terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 December, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011


TAHUN TERUS BERLALU SILIH BERGANTI HIDUP MESTI DITERUSKAN......
RAKAMAN AKSI SEEKOR KUCING DITEBINGAN RUMAH YG SETINGGI 8 TINGKAT SEKADAR MENGISI MASA KU....DIKETIKA KERESAHAN INI....GAMBAR INI DIAMBIL DARI BALKONI RUMAH KU...



Salam penuh kerinduan pada teman2 blogger kusss sekelian.

hampir 2 minggu ilahjy tak bersiaran membersihkan dapor maya ini dari kesawangan.
entah kenapa sejak akhir2 ni dipenghujung tahun sebegini semangat utk buat N3 terkini kian pudar. mungkin kerana diri ini tidak berapa sihat. biasa lah pengidap hypotiriod ni... mood kadang2 merudum kadang2 menaik...

bermula 5 dis semenjak en hb kemalangan di gua tempurong semangat ini belum pulih sepenuhnya. dilandai pula ilah jy terkena serangan alahan.. kata orang tua.. sopak garam.. atau gegate... dua minggu dalam rawatan sampai amek suntikan minggu ini minggu ke 3 sudah berlalu. sudah ada perubahan. bermula pula 25 dis sebelum dan selepasnya.. kenduri doa selamat di adakan sempena en hb selamat dlm kemalangan.. sejak itu badan kepala ku sakit dan cuba dirawat dgn memakan ubatan dan badan kian merasa berat... mungkin faktor tiriod tersebut mempengaruhi segalanya....

hari ini tarikh telah menjejaki ke penghujung tahun 2011. ku gagahi juga utk menulis, bagi tinggalan kenangan pada tahun 2011 ini... ku sematkan sedikit kenangan gambar di atas.. sebagai pendorong kepada semangat baru ini.. di tahun baru yg bakal ditempuhi nanti...

walaupun tidak bersiaran mengupdatekan masakan tapi sempat jua ilahjy bertandang ke rumah kawan2 yg amat aktif seperti biasa.... tahniah buat semua teman2 blogger masakan yg setia dan masih sihat melaksanakan minat dan tugaasan masing2... kejayaan teman2 seperti yg terkini izah muffin lover masuk JELITA, anna qawina yg telah menjadi pengusaha makanan aka kek dll hasil dari berblog begitu juga madiha aka ratna yg telah bertambah tempahan hari ke hari, dan kejayaan anak2 teman2 blogger dlm peperiksaaan amat juga membanggakan dan ilahjy ucapi tahniah...terutama nor secubit garam, ita masam manis dll... yg tak termuat disini jgn kecil hati ya.. maafkan ilahjy yg tak berapa sihat lagi ketika ini.... juga tahniah buat mas dunia ku yg bakal mendapat anak ke 3 ditahun baru dan takziah buat izah walaupun keguguran ada hikmahnya...jua ingin ilahjy rakamkan t.kasih kepada semua yg sudi berkongsi resepi terutama ratu talam yg sama2 minat dgn ilahjy masakan kukus2 iaitu yatie memories dan pengalaman masing2 ditempat org seperti nieza di finland..mamasya diEgypt ,ita jamaludin dijepun,
jutaan terima kasih jua pada semua teman yg sudi dan tak putus masuk komen disetiap N3 yg telah ilahjy buat selama berblog ni. tak dpt ilah jy sebutkan 1 per 1.. semua masih dlm lipatan kenangan dan ingatan ini... jgn lah kalian sangsi yaa..sayang kalian semuaaaa muahh muahh...
tiada ucapan utk di ungkapkan.. hanya terima kasih semoga kita diberkati dgn pengisian minat ini..aminnnn..

sebelum jendela tahun 2011 ini berlabuh. ingin ilahjy bermohon kemaafan kepada semua teman2 yg sudi betandang ke dapo maya ini yg sudi berkomen di ruangan tersedia ilahjy ucapi dgn jutaan terima kasih... atas kesudian teman2 semua..

semoga dipenghujung tahun ini kita akan mendapat tahap kesihatan yg amat baik dan dapat meneruskan kehidupan di tahun 2012 akan dtg dgn penuh semangat.. ilahjy mohon teman2 doakan kesihatan ilahjy terus menaik seperti semangat kalian menulis di dapo masing2....

apapun yg terjadi dan bakal diharungi di tahun ini... ilahjy mengambil kesempatan yg ada ini utk memohon ribu kemaafan dari kalian semua. ampuni lah daku sekiranya ada tersalah kata tersilap taipan yg menyentuhi hati kalian semua. semoga ia berlalu dgn rela...
semoga persahabatan kita di alam maya ini berkekalan sehingga akhir hayat...

terima kasih atas segala sokongan dan semangat yg ktia tibarkan bersama2 dlm bidang yg kita sama2 minati ini... semoga kita berjumpa lagi di tahun mendatang ...

sekian ilahjy sudahi dgn ucapan selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang 2012.
berjumpa lagi jika panjang umur. insyaAllah.... dengan izinNya.... AMINNNN....

19 DIS 2011 ULANG TAHUN KE 3 R.S.JY

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 3 RESEPI SUMBANGAN JY

SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA

TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN DAN PENGUNJUNG SETIA RSJY

sebenarnya ilahjy mula berblog pada jun 2008 tetapi blog masakkan ini lahir 6 bulan selepas blog2 peribadi dikeluarkan.
kini blog pribadi ditutup kerana ilahjy nak beri tumpuan pada blog masakan yg menjadi kegemaran pada ilahjy dari segalanya...

19 December, 2011

375. MUDAHKAN KERJA DI DAPUR

CARA ILAHJY KERINGKAN SERAI DAN DAUN LIMAU PURUT UTK BERTAHAN LEBIH LAMA DI DALAM PETI SEJUK



Hari ini ilahjy cuba berkongsi cara mengeringkan serai yg terlalu banyak kat rumah ni ... utk disimpan dalam jarak masa yg panjang tanpa merosakkan serai.

sebenarnya serai ini ilah jy amek dari kebun ilahjy di melaka. setiap kali balik ke melaka pasti serai2 ini berkilo2 dibawa balik kadang2 disimpan dalam peti sejuk letak dlm bekas tupperware pun ia akan rosak juga. ia akan menjadi hitam di dalam nya..

pengalaman 3 tahun lepas, ilahjy keringkan daun limau purut utk disimpan lebih lama lagi sehingga 6 bulan ia akan tahan lama didlm peti sejuk tanpa lecur atau berkulat.
berpandukan dari pengalaman itu ilah jy cuba pula mengeringkan serai2 yg berkilo2 ini, supaya lebih tahan lama disimpan dlm peti sejuk...

cara kedua2nya lebih kurang sama. mari kita saksikan bagaimana ilahjy keringkan ke dua2 bahan masakan utama kita ini supaya ia tahan lebih lama lagi...



daun limau purut:

caranya:
cuci bersih daun2 nya.
toskan di dalam bekas berlubang seperti dlm gambar.
biarkan ia mengering di dalam peti sejuk, seminggu lebih kurang.
daun limau akan bertukar warna dari hijau menjadi seperti di dalam gambar.
kemudian ambil daun2 tersebut masukkan di dalam bekas kedap udara.
simpan di dalam peti sejuk selama kita mahu.
masukkan ke dalam masakan seperti biasa.
daun tadi akan kembang ke warna asal.
harumnya tetap sama. cubalah....



serai

caranya:

bersihkan serai
gunakan sagat seperti di dalam gambar.
sagat serai tadi secara serong.
dalam suhu rumah letakkan serai2 tadi di atas kertas.
serakkan ia. supaya serai mudah kering.
keringkan 4-5 jam tanpa menggunakan matahari.
setelah itu masukkan serai2 tadi ke dalam bekas berlubang seperti daun limau purut tadi.
ilahjy alaskan kertas di dalam bekas tersebut.
keringkan ia di dalam peti sejuk selama 4-5 hari.
kemudian pindahkan serai2 tadi ke dalam bekas kedap udara.
simpan di dalam peti sejuk.
bila hendak digunakan terus masukkan ke dalam masakan.
selamat mencuba...


13 December, 2011

374. URAP BEREMI

inilah rupanya beremi sama dengan pokok bunga kembang 10 pagi... jgn salah beli..
Ahad 11 dis 2011 dlm perjalan pulang ke KL dari melaka kami berhenti di Bukit tembakau tempat kraftangan dijual... sebelah jalan nun ada dijual kupang segar sekilo 6rm..setelah ditimbang kupang, ilahjy terpandang sayuran ini...BEREMI namanya.. sayuran ini hampir kepupusan krn ia hidup di sawah bendang... sekilo 10rm. ilahjy beli cuma 5rm sahaja.

malam tadi terus dibuat urapa kegemaran en hb... serba ringkas masak separuh sahaja... ada berbaki lagi utk hari esok pula... sapa2 belum pernah makan dan merasa beremi?
selalu kita guna daun selom utk buat urap..tapi daun beremi ni agak pahit dan liat2 sikit maka ada lah keenakannya semasa kunyahan dilakukan... hehehehee... nanti ilahjy amek gambar daun segar... terlupa la pula...supaya kalian akan kenal..daunnya seakan daun pokok bunga kembang sepuluh pagi....

resepi yang ringkas boleh tahan rasanya:

bawang kecil
ikan bilis
kunyit hidup
sedikit garam
sedikit kelapa muda parut

blend sehingga halus bersama sedikit air.
panaskan atas kuali sehingga wangi masukkan kelapa muda parut
kacau sehingga bangkit wangi baru dimasukkan sayur beremi yg dipotong pendek.
kacau sentiasa sehingga layu.

373: KEK GULUNG ZIRAFAH

selamat sejahtera kpd semua sahabat alam maya kusss sekelian..
sekian lama aaceceeee lama ker? huhuu hanya beberapa hari..tapi terasa amat lama...ilahjy menyepikan diri dari menghupdate kan blog kesayangan ini... terutama masak memasak...
pelbagai ujian ALLAH SWT turunkan pada kami sekeluarga.... bertimpa2 masalahnya.. namun kami tetap redhaaaa semoga ada hikmah disebaliknya selepas ini...
biarpun kita kehilangan harta benda, tetapi yg lebih berharga adalah nyawa dan keselamatan... yg masih terpelihara dari musibah...aminnnn...(en hb kusss baru kemalangan di gua tempurong saga kusss out..5 dis lepas... 4,5 bulan lagi baru saga kembali ke KL..yg ptg en hb selamat..aminn)

semakin hujung tahun bakal kita tinggalkan semakin byk dugaan yg ilahjy tempuhi.... pelbagai masalah ...urusan keluarga telah selesai tapi masih ada kesan atau ringkas nya ..rumah dah siap pahat masih berbunyi... itupun ilahjy terima kerana semua dibuat dgn niat yg ikhlas....
apapun iktibar dari semuanya kita kena berhati2 dan sentiasa membuka mata hati dgn segala tindakan kita ambil...supaya kita tidak mudah ditipu dan sbgnya....
apaun dugaan hidup mesti diteruskan biarpun tertangguh pasti diteruskan jua.. jommm kita lihat kek dibawah ni... apa kesudahannya.. inilah pertama kali kek gulung menjadi...resepi kak wan ni amat mulus dan mudah digulung.. jommm layanzzzzz..


digulungkan pada 7 dis 2011..fuhhh menjadiiiii tahniah utk diri sendiri gulungan yg tak patah walaupun sikit..ngeh ngeh ngeh..sukanya akusss.. terima kasih K1.... lewat buat N3 sebab terlalu bz semenjak 2 menjak ni....
sapu jem jer sbb malas nak buat cream..hehehe
semasa sejukkan kek atas redai terbentuk lekukan tuuu..
sedikit hangit.. huhuuhuuu
adunan hijau sebelum dan selepas di bakar..memang gebussss lembuttt acuan 10x10x1
corak zirafah yg dibuat tanpa lakaran ..maklumlah org malas ngeh ngeh ngeh kerja nak cepat jer
bahan2:sumber rujukan dari blog citarasawan
sila ke dapo k1 yg sentiasa menawan...

Bahan A:

3 biji kuning telur
15 gm gula halus
60 ml air
40 ml minyak jagung
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Caranya:

pukul kuning telur dan gula sehingga berkrim.
masukkan esen,air dan minyak putar sebati.
masukkan tepung dan putar sehingga sebati.

keluarkan 2 sudu besar utk mencorak zirafah....A(*)


Bahan B:

8gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
ilahjy guna pewarna oren dan hijau

Bahan C:

3 biji putih telur
50 gm gula halus
1/4 sudu teh cream of tartar

caranya:

putar kesemua bahan sehingga bertanduk.
kaup dan balikan dgn bahan A di atas sehingga sebati.
masukkan bahan B kacau sebati.

jika guna warna mcm ilahjy sila ikut selera masing2.
seperti gambar di atas. corak warna oren dan bahan utama warna hijau.

ADUNAN CORAK ZIRAFAH:

1 biji putih telur
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan A (*)

caranya:

1. pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk
2. masukkan kesemua bahan yg berbaki dan kaup balikkan sehingga sebati.
3. masukkan adunan ke dalam pipping beg dan corakkan seperti ilahjy buat.
4. bakar170 darjah selama 1 minit sahaja. keluarkan dari oven.
5. kemudian tuangkan adunan A yg berwarna hijau/coklat
6. ratakan dgn spatula dan hentakan supaya rata.
7. bakar 190 darjah selama10-14 minit.
8. angkat dan keluar dari acuan 10 x 10 x 1
9. sejukkan seketika dan keluarkan kertas terbalikan atas sekeping kertas yg baru/bersih
10. sapukan jem dsbnya, mulakan menggulung dgn cermat.
11. simpan 1jam dalam peti sejuk baru di potong.