Bahannya:

4 ketul ayam
Daun kunyit mayang


5,6 sudu cili mesin
1 keping lengkuas
1 batang serai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 keping halia
4,5 biji lada hitam

Mesin sehingga halus. Tumis bersama ayam sehingga pecah minyak.
Masuk air untuk merebus sehingga ayam empuk dan berikan daun kunyit
Perasakan garam dan sedikit gula. Biar kuahnya sedikit kering,


22 July, 2014

665. LASAGNA DEK ANN

Lasagna ini hasil air tangan anak no3 ilahjy. Dek ann . Berangan nak makan sejak balik bercuti dari UIA. Apa lagi sudah jumpa bahan2nya apa lagi jommm laa jamu mata. Berpandukan resepi dari web. Terimakasih empunya resepi. Semoga perkongsian ini akan meningkatkan pahala di bulan mulia ini bulan ramadan. Aminnnn..




Bahan2:

20 keping pasta lasagna rebus dgn air juga minyak sehingga lembut toskan
1 mangkuk daging cincang
1/2 batang  carot dadukan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hotam
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 biji tomato segar
1 kiub ayam
Sedikit rempah oregano
8 keping cheesedale @ cheddar parut
2 cawan susu segar
3@4 sudu besar  minyak masak
Garam dan gula

Panaskan minyak tumis bawang2 sehingga wangi.
Masukkan paste kari dan bahan2 yang lain, kacau sehingga sebati dan mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato segar dan rempah oregano. Masak biar berair sedikit supaya pasta lasagna akan kembang semasa proses pembakaran dan tidak kering.

Bahan paste:
3 sudu besar air
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kari ayam
Gaul sebati

Lapisan sos cheese:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
8 keping cheese dale
Panaskan minyak masuk tepung kemudian susu masak sehingga mendidih masukkan cheese. Kacau sehingga pekat tutup api.

Cara susun:

Lapisan 1 pasta menutupi seluruh loyang
Lapisan ke 2 inti daging
Lapisan ke 3 sos cheese

Akhir sekali biarkan pasta sahaja dan ditutupi dgn  sos cheese dan parutan cheese
Juga taburan oregano.
Bakar 180 darjah selama 30 minit.


662. SET NASI ULAM KEDAH 7 JENIS ULAM

Nasi siap sedia digaul bersama kesemua bahan

Ayam masak ala2 rendang, ikan tenggiri masak asam pedas kedah.

7 jenis ulaman dimayang halus
Kaduk, bebuas, selom, kesom,pegaga,kunyit,ulam raja
Bahan2 utama perasa nasi ulam
Serai lengkuas bawang besar kerisik ikan talang masin lada hitam

 Nasi beras basmathi

20 July, 2014

661. TIMUN BETIK BERKULIT PUTIH

Satu lagi timun betik. Tapi yang ni kulitnya putih. Tidak berjalur macam N3 Lepas.
Rasa kedua2nya sama. Cuma jenis putih ni isinya agak kental. Yang berbelang tu pula isinya agak gebu. Mudah relai jika masak sangat. Yang ini tahan sikit isinya tak mudah hancur.
Dua2 pun sedap. Dari tak de baik ada.

Atas kulit putih isi keras sikit: biji tengahnya kasar


Bawah kulit belang2 isinya mulus:biji tengahnya halus





18 July, 2014

660. SAMBAL HITAM DERHAKA

Wahhh pelik nama tuuu derhaka?
Kali ini ilahjy buat sambal hitam pahang versi derhaka.
Ilahjy tambah sekeping nipis LENGKUAS dan 3 ulas bawang putih,  ke dalam sambal ini.
Hasilnya memang tidak menghampakan... enak....

14 July, 2014

658. MEE KUAH SOTONG DAN UDANG-mee DIY

Untuk ke sekian kalinya mee kuning bebas asid.. apa lagi bikin sendiri laaa...
Perut pun bebas kembung dan senak. Tapi kena simpan dlm peti sejuk jika nak simpan sehari dua..jgn nak lebih2 simpan nanti tak tahan lama..


Bahan mee kuah ilahjy

3 sudu besar udang kering
3 biji ubi keledek putih
6 sudu besar cili mesin ikut pedas
Bawang2
Sekeping lengkuas
Sotong dan udang segar
Sayuran
Cili merah dan hijau dipotong 
 2 biji Tomato 
2 biji telur
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Gula melaka
Garam

Hiasan seperi tauhu goreng , bawang goreng, daun sup, daun bawang

Masak seprti biasa kena tumis kesemua bahan.


09 July, 2014

655. LAKSAM SPECIAL...

Perlukan resepi klik laksam lihat n3 lama yeee



06 July, 2014

654. SET NASI TOMATO IFTAR 6

Set nasi tomato untuk ramadan pertamaku di iftar ke 6 umat islam.



Nasi tomato

Kurma daging kentang jintan manis special

Acar rempah

Kerabu ketam tomato ikan taugeh terlajak special.



05 July, 2014

653. NASI LEMAK HALBA SALAM RAMADAN 2014

Salam ramadan buat semua walaupun sudah seminggu kita mengharungi segala cabaran berpuasa. Ilahjy tak berapa ada mood utk hupdate blog dapo maya ini
Hanya tayangan nasi lemak halba warisan nenda kusss...yg ku buat seblm puasa.