31 July, 2012

430. IFTAR 9, 29 julai DI UIA PJ.KUPANG SAMBAL URAP BEREMI

kupang direbus digoreng pedas bersihkan kulitnya dan buang sebelah kulitnya...

urap beremi
Selepas balik dari melaka jam 2.30 petang semalam ahad 29 julai...(suami isteri saja balik, anak2 tinggal) terus anak2 menolong mamanya masak..si sulung najihah telah membuat cadangan .. berbuka di UIA tempat raihan anak k3 berada kini.. tak terpikir pula nak berbuka disana.. nasib baik jiha kasi idea.. terus kami semua setuju..

buah tangan yg di bawa balik itu terus di masak seadanya seringkasnya.. sebab badan ni agak keletihan ketika memandu dalam cuaca panas dari jam 12.30 sampai 2.30 petang.. lewat sedikit kerana singgah di RNR... kita kena lah simpati pada org yg sedang berpuasa...ahaksss biarlah kita memandu... walapun letih... hehehe mcm lah tak makan...

jam 6 ptg selesai lah kami masak2 dan siapkan bekalan untuk ke UIA...Pj bukan jauh sangat.. cuma 20 minit saja..tapi takut jem kat pekeliling tu ... alhamdulillah tepat jam 7 sampai singgah2 beli minuman 3 in 1 di 7E P.J utk bekalan raihan.

dek ann dah siap booking meja panjang kat kantin tu.. ilahjy tak sangka ada ramai keluarga yg datang berbuka dengan anak2 mereka.. dan salah seorang PEMINAT BLOG RESEPI SUMBANGAN JY PUN ada bersama2 kami saling tukar makanan ..beliau masak nasi MANDHI.. SEDAPnyaa... tak pernah makan lagi...resepi dah print tapi tak rasa nak masak lagi hehehe...

jom layan 2 jenis masakan dari hasil belian itu... maaf terlewat buat N3 line tnet MAXIS ni makin teruk macam beruk ...marah betul ni... segala aktiviti tak dpt berjalan seperti biasa...

30 July, 2012

BUAH TANGAN DARI MELAKA PETANG SEMALAM 29 JULAI

OKASI GERAI ADALAH DI KAWASAN TELOK MAS MELAKA BERDEKATAN DENGAN RUMAH TERS KAMI..SEMENTARA RUMAH MENTUA ILAHJY 10 MINIT DARI SITU.. MEMANG KELAM MATA BERPINAUUU NAK MEMILIH MANA SATU MAU NYA..

BUAH KEMANG MANIS DAN MASAM ILAHJY BELI campur2... 3 KILO. HARGA SEKILO 10RM...MENGALAHKAN BUAH DURIAN... BELI JUGA SEBAB BUKAN SENANG NAK JUMPA MUSIM BUAH NI.. KADANG2 BALIK MELAKA TAK JUMPA ...

BUAH NI BUAH KEMANG MANIS KULIT DIA GELAP DAN TAK CANTIK
KALAU ORANG KEDAH PANGGIL BUAH BINJAI
YANG NI KEMANG MASAM KEKUNINGAN KULITNYA..ILAHJY TAK PERNAH JUMPA DI KEDAH BUAH NI, PELIK SIKIT BILA LIHAT WARNANYA... MASA MULA KAWEN 24 thn lepas ...BARU JUMPA BUAH JENIS NI

MUNGKIN INILAH BEZANYA BINJAI DAN KEMANG AGAKNYA.
SEBELAH UTARA BINJAI SEBELAH SELATAN KEMANG
ilahjy beli kupang segar...lokan tak beli sebab isinya liat hehehe

yang ni pula BEREMI..sekilo 10rm ilahjy beli 5rm jer

28 July, 2012

429. IFTAR KE 7. ROTI SARDIN, KERAPU 3 RASA, FRUIT COCKTAIL

juadah berbuka untuk keluarga tercinta untuk hari ke 7 serba ringkas yang boleh.
hari ini ilahjy mencuba non stick pan VANTAGE buat kali ke 2 dengan membua t roti sardin telur..berperisa rempah.. memang senang membuatnya kerana tak perlu guna minyak..cepat masak dan cantik masak nya.. en hb asyik memuji bini nya rajin masak..walaupun pan yg dibeli ni tanpa kebenaran dari dia.. bila dah guna dan masak dia pasti akan memuji...hehehe pada hal dia tak tahu bini dia beli sampai dua set hahahaaaa.. kalau dia tahu...kena tadah telinga lah...



Jimat masa 2 keping sekali harung boleh dibakar...
RESEPI ROTI SARDIN TELUR BEREMPAH(selera ilahjy)

bahan:
1 tin sardin saiz kecil
2 biji telur
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk jintan manis
bawang besar dimayang
garam

caranya:

campurkan kesemua bahan dan pukul dengan garfu tekan isi2 ikan sehingga hancur.
sedia utk digunakan. 


FRUIT COCKTAIL PERMINTAAN ANAK BONGSU NUR LIYANA
RESEPI FRUIT COCKTAIL

bahan:

1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar tepung beras
6 sudu besar gula

caranya:

campurkan kesemuanya dan masak sehingga mendidh. sedia untuk digunakan.



SOTONG GORENG BERTEPUNG BERSIRAM TELUR RAMPAI

RESEPI SOTONG BERTEUNG

bahan:

3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
serbuk kunyit
1 sudu besar rempah sup
garam
air secukupnya

caranya:

campur kesemuanya dan sedia untuk digunakan.


TELUR RAMPAI...ahaks mcm bunga rampai lak hehee saja ubah nama.

bahan:

2 butir merah telur
1 biji putih telur

kacau dengan garfu sekata.

2 senduk minyak masak
1 senduk marjerin

caranya:

panaskan ke dua2 minyak sehingga betul2 panas, kemudian perlahan kan api,
tuangkan telur tinggi tinggi biar jatuh bertali halus sambil di kacau dgn senduk sehingga garing/ kekuningan. toskan dalam tapis yg jarang supaya minyak turun habis.
tutup api semasa kekuningan sebab masa dalam tapis nanti telur akan berubah perang..
sebenarnya ini adalah kali ke 2 ilahjy membuat nya. selepas membaca dari semua pengalaman kawan2 dari fb mahupun di blog dan hasil tonton dari u tube akhirnya menjadi juga...


IKAN KERAPU 3 RASA
RESEPI KERAPU 3 RASA CARA JY

bahan:

3 ekor kerapu dIgoreng (perap ikan dgn garam kunyit, taburkan tepung beras supaya bersalut dgn ikan.)

halia dimayang
bawang besar dimayang
bawang putih dimayang

nenas dipotong baji
sos cili
sos tomato
sos tiram
cili merah potong serong

CARANYA:

masak seperti biasa....

27 July, 2012

428. IFTAR KE 6. AYAM GOLEK DLM NON- STICK DOUBLE GRILL PAN-VANTAGE-

dua dua ilahjy beli... harga dipasaran dlm PERNAMA rm 199.

ayam diperap beberapa jam dgn bahan2nya,. bakar tanpa minyak setelah perang baru dimasukkan kuahnya setelah mendidih padam api.
ini pula karipap inti keledek kuning dengan jagung perisa ikan bilis

25 julai 2012 ilahjy telah pun dapat membeli idaman semua wanita yg suka memasak..
opsss lelaki juga suka kan.... bukan 1 set tapi 2 set.... amboi2 tamaknya... nak buat apa sampai dua??? apa lagi simpan lah kan anak dara ramai ni nanti boleh lah depa guna kalu bakar apa2 lagi cepat jika ada 2 set..tak gituuuu??

kebetulan sepanjang minggu ini expo PERNAMA telah berlangsung.
ilahjy tak mahu lepas peluang keemasan yg dtg sesekali ni.
bila pergi jer ketapak ekspo tu untuk membeli vitamin2, malangnya tak de pula..
sekali terpandang si IDAMAN... NON-STICK DOUBLE GRILL PAN KELUARAN VANTAGE.. disebabkan ilahjy suka membeli barangan vantage... ada serba sikit kat rumah ni..sementara en hb masih berkhidmat.. ilahjy tak akan lepas peluang utk membeli nya. jika semua set2 pinggan mangkuk telah lengkap maka ilahjy cuba lengkapkan pan ini utk koleksi seterusnya.. perbagai jenis pinggan mangkuk telah VANTAGE keluarkan sejak akhir2 ini.. tak kuasa akusss nak layan kesemuanya nanti jadi gudang pula... beli apa yg patut sudah lah..

jadi hari ni juadah utk berbuka ilahjy cuba utk memasak di dalam pan ini. kata kawan ilahjy ayam akan cepat masak dan empuk dgn sempurna, roti john pun cantik masak di dalam pan ini. dll lagi.

terbukti selama ni ilahjy guna oven letrik makan makan 1 jam utk ayam masak. tapi dgn pan ini 25 minit sudah empuk.. api sederhana... mungkin pan ini kedap haba agaknya...

RESEPI 2 AYAM GOLEK YG TAK BERAPA NAK TERGOLEK


bahan:

separuh ayam yg sedang dicucuk2 isinya dgn garfu
pati santan 1/2 cawan.

bahan mesin halus:
2 batang serai
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumabr biji
4,5 cili padi
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

caranya:

kesemua bahan2 dimesin halus. campur garam dan sedikit gula.
perap bersama ayam selama 1 jam atau lebih. bakar. kemudian setelah masak/empuk baru dicampurkan santan pekat ke dalam bahan2 yg ditinggalkan/berbaki campur sebati kemudian tuangkan ke dalam ayam yg sedang dibakar tadi... masak sampai mendidh. siap utk dimakan.

KULIT KARIPAP CARA JY

bahan
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar marjerin dipanaskan
1/4 cawan air batu
air biasa secukup utk menguli adunan

caranya:

masukkan marjerin panas ke dalam tepung2 yg telah diayak.
jadikan seperti serbuk roti. masukkan air batu/ais. kacau seabti
tambah kan air biasa sehingga boleh diuli dan tak melekat ditangan.

26 July, 2012

427. IFTAR KE 5 25 JULAI DADIH


iftar ke 5 berbuka puasa dengan pemanis mulut si dadih yg mulus... buatan sendiri ... pelbagai rasa boleh diletakan jika kita buat sendiri. contoh yang ilahjy guna, kuning perasa nenas, merah pula sirap ros. sihijau perasa pandan dan yg putih perasa asli.. ilahjy buat 2 adunan kerana hendak beri kepada dua orang kawan di PERNAMA.

kami sekeluarga amat suka rasa susu dan coffeemate yg digabungkan didalamnya. lemak berkrim rasanya..
jika ingin mencuba sila klik di sini kerana ilahjy sudah beberapa membuatnya..

426. IFTAR KE 4 APAM GULA HANGUS DAN ROTI SARDIN

alhamdulillah hari ini sudah pun masuk hari ke 6 kita berpuasa.. harap maaf menu iftar ke 4 pula yang dimasukkan sepatutnya iftar ke 5.. seperti ilahjy maklum kan semalam. B.B celcom rosak.. maka tertangguh 2 hari N3 berkenaan ini...

sebenarnya menu untuk berbuka hari ke 4 itu ilahjy buat 2 jenis kuih. apam gula hangus dan roti sardin anak2 tak suka makan kuih manis2 ni jadi buat sejenis utk mereka yang pedas... tapi dalam jumlah yang sedikit. takut membazir...


inilah acuan yang ilahjy guna... acuan tart.... selalu guna acuan plastik


ini pula roti poket dan roti sardin, hasil pertama kali ilahjy buat roti poket tak berapa kemas...
gelek roti lapiskan 2 keping kemudian tekap dgn acuan. sapu merah telur dan serbuk roti goreng sehingga kekuningan. tos. potong 2 dan isikan dgn inti sardin..


APAM GULA HANGUS VERSI ILAHJY (HALUS MULUS)

Bahan:

5 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda baikabonat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat

bahan gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air

panaskan gula sehingga perang masukkkan air kacau sehingga mendidih dan hancur . sejukkan .

caranya:

campurkan kesemua bahan diatas dalam blender .. kisar sehingga halus. perap 1-2 jam lagi lama lagi halus mulus.. sapu acuan dengan marjerin. kukus selama 20 minit.

25 July, 2012

425. IFTAR 3 23 JULAI 2012 set hidangannya TALAM BERLAUK, NASI OREN JAGUNG, RENDANG AYAM SOS

kali terakhir talam ini ilahjy buat tahun lepas masa hari ke 10 puasa. amboii genap setahun lama tuu.. bukan susah sgt nak buat tapi ada sikit M..hehe... sos itu ilahjy bikin sendiri...
klik disini utk resepinya


salam sejahtera buat kaum muslimin muslimat sekelian.

kita hanya merancang tapi ALLAH SWT yg menentukan segalanya.

pada tengahari selasa 23 julai hari ke 3 puasa, ilahjy masak dgn begitu semangat sekali.
dengan sedikit kekuatan yang ALLAH berikan. dapat siapkan sedikit hidangan utk keluarga.
tiba2 pada pukul 1 ptg sim kad broad band celcom tu rosak tak dapatlah ilahjy buat n3 masakan utk hari tersebut. betapalah kecewanya dn terasa sunyi.. dan hari ini dengan menggunakan b.b maxis, baru lah dapat bersiaran kembali. b.b celcom masuk icu dulu...biar dia rehat... kebetulan sebelum kejadian anak ke 3 pinjam sebentar b.b maxis ni utk dibawa ke UIA.. malam tadi bergegas ke sana selepas solat sonat..utk diambil kembali. kat UIA ada WIFI tapi agak lembab sikit. kesian dek ann... tak cukup 2 B.B nak kena tambah lagi..???

SOS TALAM BERALUK

bahan:
1 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap

1 sudu besar tepung gandum*
garam*
1/4 cawan air* bancuh sebati

sedikit gula dan garam

cara:

mesin kesemua bahan bersama 1 cawan air sehingga halus
panaskan sehingga mendidih, masukkan bacuhan tepung tadi dan sedikit gula
masak sehingga mendidih jika terlalu pekat tambah sikit air. bila sos ini sejuk ia akan bertambah pekat. jadi jgn terlalu pekat masa matikan api...




SET NASI IFTAR KE 3


NASI OREN JAGUNG PUDINA jy

bahan:
3 pot beras wangi rendam seketika
1 biji oren ambil jusnya
bawang merah*
bawang putih *
halia* dimayang halus
sedikit minyak masak
sedikit marjerin
beberapa helai daun pudina
1/4 cawan jagung segar dipotong/parut nipis
sedikit parutan carot
santan secukupnya mengkut keperluan beras anda

caranya:

1. panaskan minyak dan marjerin tumiskan bawang2 sehingga wangi
2. masukkan santan,jus oren dan garam. ssetelah mendidih masukkan beras
3. setelah 3/4 masak masukkan daun pudina dan parutan carot.
4. sedia utk dihidangkan.


AYAM ALA RENDANG BERSOS jy

bahan:
separuh ayam dipotong sedang

5 sudu besar cili mesin*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*
3 sudu besar rempah soto
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar ketumbar biji*
1 inci halia* dimesin bersama sehingga halus

1 labu bawang besar dipotong baji
1 biji tomato dipotong baji
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1/4 cawan pati santan
1 tangkai daun ketumbar
caranya:

1. panaskan minyak secukupnya tumiskan bahan mesin sehingga garing/pecah minyak.
2.masukkan ayam, tomato, bawang, daun ketumbar, sedikit air dan garam dan juga sedikit gula. masak sampai pecah minyak dan 3/4 masak baru ditambah santan pekat. masak lagi sehingga kuahnya pekat.

22 July, 2012

424. IFTAR 2 2012. AGAR2, IKAN TONGKOL ASAM PEDAS KARI TERUNG

agar2 biskut harimau bergula melaka sebagai pembuka puasa hari ini

lauk pauk hari ini yg serba ringkas,ikan tongkol asam pedas kari, lala besar rebus dan sayur mayonis serbuk kari...




AGAR-AGAR GULA MELAKA PERASA BISKUT

bahan:

10 g agar-agar serbuk

1 cawan susu cair
1 cawan air
2 biji telur

2 ketul kecil gula melaka
2 cawan air
1/4 cawan gula pasir

sedikit garam

4 keping biskut coklat tiger
1 sudu besar serbuk koko.

caranya:

1. masak gula melaka dan gula pasir dengan 2 cawan air sehingga hancur tapiskan.
2. satukan agar2, susu cair, telur dan garam kacau sehingga sebati.
3. masukkan ke dalam air gula tadi. masak sehingga mendidih dengan api perlahan.
4. kisar biskut dan serbuk koko dan ayak.
5. masukan ke dalam agar2 tadi kacau sebati dan boleh diangkat. tak perlu mendidih lagi.
6. tuangkan ke dalam bekas yg digemari.
semua sayur dipotong dan direbus bersama air mengandungi garam dan sedikit minyak
toskan. campurkan mayonis dan serbuk kari gaul rata. campur sayur tadi.
lala besar masak rebus dgn serai
IKAN TONGKOL ASAM PEDAS KARI TERUNG

bahan:

1 ekor ikan tongkol hitam saiz sedang dipotong direbus dgn asam keping dan garam

7 sudu besar cili mesin
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besaar halba
bawang besar
bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar kerisik

caranya:

mesin kesemua bahan sehingga halus, tumis dengan minyak yg mencukupi sehingga garing
masukkan air rebusan ikan dan asam keping tadi masukkan terung dipotong bulat. rebus sehingga terung separuh empuk, kemudian masukkan ikan. rasa garamnya. masak sampai mendidih .sedia untuk dihidangkan.

21 July, 2012

423. IFTAR 1 2012.BUBUR JAGUNG CHA-CHA SAGU DAN APAM LEMAK MANIS

setelah dirasa boleh tahan sedapnya...wangi2 santan gitu... APAM LEMAK MANIS..

seawal lagi ilahjy sudah menyediakan juadah2 ini dan lauk pauk untuk dibawa ke masjid MINDEF berbuka disana sekeluarga sudah sepakat .... ingin merasa berbuka di masjid dan terus bersolat sunat disana...

nasi sahur ada berbaki terus ilahjy buat apam lemak manis ni..
jagung yg dibeli minggu lepas masih ada 3 batang dalam peti sejuk terus ilah jy buat bubur. stok cha-cha masih ada sedikit, juga sagu pun banyak lagi.. maka terus lah menjadi pencuci mulut 2 jenis sekali harung.. masa rajen macam ni lah ilahjy kena lakukan demi anak2 yg berkumpul terutama dek ann yg di asrama UIA dah balik tuuu mama bersemangat nak masak utk dek annn...

alkisah apam lemak manis ni adalah adaptasi dari apam salju..yg telah beberapa kali ilahjy buat... tapi kali ini nak kelainan ilahjy gantikan air dengan santan...itu jer... resepi boleh rujuk kat label APAM ya puan2... entah apa rasanya yaaaa?? berbuka nanti tahulah ya... nanti ilahjy khabarkan pada kalian malam nanti... itupun kalau sempat on9 lagi...

RUJUK RESEPI KLIK DI SINI peringatan air hendaklah digantikan dengan santan ya puan2. http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/apam


APAM LEMAK MANIS JY

bahan: ulang tayang

1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 santan (kalau pekat sangat jadikan 1 1/2 santan)
2 sudu besar yis
sedikit garam

caranya:

kisar kesemua sehingga halus dan perap 3 jam
sapu acuan dgn marjerin
kukus selama 15 minit. tak perlu makan dng kepala kerana dan rasa lemaknya.

422. SAMBAL KERANG GAJAH??? sahur pertama

inilah dia kerang gajah .... saiz kerang ni sebesar bola pingpong cengkerangya berbulu... isinya agak liat sedikit senang nak kopek ..maaf gmbr cengkerangya ilahjy terlupa nak amek
siapa tahu nama sebenarnya?????

ilahjy masak utk sahur pertama jam 4.30 pagi tadi 21 julai 2012..

peria masak halia dengan cendawan tiram...
bahan2 mesin halia kunyit ikan bilis dan bawang2 tumis sehingga wangi baru masuk air dan peria juga cendawan. kalu suka pedas masuk cili padi.

SELAMAT BERPUASA ADUHAI KAUM MUSLIM MUSLIMAT SEKELIANNYA YG MASIH BERNAFAS DAN SIHAT SEJAHTERA UNTUK RAMADAN TAHUN INI....

hari ini merupakan hari pertama bagi tahun 1433 H/ 2012 kita berpuasa.

sejak 2 tahun lepas ilahjy tidak dapat berdiri solat dengan sempurna kerana sakit tiriod yg teruk.. tahun ini semoga dapat melaksanakannya dengan lebih baik lagi, usaha utk berubat telah beberapa kali dilakukan... dan akhir sekali jumpa dengan PAMOGA DAN CREAM HALIANYA.. segala sakit2 urat yg tak boleh berdiri dah ada sedikit perubahan.. tapi masih belum boleh nak DUKUNG BABY DAN MANDI BABY lagi sebab hanya bertahan utk diri sendiri sahaja... (bukan ada baby ya kwn2..nak meMbayangkan betapa tak boleh utk org lain hanya utk diri sendiri sahaja)
zahir nampak kuat tapi di dalam orang tak tahu.. hanya yg faham akan tahu.. kalu dah dibagitahu pun mereka tak akan faham sebab sakit itu tidak nampak dimata..cuma bahu ini yg memikulnya.. SEMOGA KALIAN SEMUA AKAN SIHAT DAN CERIA DALAM MELAKUKAN IBADAH PUASA DAN SOLAT SUNAT NYA NANTI...
bersyukurlah kita dipanjangkan umur olehNya utk kali ini...