26 December, 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH ANAK KE 3 KU..DPT 8A PMR 24 DIS 09

ingin ku berkongsi kegembiraan ini bersama pengunjung2 blog ku...
dalam kesihatan ku yg tidak mengizinkan ini... ALLAH SWT BERI UJIAN ..inilah hikmahnya dan rahmatnya yg tersembunyi... doa org yg sedang sakit senang dimakbulkan olehNya.. mungkin kerana aku redha dgn kesakitan ini..ALLAH memberi ganjaran kejayaan anak ke 3 ku RAIHAN .
Aku terharu kerana raihan bernazar puasa 8 hari dan menderma 200rm duit biasiswanya (UPSR) kpd anak2 yatim, niat itu telah dia laksanakan semalam, ketika pulang ke melaka.. cuma puasa je akan dilaksanakan selepas ini..

14 December, 2009

KESIHATAN TUNJANG HIDUP KITA

salam semua para pengunjungku,

tahukah kalian penjagaan kesihatan diri sama ada dlm pemakanan dan fizikal amatlah penting?
setelah aku diuji oleh Nya 2 bulan kebelakangan ini, aku amat takut dgn kecuaian ku dlm dua pekara tersebut..

apa yg kita makan amatlah penting sebab itu kita kena percaya pd cakap2 YAKNI PANTANG LARANG ORG2 TUA kita.. itu tak boleh ini tak boleh...

pengalaman yg aku alami ini amatlah berharga utk dikongsi bersama kalian...

kalaulah aku tak seimbangkan kedua2 pekara tersebut kmgkinan aku terlantar sakit...

tetapi aku segera disedarkan oleh yg maha kuasa... aku terus melawan segalanya dgn hanya mendekati ke dua2 pekara trsbut... ditambahi pula usia ku yg kian meningkat ini.. kesedaran aku ini adalah di tahap yg amat genting....95% sewaktu sakit ku mencecah penghujungnya.. alhamdullilah 1000 mcm usaha aku telah usahakan... dgn berkat berdoa ke hadrat Illahi aku terhindar dr bahaya yg mnunggu dihadapanku...

apa yg ingin ku sarankan disini ialah.. jagalah kesihatan kalian dari segi pemakanan dan fizikal yak ni bersenamlah seperti pakar kesihatan sarankan... itulah tunjang kehidupan kita... jgn lalai wpun sehari.... kerana sakit akan dtg tepat pada masanya tak mengira usia jika kita lupakan kdua2 pekara itu.... dan berdoalah jangan putus asa jika kita diujiNYa... krn setiap ujian itu akan mendekatkan diri kita dgnNya...

semoga kalian sihat sejahtera..jgn alami seperti diri ku ini... amin...

08 December, 2009

mohon doa dari kalian

salam pengunjung yg ku kasihi sekelian

maaf kerana dah lama daku bercuti dari memblog.. dan mengupdate terkini masakanku.. kesihatan agak kurang mengizinkan.. mohon doa dari kalian semoga daku sihat spt sediakala..semoga dpt meneruskan sumbangan ini utk kalian.. t.kasih...

29 October, 2009

154. MASAK LEMAK UDANG DGN PERIA

msk rini semua yg ringkas jer 29 okt 09 nak cepat hubby kuss nak balik lunch dan nak g out stion

bahan:

udang dan peria di potong serong lebar

bahan mesin dgn santan cair
2 biji cili besar
sedikit bawang besar
2 ulas bawang putih

mesin sehingga hancur, panaskan bersama peria dan udang sehingga empuk ..masukan pati santan didihkan sat dah cukup....

153. AYAM MASAK KICAP BERPATI SANTAN

masak hari ni 29 okt 09
bahan:

ayam di goreng macam biasa

3 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

mesin bahan ni sehingga halus, tumiskan seketika, masukan 2sudu besar pati santan, kicap pekat, sos tiram 1 sudu teh je.. sedikit sos cili dan ayam goreng masak sehingga mendidih ... dan tutup api.. sedapppp pestime aku buat hari ni ... mereka2 yg baru dah jemu ayam sambal... yg ni ringkas betol.. tapi enak...

23 October, 2009

152. CENDAWAN GORENG BERKUNYIT

menu tambahan hari ni 23 okt 09
bahan:

2 paket cendawan (siat2kan)
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa

gaul dan perap sat.

panaskan minyak tumiskan kesemua cendawan sehingga layu dah siap.
rasa cendawan itu tak kan hilang dan enak.

tapi hari ni aku nak tambah sikit kacang buncis dan cili merah dan bawang2 maka rasa cendawan yg ori dah tak deee leee... cuba kau org goreng yg ori tu rasakn perbezaannya... nyummy sedap yg ori tu dari dicampur sayuran lain... x cayee try laaa...

151. KEK COKLAT KUKUS ..Noranas respeks group

BAHAN A :

1 CAWAN GULA
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN MINYAK MAZOLA
1CAWAN AIR PANAS
1 CAWAN SUSU PEKAT
1/2 CAWAN MILO
1 SUDU KECIL SERBUK NESCAFE
3 BIJI TELOR


BAHAN B :

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT


CARA2 MEMBUAT NYE:

SATUKAN SEMUA BAHAN A HINGGA SEBATI
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN B .
KACAU RATA DAN KUKUS SELAMA 1 JAM.

KAT ATAS NIE RESEPI KEK COKLAT YANG SENANG DIBUAT SENDIRI. SELAMAT MENCUBA..... .....
KALAU TAK JADI .... CONFIRM ORG YG BUAT TU TAK MANDI.. HEHEHEHEHEHH


ALAMAK LUPA LAK..,, UNTUK TOPPING

1 CAWAN MILO
1/2 CAWAN KOKO
1/2 CAWAN SUSU PEKAT.
1/4 CAWAN AIR PANAS

KACAU RATA SEMUA BAHAN DI ATAS BARU TUANG KE ATAS KE TADI...... TABURKAN COKLAT URAI ,.,,, PAS TU MASUK DALAM PETI AIS.

P/S : SEBELUM TUANG TOPPING MAKE SURE KEK DAH SEJUK SIKIT BARU KELUARKAN DARI ACUAN .. JANGAN PANAS2 LAK KANG BEDERAI LAK KEK TU ..
SAPA JADI WAT KEK NIE G TAU EKKK... INGAT SAYA EKKK.. .. INSYAALLAH CONFIRM JADINYERRRRRRRR. ......... ......... .....
kire senang nak masak kalau dlm keadaan terdesak ada org nak datang rumah.
cuba jgn tak cuber.


satu lagi resepi dr ahli respeks ahaksss, maceh azlina::

Kalau resepi saya.
Bahan A
secawan coklat/koko
satu suku cawan tepung gandum
satu sudu soda bicarbonat
satu sudu baking powder.
- di ayak semua di atas.

Bahan B

secawan minyak masak
secawan susu cair
setengah cawan susu pekat manis
secawan gula
- dipanaskan untuk mencairkan gula
3bj telur di pukul sedikit (macam nak buat telur goreng tu....)

caranya...

masukkan telur dalam bahan B, sedikit demi sedikit masukkan bahan A, masuk sikit2 agar tak berketul.
siap boleh taruk dalam loyang.
sedia dikukus, kukus selama 30minit

21 October, 2009

150. LEMPENG LEMAK YG RINGKAS..

aku bakar pagi semalam 20 okt 09 atas permintaan anak ke 3 kusss hari ni masih buat juga krn sedap kata anak bongsukus... smlm makan kosong.. hari ni cecah dgn kuah dagang... muahhh3

bahan:

2 cawan tepung gandum
santan pekat secukupnya
gula pasir secukup manis
garam secukup rasa

cara:

gaulkan kesemua bahan2 ini sebati tanpa berketul2
panaskan kuali leper dan bakar dgn marjerin
boleh dimakan begitu aje atau cicah dgn kuah pedas contoh kari atau asam pedas

20 October, 2009

149.KEK SPAN PANDAN BERPUDING

aku bakar pd 17 okt 09

bahan:

350 g tepung gandum diayak bersama
2sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

240 g gula halus
180 g minyak masak biasa
8 biji kuning telur
180 g jus pandan dr 6 helai daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan bahan ini dan dikacau sebati tanpa berketul2..
masukan adunan putih telur kacau sebati dan bakar 160 darjah c selama1jam

bahan putih telur:

10 biji putih telur di putar bersama
1 sudu teh cream tatar
240 g gula halus

putar kesemuanya sehingga jadi buih yg keras bila diterbalikkan bekas buih itu tak tumpahlahhh weyyy... jaga2 jgn kena air walau setitik.. nanti tak jadikkk

pudingnya pula:

2sudu besar tpg gandum
2sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 cawan susu pekat/santan
2 biji telur merah yg lebih drp putih telur tadi..
2 sudu besar mentega

bancuh kesemua sehingga sebati dan kacau atas api sehingga pekat berkilat dah boleh digunakan.. sekejap jer lapisan ni akan merekah..seleloknya guna sebagai peleket dlm kek.. bahagian atas guna la ising kek... tapi bila guna sapuan puding ni maka terasa la sikit kek ni kelainannya... aku kan suka yg pelik2...hehehe

18 October, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG KE 48

happy birthday hubby kuss hari ni 18 otober 09 yg ke 48 semoga panjang umur dan dilimpahi rezeki semoga kebahagiaan ini keakhir hayat kita...

kek ni aku buat pada 17 okt berasaskan kek span pandan berpuding, sowee rumput2 tu dah kehabisan stok sbb tu separuh jalan jer kerja2 menampal keliling kaki kek tuu, malas dah nak buat ising baruuu
puteri sulung yg punya idea bentuk Y ni.. aku tukang potong bentuk dari4 segi jadi Y, sibongsu ANA TUKANG komen kurang nampak bentuk Y ikut cakap ana aku terus memotong lagi smpai menjadi seperti ni..pestime aku buat kerja pemotongan.. sbb tak de acuan laa.. kalu ada acuan senang laa sikit... apa yg penting berkerjasamaaaa hehehe... selebihnya aduan aku buat c.c laa terus aku bawa g bawah..sbb kat blok kami ada jamuan raya 17 okt... sbb tu ising aku kehabisan stokkk.. aku dulukan utk raya punya... thn lepas kat blok sambut raya 18 otober soo kami tiub lilin utk hubby ramai2 kat bwh blok tu..tapi tahun ni depa buat open raya pada 17 okt maka aku hantar jer laaa c.c. ni.. span dia cukup halusssss....

15 October, 2009

148. AGAR-AGAR KERING bkt keteri


gambar pada 13 ot 09

hari isnin 12 okto 09 ptg bertolak balik ke perlis jam 1.30pm sampai umah nenek saudara di bukit keteri jam 10mlm. (lewat sampai sbb singggah anak bukit taman aman a.s kedah beraya dgn pak njang kusss...)
bangun pagi selasa aku ternampak atas mejanya agar2 kering ni.. utk hantaran perkahwinan cucunya pada raya haji ke3 nanti . jam 1.30 ptg selasa kami bertolak balik KL semula..waduhh penatnyee.. sampai KL 7.30mlm...apa nak kata teman kan hubby kuss meeting kat sana.. kenderaan tak de driver jauh sekali...maka aku la jadi driver dia..skru driver dan segalanyee sejak tmpat baru ni...

aku pun segera amek pic dan resepi ni secara lisan jer.. tanpa salin resepi..

bahan:

1 paket agar-agar rm2
1 kilo gula pasir
2 paket kecil gula batu( harga 50sen sepeket)
air aku tak pasti berapa banyak.. lupa nak tanya huhuuhuuuu

caranya:

rebus kesemuanya bersama air sehingga likat dan tuangkan dlm bekas-bekas dan masukan pewarna..
setelah beku potong dan jemur bawah matahari sehingga naik bunga gula seperti digambar..

07 October, 2009

HAPPY BIRTHDAY 2 PIQA PUTERI KE 2 KUSSS 7 OKT 09 KE 18

resepi kek koko ni ada di N3 20 kek koko basah...yg aku masuk pertandingan di perak dulu
piqa minta buat warna merah hati.. tup2 masa nak anyaman kat tepi dia tak berapa jadikkk sooo aku sapu jer.. terus jadi dwi kala ni.. ok juga..maka aku teruskan la dgn deco nii yg ringkas sangat dan cepat siap... piqa sampai jer kat rumah aku terus mulaka deco.. piqa senang dgn warna2 ni... kesemua nozzle ising dah aku try... ok juga laa walaupun beratus rm dah habis beli nozzle hari tuuu.. jimat duit kuss kalu sebijik kek mcm ni mau 50rm... kan kan kan... alah membeli .....


aku deco ptg semalam 16okt 09

piqa sanggup balik umah krn nak sambut birthday dia ke 18.. pagi2 lagi jam 6.30 kami dah potong kek..

lagipun hari ni raihan puteri ke3 ku amek PMR.. semoga dek ann berjaya dpt 8A...

02 October, 2009

wowww tambah lagi koleksi VANTAGE kusss hihikk




bekas kuih ni sampai hari khamis..raya hari ahad. tapi aku malas nak g amek di PERNAMA
sooo baru semalam aku sempat p amek, walaupun pernama kat bawahhh.. sebelah kondo kuuss jerr...
hari ni baru aku buka utk pastikan ada pecah ke idak.. pas ni aku isi la kuih muih yg tinggal ujung2 tuuuu huhuhuuuu... jangan jelessyyyy...
ingat nak amek 2 set.. tapi aku malas laa.. nak tambah.. kalu puluss mcm tahun lepas mau aku tibaiii 2 set...sbb 1 set tu tak de org lagiii....... mari mari sapa nak set ni murah murah ajerr.. +++200rm jer...

27 September, 2009

NASI EMPIT RENDANG ITIK TOK WI DAN SAMBAL KACANG KUSS


hari ni jihah dan piqa nak balik ke U memasing..so aku masak special sikit laaahhh.. malam semalam aku tepon jiran yg masih lagi di kg nya di alor gajah, aku oder sekor itik yg siap dibakar dan dipotong dekat 4 kilo harganya 45rm... awal pagi tadi aku p amek kat umah pn ita ..itik tu.. terus aku mulakan kerja memasak.. nasi empit, rendang itik dan last sekali kuah kacang dan desert buah2an fruitkoktail febrate anak2 aku... terasa la suasana raya dirumah seblm depa tinggalkan aku..huhuuuu... fulamak sedapnyeee dah hampir setahun x jamah itik... kwek kwek kwek heheheee jgn jelesss weyyyy

147. KUAH KACANG GAYA KUUSSS

masak hari ni 27 sept 09 utk jihah dan piqa makan depa nak balik u dah tuuu...

bahan:

kacang digoreng sehingga garing mesin sederhana kasar

cili kering dimesin dgn
bawang merah
bawang putih
jintan kasar/manis
jintan putih
sebatang serai
sesudu teh rempah soto(aku suka sgt masuk rmpah ni sbb sedap...)

tumiskan sehingga garing masukan sedikit santan pekat bersama kacang masak sehingga mendidih kuahnya, kepekatannya ikut suka kita...

146. RENDANG ITIK ALOR GAJAH

masak pada 27 sept 09 raya ke 7
bahan;

daging itik secukupnya direbus sehingga empuk

2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar rempah biji
5 batang serai
1 inci lengkuas
halia, kunyit hidup
cili kering secukupnya
2 sudu besar sedikit rempah soto
sedikit lada hitam/putih

kesemua bahan ini dimesin halus dan ditumis sehingga pecah minyak dan masukan daging itik bersama santan, masak sehingga kering sedikit kuahnya.
masukan asam keping dam kerisik 2 sudu besar garam dan gula dan daun limau purut/daun kunyit

26 September, 2009

145. LAKSA KEDAH

masak pada 26 sept 09

hari ni aku masak laksa kedah lama sgt tak buat...khas utk jihah la ni..tup2 dia posa 6 lak dgn abah dan piqa.. sooo aku dgn raihan dan ana jer makan .. kesian depa tguu buka laa..

bahan:

1 paket laksa direndam dan rebus dan toskan

sayuran ulaman yg anda suka.
daun selom
bawang besar mayang
cili padi
cili merah
timun
telur rebus

bahan kuah:

1/2 kilo ikan kembung/sekor ikan tongkol/selayang/tenggiri.. ikut mana mahumu...
rebus ikan bersama asam keping garam sehingga mendidih dan masak.
amek isinya dan mesin dgn air rebusannya sehingga halus. masukkan kedalam kuah cili yg sedang mendidih.. ingat kepala ikan jgn dimesin nanti anak2 jadi benak kalu makan ..hehehe

kuah cili:

cili kering ikut kepedasan yg kita suka
bawang besar 1 biji
belacan sebesar ibu jari/lebih

mesin bersama air secukupnya, kemudian rebus sehingga cili itu masak.
masukkan air dan ikan yg dimesin tadi bersama 3,4 asam keping dan garam.
bunga kantan dibelah dua, daun kesum secekak, didihkan sehingga kesemua bahan mesra rasanya..
dah siap utk dimakan .....senang jer...

25 September, 2009

hari ni buat mamalad kek

kalian nampak tak hasil kerja keras tangan ku sulaman atas meja tu ?? itu aku sendiri yg jahit dan sulam 2002 dulu.. menang beb masuk pertandingan jgn tak caya... utk meja 8 org tuuu.. kebetulan lak sama dgn tema vantage yg aku beli 3thn lepas.. dan kebetulan lak sama bunga dgn langsir aku disebelah nun tak nmpak.. hehhe alah rumah tumpangan tak de nye lawa mana.. takat boleh berteduh ja laa..

dah balik KL aku siapkan meja utk tetamu yg bakal dtg dr sarawak.. mana tau tetiba jer ada depan pintu umah... siapkan asas meja duluuu makanan yg ada mcm biskut dah siap diletak kan.. maindish masa depa tiba baru masak maaaaa... ini meja utama meja kedua nun di sana x de dlm gmbr...

yg bawah ni meja tambahan jer ...

masak balik cuti raya singgah beli acuan comel tuu.. di maidin melaka MITC..hari ni aku try la resepinyee..mcm2 aku hentam design, utk jihah makan sementara 2 hari lagi di umah..

ni lah wajah asal kek tuuu yg lain tu aku dah terbalikkan dan isikan ising ... hehehe..

yg ni malas dah sampai aku suruh piqa bakar dlm cup jer lagi cepat.....

anak bongsu kuss pun buat juga design diaa... suka hati laaa janji mau tolong..

23 September, 2009

IKAN BILIS GORENG BERSAMA PETAI KOTA TINGGI


biras ku masak pada hari raya ke 2 21 sept 09

cantik tak pinggan lama arwah mak mentua kuss???
resepi nyer senang jer cuma nak nak masukan pingan lama tu jer... beria2 aku tunggu biras kota tinggi ku masak utk lunch.. sodap juga makan org pya masakan wpun ringkas..sbb dah 2 hari makan daging jer...

kacau dodol malam raya resepi di N3 dodol mak mentuaku

ni pula chessy c.c aku oder dari intenet.. melalui blog masakan.. hawa ni tinggal di kg pulai berjiran rupenya kami... c.c ni smpai 5.30 pm apa lagi nanti berbuka kami sapu licin laaa nanti... memang sedap...

7 pm bermula berakhir 12 pm...mak aiiii tentulah ramai yg mengacauuu kalu harap si dara ni.. cuma nak possiinggg jerr nii hikhik... akuuu langsung tak pegang btg kayu tuu...
kacau dodol malam terakhir posa 18 sept 09 di pulai melaka

15 September, 2009

144. BUAH2AN TEMPATAN BERSIRAM SUSU ..hihihi nama glamer

pencuci mulut berbuka hari ni 15 sept 09 posa ke 25

inilah makanan pencuci mulut yg paling senang teramat senang dlm idup aku... dek letih mmbuat biskut dan urusan luar tak de nye aku buat kuih muih berbuka.. ada yg berminat nak tahu cara membuatnyer??? ym la daku.. hehehe sajer jer usik2..

buah yg aku guna:

2 biji pisang emas dibawa belayar tuu potong tebal
2 biji buah mempelam harum manis ..semanis wajah ku diusia muda dulu..
1 cawan buah mata kucing ..yg tak pernah meow tuuu/laici pun leh jg
buah ceri nak kasi nampak lampu hijau merah baru la cun2

p/s
kalu ada kelapa laut lagi cun nampak la hitam manis
buah peach lagi ngancam nyawaaa.sbb manis..

1 cawan whipping cream.... itulah susunya.. ala2 bersiram susu ....

campurkan kesemua bahan2 dan sejukan seketika atau guna kiub ais pun leh juga..aku tak suka ..aku suka yg oriii...baru ada kenikmatannya.... hikhik..lain mcm jer bunyinyee..

kalau kau org pasan dlm N3 aku terdulu tu aku buat kastard cair utk mkn dgn buah2 tropika /fruit koktail...tapi dah jemu laaa ayik tu jer..sbb tu kali ni aku ubah la pula buah2nya dan mandian nya supaya ada kelainan sikit..

14 September, 2009

143.NASI ULAM KEDAH DAN IKAN MASAK ASAM PEDAS KEDAH

kali ni aku tak buat sayur asam keladi tapi aku gantikan keladi dgn ikan.. sebab aku alah makan keladi sbb sejuk urat badan... resepi dia sama juga laaa.. lihat N3 57..selamat mencuba.. berbeza dari nasi kerabu kelantan...yg ada taugeh kcg pjg dan kantan...je..dll aku biasa juga buat..


perhatikan nasi yg masih panas di leraikan sebaik mungkin supaya tak berketul.. baha2 utk nasi pelbagai ulaman, lada itam, bawang, ikan talang masin, serai dan lengkuas ditumbuk bersama, sementara kerisek aku terlupa pamerkan... lesemua ini di gaulkan semasa nasi masih panas2..
masak hari ni 15 sept 09 posa ke 25

resepinya klik disini ATAU di N3 57 ... hari ni barulah aku berpeluang membuat nasi ulam ni..

09 September, 2009

09.09.09 wah cantik tarikh hari nieee apa nak buat yaaa

aku bakar n deco hari ni 09.09.09

hari ni aku dok plan nak buat kek pisang lagi sekali...si bogsu dah minta semalam..pisang dah beli semalam..apa lagi....kebetulan pula tarikh hari ni tarikh yg cukup cantik tuuuu...tak jadilah aku nak gunting baju raya bongsu tuuu..esok laa gunting...meeehhh itut aku buat kek pisang utk tarikh yg cantik bangat niiii...

p/s ceta.....alkisah..
huhuuuu sedihnye kek pisang ni tak menjadik mcm yg lepas sbb pisang nye tak ranum...soo dia bantat laaa...tapi kira ok lagi...leh mkn..mcm kek biasa..cuma tak gebu jer,,

sowee wani...masa nak p solat tarawikh tadi suruh ana g hantar ke rumah wani..tapi bila turun ilah tanyee sapa amek? dia jwb nina.... aikkkkkapasalh nina...?? rupanya dia silap dengar wani jadi ani...so kek tu jadi rezeki org lain laaa...kesiannnn...apa nak buat..tunggu lain kali laaa kot...

08 September, 2009

142. KUIH LOMPAT TIKAM dr blog jiran kuss..

pestime aku try hari ni 8 sept 09 hari ke 18 posa...

wala wala walaaaa menjadikkk betol kuih ni macehh jiran bloger kusss....bukan kenal pun terjumpa dlm web jer blog puan tuuu... itulah hasilnya jika sering berkongsi ilmu kita pasti akan mendapat yg terbaik satu masa nanti... 100 kita beri 1 akan kita dapat yg terbaikk..wpun tak harapa balasan.. habisss kuih ni..berebut dgn anak2 masa berbuka tadi..selalunya kuih segini lembek depa tak sukeee.... si abah pun sama dari tak sukee jadi tak cukup lakkk..lain kali leh ulang2 lagi buat.. daun pandan pun dlm pasu jer... ....

atas permintaan pengunjung blog kuss ..saudari illa sama nama lakk tuu...aku kopi dan pasta dari blog mamatiera fm kuantan.. kata ummi dia pun amek resepi dr hanieliza..

inilah resepi yg aku telah cuba buat tu.... maceh umi dan chef hanieliza
(15 sept 09)

Bahan (Lapisan Hijau):-
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh air kapur
  • sedikit garam

Bahan (Lapisan Putih):-

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam

Cara Membuat:-

LAPISAN HIJAU:-

  1. Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan.
  2. Kacau adunan di atas api sekejap (lebihkurang 5 minit dengan api perlahan).
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

LAPISAN PUTIH:-

  1. Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan.
  2. Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap.
  3. Kemudian cakarkan sedikit permukaan LAPISAN HIJAU dan tuangkan adunan putih ni.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Sejukkan dan potong. Hidangkan dengan air gula merah.

05 September, 2009

BLUEBRY AND STRWBRY CHEESE TART ke 2


aku buat hari ni 5 ogos utk berbuka posa... ke 15

pagi tadi hby bawa aku p kedai kek bake w yen tu kat ck... pestime cari dan senang jer jumpa..
maka terbang la lagi 100rm duit kat kedai tu beli brg2 utk buat kek.. murah sungguh kat situ cuma panas jer laaaa tak de ekon..org ramai...bersesak...saja aku p negok2..lain kali nak p lagi... tadi jumpa ches yg murah maka aku beli and buat la utk piqa ni..siap ubah deco atas tu... yg sepatutnya letak bluebry jer...dek krn nak enak lagi aku tala la coklat ni hehehe... rupanya cepat tol membeku susahnya nak picit... maklum la org tak pernah g belajar mana tau akan tipu helah coklat ni..taram maaaa...janji leh makan dah leee...

resepi di n3 104....

141. PACERI TERUNG PANJANG

masak utk piqa fbrte dia 5 ogos 09 posa ke 15

resepi sama jer dgn paceri nenas aku di n3 yg bawah sana nunnnn...cuma gantikan jer dgn tuuurrunngg..hihi...kali ni aku guna ikan bilis ganti udang kering...

02 September, 2009

140. SPAGHETI KU YG MUDAH


masak hari ni 2 sept 09 atas permintaan anak bongsu utk berbuka hari ke 12

bahan:

spagheti di rebus toskan dan digaul dgn marjerin
1/2 cawan daging cincang
3 sudu makan tomato puri
sedikit sos cili
bawang putih
bawang besar di dadu
sedikit lada hitam ditumbuk halus
sedikit tepung gandum memekatkan kuah
daun2 basil oregano dll yg seangkatan dgn nya
tomato dadu
kalau ada keju lagi sedap..

cara:

1. tumiskan bawang2 lada hitam dgn marjerin sehingga wangi
2. masukkan dagingbersama sedikit air
3. aku masukan serbuk kari sedikit (kalau suka..) tomato puri dll bersama garam dan perasa
4. setelah mendidih masukan bancuhan tepung gandum masak sehingga pekat ikut lah mcm mana kita nak.. dah siap...

139. BUAH MELAKA


ku uli hari ni 2 sept 09 berbuka posa ke 12

bahan:

4 helai daun pandan dimesin amek jus secukupnya
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum .. petua ku supaya buah melaka tidak terlalu liat dan senang nak telan
pewarna hijau
kelapa parut bergaram dikukus 10 minit supaya tak basi dan tak sakit perut bila makan

cara:

campurkan kesemua bahan uli sehingga menjadi seketul mcm gambar
masukkan gula melaka dlm adunan tepung yg sebesar guli dan dimasukkan kedlm air mendidih sehingga timbul tapis baru digaulkan dlm kelapa parut. dah siap..

138. KERABU KETAM YG RINGKAS

hari ni 2 sept 09 berbuka hari ke 12

bahan:

isi ketam di celur seketika
karot diparut memanjang celur seketika
kacang panjang dipotong dadu
tomato dipotong nipis
bawang besar dimayang nipis
cili merah atau hijau dipotong nipis/ cili padi
sedikit belacan bakar
garam

cara:

gaul kesemua bahan kecuali isi ketam sehingga sebati kmdian masukkan isi ketam
dah siap... kalau suka boleh tambah kacang goreng..

31 August, 2009

137. UDANG MASAK LEMAK TIMUN KUNING

tunguuu yeeee resepinya...aku nak p solat tarawikh dulu niii..magrib pun lom solat lagi niiii ampunnnnnnnnnnnnnnnnn
aku masak pada 31 ogos 09 berbuka posa ke 10

wokeyyy aku baru balik niii.. 11.30 pm niii dr antau jihah kat perhentian pekeliling.....

aku nak bgtau...kalu masak timun ni dgn udang tak yah guna cili pedas2 atau sebarang rempah ...sebabbbb rasa timun dan manis udang akan hilang bersama benda2 tuu.. itulah kepuasan citarasaku..habis licin sekali hadap berbuka tadi..

bahan:

udang siap bersih belah belakang

timun kuning..bukan timun yg buat ulam tuuu weyyy saiz dia besar sikit nanti ada peluang aku masukan dlm blog ni.. kulit timun ni jgn lah dibuang semua.. biarlah ada sikit2 warna kuning tu..baru kelassss... belah 2 timun buang biji dan empulur nya...

santan cair dimesin bersama bawang besar dan putih dan juga cili besar sebiji jer jgn lupa sedikit kunyit hidup
didihkan bersama timun sampai empuk baru masukan udang, garam dan daun selom,
aku suka sgt daun selom ni dibuat masak lemak bg kelainan sikit rasa dia..

setelah itu masukkan pati santan dikacau jgn pecah minyak...10 minit jer..
dah siapppp... paling senang dan ringkasss utk sesapa yg x sempat masak..

136. KUPANG SAMBAL KERISEK BEREMPAH

puteri sulung ku masak pd 31 ogos 09 utk berbuka ke 10

bahan:

kupang siap kopek bersihkan kotoran walaupun "segera...'
persediaan sambal seperti biasa cuma tambah la sedikit rempah soto/sup dlm cili mesin tadi.
semasa sedang mendidih... masukan 2 sudu besar kerisik/kelapa goreng...
jgn lupa letak sos cili sikit...

yg ni jihah yg masak niii lulus dah niii...semua puji sedap...

135. IKAN BILIS BASAH BERSALUT TEPUNG KELAPA PARUT.

Hari merdeka ni aku dapat lagi 1 idea mengoreng ikan bilis basah


masak pada 31 ogos 09 utk berbuka hari ke10...posa



bahan:

ikan bilis basah di buang tulang nya..
meh aku ajar mcm mana nak buang tulang..
1. picit2 kan tulang belakang ikan
2. belah perut ikan sampai ke ekor
3. potong kepalanya
4. tariklah tulang keluar jgn sampai ekornya tercabut lakkkk..nanti tak cantikkk
ini adalah rekaan/idea dariku sendiri....

3 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
3 sudu kelapa parut
daun bawang dan sup di potong pendek2
garam dan perasa

bahan ini digaul rata dan celuplah ikan bersama dan goreng garing...nyumm nyummm sedap makan panas2... ranggup bangat...

134. CUP CAKE KALI KE 4 KOT... BEST NYE ANAK2 DARA TOLONG..SALAM MERDEKA!!!

aku decoooo apo toooo .... 31 ogos 09 merdeka! merdeka! merdeka!
ok.. yg atas dan bawah ni warna unguuuu ..aku buat ising yg keras..tahan dlm bas nanti...


yg ni hijau kunin aku buat guna butter dan gula.. tetap lembek walaupun dah lama siap..kalau mcm ni nanti susah jihah nak bawa balik dlm bas. so aku buat lagi ising aduan yg biasa aku buat ..keras..wpun letak luar peti sejuk... tapi yg ni laa enakkk...



Jihah minta mama buatkan c.c ni utk bawa balik ke UMP malam ni ....maka sejak 9 pagi tadi aku kat dapooo la layanzzzz kek niii.. jihah dan piqa pun tolong juga... jam 1 baru siap.. wah penatnyeee.. tak peee.. janji anak2 suka makan...nampaknya belom ada peningkatan lagi dlm bentuk2 bunga2 ni...yg ptg aku dah try buat...

resepi aku tak muatkan sbb nanti ditertawakan pakar2 yg pandai buat kek pulakkk..sbb aku tak belajar...pam pam jer lakan???...