terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

PERINGATAN UNTUK YG TIDAK TAHU UNDANG2 GMM HAK PERIBADI DLM BLOG

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN TANPA IZIN PEMILIKNYA.
HARAP MAKLUM.***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 4 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..







12 May, 2013

KENANGAN SEPETANG DI HARI IBU BERSAMA ANAK2 KUSSS

Selepas anak2 pulang dari kuliah di UTM jam 5 ptg barulah kami bergerak ke Setapak..tak jauh dekat jer hehehe... sampai DI NORA'S KITCHEN jam 5.30
Sepanjang Jalan Anak2 Minta Mama Tutup Mata Utk Supriseeee Kan Mama..tapi Mama Ni Nujum Tok Belalang Dah Boleh Agak Tempat baru Yg Nak Kami Tujui Ini.
Tak Suspen  laaa Jadinya. Sampai Jer Terus Oder Makanan. Sedap Juga Makanannya.
Potong Kek Dulu Makan Kek Baru Mkn Yg Lain2. Tapi Disebabkan Abahnya Tak Ada, Pergi PD ada Tugasan.. Maka Mama Dipaksa Call abahnya..
Mama Dgn Mimik Muka Malu2 belalang.. Sbb Nujum Tadi... Mama Dengar Abah Nyanyi lagu hari Ibu...komposer Abahnya..hahaa
Terima Kasih Anak2 Kusss Atas Penghargaan Ini..
Nak Selalu Laaaa..jwb Anak2 Pokaiiii Laaaa mamaaaaa...hikhik

Wahhh Mama Dapat Hadiah Kek Dan Body Shop  Makan Freeee Lagi Kembong La Mama..
Panas2 Ni 5 Gelas Mana Cukup Nak Oiiii...cuba Tekaaa Maa Satu Air Ilahjy?

Anak Bongsu 15thn Nur Liyana Sama Muka Mama Tak?
Anak Ke3 Raihan 19 Thn Di UIA PJ Sanggup Balik Utk Sambutan Hari Ibu Wpun Hanya Utk 2jam Bersama Mama..naik Putra Dan Bas..
Anak No 2 Shafiqah 22 Thn Yg Belikan Kek Ni Di Ampang Park Semasa Balik Dr UTM SPACE Tadi
Anak sulung 24thn Najihah Sebelah kanan gmbr belikan mama body shop dah suruh mama lawakan diri utk abah katanya..biar abah terpikat..hahahaa..pandai anakku..

Mimik muka ketika dengar abahnya nyanyi lagu ibu..malu2 belalang la tuuu sbb tadi nujum tok belalang..

INI SAHAJALAH KENANGAN YG DPT ILAHJY PAPARKAN SEMPERNA HARI IBU UTK PENGUNJUNG2 RSJY
TERIMA KASIH PADA KAUM IBU SEMALAYSIA KERANA KITA TELAH MENJADI IBU YG BERJASA PADA NEGARA TERCINTA MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Apa Kaitan Hari Ibu Dengan Gambar Suram Anak Buah En Hb Ni?

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA KAUM WANITA YANG TELAH MELAHIRKAN

Setiap kehidupan hari ini Pasti Akan Dihargai 
Penghargaan Itu Tidak Kira Dalam Bentuk Apa Sekali Pun
Umpama Sambutan hari Lahir, Hari Bapa, hari Wanita, Ulangtahun Perkahwian, Ulang Tahun Sesebuah Pertubuhan, Hari Kemerdekaan Dan Sebagainya
Semua Akan Disambut Dan Diraikan. Tujuannya Hanya Lah Utk Mengingati dan Dihargai. Bayangan Jika Tiada Sambutan Siapa Akan ingat? Mungkin Orang Berkenaan Sahaja. Begitu Jua Dengan IBU.walaupun Pada Hakikatnya Ibu Perlu Diingati Sepanjang Waktu Sama Ada Dia Masih Hidup ataupun Sudah Tiada Lagi
Tetapi Apa Salahnya Jika Hari Ini Diwujudkan Khas Utk Diraikan Oleh Anak2.
Jika Ia Dilakukan Sebegini. Kita Akan Melihat Kemeriahannya,  Ibu2 Dibawa Anak2 Ke Majlis Makan2 Atau Dimana Saja, Tanpa Perlu Menjadi Tandatanya, Apakah Sedang Dilakuan Oleh Keluarga Itu Pada Hari Ini. Bila Dikhaskan Hari Ini Maka Semua Orang Tahu Sendiri majlis, Acara Dsbnya Adalah Kerana Meraikan Ibu2 Mereka..
Suka Tak kita Jika Sebuah Restoran Akan Penuh Dgn Keluarga Membawa Ibu MaSing2 Utk Diraikan. kita BukAn MengikUT Mana2 Suruhan Agama. Tapi Kita Mengikut Suruhan Tanggjwb Dan Kasih sayang Selagi Kita Mempunyai Seorang IBU.
Salahkah Budaya Cara Ini Disambut Setahun Sekali Seluruh Negara... Lepas Tu Kalu Nak Sambut Sebilangan Masa Silakan..ikut Keperluan Masing2 Punya Kemampuan Dan Kehendak Tiada Siapa Menghalang.... Cuma Beringat Jgn tersimpang Dari Agama Sudah La..

Beruntunglah Bagi Wanita Yg Dapat Melahirkan Seorang Malah Berbelas2 Anak
Tidak Juga Malang Kalau Wanita Itu Tidak Melahirkan itu Bukan Salah Mereka. Semua Ketentuan NyA. Mereka Jua Boleh Menjadi Ibu Kpd Anak Angkat.
Tak Ada Salahnya.
 Beruntung Juga Lah Jika Anak2 Itu Dapat Dipelihara Sendiri Oleh Ibu Yg Melahirkan Mereka. Juga Tidak Beruntung Kpd Anak2 Yg Dibesarkan Oleh Kasih Sayang Orang Lain. Tapi Beruntung Kerana Dilahirkan Kemuka Bumi Ini Utk merasai Nikmat Kehidupan
Umpama Diri Ku Dilahirkan Selama 9 Bulan Diserahkan Kepangkuan Nenek Utk Dipelihara Sehingga Berkahwin Seusia 22 Tahun. Adakah Salah Nenek Memelihara Aku Dgn Penuh kasih Sayang Dimanja melebihi Segalanya? Salah Kah Aku Jika Tak pandai Menyamai Kasih Sayang Nenek Dgn Ibu Sendiri?
Walapun Aku Boleh Menghargai Nya..tapi Di Dalam Benak Hati Tak Sama Dgn kasihnya Nenek Dan Atuk Yg Menjaga Aku..
Hanya Org2 Yg Berada Ditempat Aku Akan Lebih Memahami. 
Oleh Itu Jangan Sia2kan Anak2 Kelahiran anda Sendiri, Jagailah Mereka Sayangi Lah Mereka Selagi Hidupmu Agar Dirimu Dihargai Oleh Anak Yg Diahirkan.
Adalah Kejam Jika Anak2 Dibesarkan Oleh Ibu Sendiri Tapi Mereka Mensia2kannya Ibu Mereka. Fikirkanlah Anak2 Yg Tak Mendapat Kasih Seorang Ibu Bayangkan Bagaimana Hati Dan Perasaan Mereka.
Oleh Itu Hargailah Ibu Kalian Sepanjang Masa.
Duhai Anak2 Ku Mama Bangga Teramat Sangat Kerana Melahirkan Dan Membesarkan Kalian dengan Tangan Sendiri Dibelai Dgn Penuh Kasih Sayang
Mama Tak Akan Mensia2kan Apa Yg  Tuhan Telah Beri. Beruntung Mama Kerana Menjadi Ibu Yg Sempurna Krn Dpt Melahirkan Kalian Berempat.
NAJIHAH, SHAFIQAH,RAIHAN DAN NUR LIYANA

KEPADA IBU2 SEMUA ILAHJY UCAPKAN SELAMAT HARI IBU

BERBANGGALAH MENJADI SEORANG IBU


09 May, 2013

506. KUIH LAPIS

Malam Tadi Selepas Magrib Ilahjy Buat Kuih Lapis Ni.
Disebabkan Penghuni2 Kat Umah Ni Tak Minat Langsung Kuih2 Lembek Ni Maka Ilahjy Buat1/2 Adunan Saja.. Cepat Lah Masak.
Tapi Kecewa Sikit Kerana Terlalai Tak Sapu Minyak Diacuan Comel Ni.
Maka Pagi tadi Susah juga Nak Lekangkan.. Sbb Tu Tak Tayang dah Yg Siap Ditanggalkan. Apa Pun Potongan Nya Rasanya Kelembutannya Amatlah Sesuai Dgn Tekak Ni.. Resepi Sama Dgn Resepi Ilahjy Yg Ilahjy simpan Sejak Mula Kahwin  dulu. Dah 24 Thn Berlalu
Sila Klik Utk Resepi 2009

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/01/kuih-lapis-tradisional-hot-bay.html




Bahannya:
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Beras
1 Sudu besar Tepung Ubi
1 Cawan Santan Kotak
1 Cawan Gula
2 Cawan Air
1 Biji Telur
Sedikit Garam
Perasa Jagung, Serbuk Koko

Caranya:

Campur Kesemua Bahan Kacau Sebati. Bahagi 2
1 Warna Kuning Perisa Jagung
1 Warnakan Dengan Serbuk Koko

Sapu Loyang Dgn Minyak,
Kukus Selapis Demi Selapis Selama 5 Minit@kering, Akhir Sekali Kukus Selama 20 Minit. Sejuk Baru Dipotong.

08 May, 2013

505. KERABU IKAN TONGKOL


Semalam Buat Laksa Beras Kuah  ikan Tongkol
Isi Ikan Disimpan sedikit utk Buat Kerabu. Maka Tengahari Ni Kerabu Dah Siap. Mudah Je Buatnya

Bahan:

1 Mangkuk Kecil Isi Ikan Tongkol Yg Telah Direbus Terlebih Dahulu
1 Biji Tomato Mayang Nipis
1 Biji Cili Merah
1 biji cili Hijau
1 Biji Limau Nipis Amek Jusnya
5 Biji Cili padi
1 Biji Bawang Merah Dimayang Nipis
Garam Secukup Rasa
2 Helai Daun Salad dipotong Halus

Caranya:

Campurkan Kesemua Bahan Dan Rasa Masam Masinnya.
Kan Mudah Dan Senang.. Guna Ikan Kembung pun Sedap.

ROTI JALA TIKAR MENGKUANG... hasil keras tangan ku

Inilah hasilnya... kerastangan kusss.. yang tak berseni langsung..
Ilahjy oder acuan@botol Ni Dari Reen Khan Nun Di Bintulu Sana. Sampai Hari Jumaat Lepas. Isnin Dan Hari Ni Dah 2 Kali Ilahjy Buat.


07 May, 2013

504. LAKSA BERAS, KUAH IKAN TONGKOL BERPERISA LENGKUAS



Laksa Beras

1 Paket kecil Tepung Beras
1 Senduk Tepung Gandum
1 Senduk Tepung Kanji
Air Panas Secukup Untuk Mengandun

Caranya:

Campurkan Air Panas Kedalam Campuran Tepung 
Uli Sehingga Boleh Dibentuk Lembut Sedikit Dari Karipap
Tekankan Dgn Acuan Muruku Ke Dalam Air Mendidih
Toskan Ke Dalam Air Sejuk
Kemudian Toskan Sedia Untuk Dimakan.


Kuah Ikan Tongkol Berperisa Lengkuas
Resepi Asal Asam Laksa Kedah
Ubahsuai Rasa Oleh Ilahjy

1 Ekor Ikan Tongkol Saiz Besar
Bersihkan Dan Rebus tanpa Potong Bersama 6 keping Asam Gelugur Dan Garam
Setelah Masak Amek Isinya Dan Hancurkan Dengan Garfu
Kali Ini Ilahjy Tak Mesin Seperti Resepi Ori
Ilahjy Nak Kunyah2 Isinya Semasa Jamah laksa

10 Biji Cili Kering
1 Biji Bawang Besar
1 Ketul Belacan 

3 Keping Asam Gelugor
Garam Dan Sedikit Gula
1 Biji Bawang Besar Dibajikan Nipis
1 Keping  Lengkuas Diketuk 
Daun Kesum Secukupnya

Caranya:

Mesin Kesemua Bahan Sehingga Halus
Panaskan Dalam Periuk Sehingga Mendidih
Masukkan Ikan, Asam Keping, lengkuas Dan Bawang, Daun Kesum Dan Perisa
Masak Sehingga Mendidih Dan Rasa Masam masinnya.



05 May, 2013

5 MEI 2013 PRU 13 5 TAHUN SEKALI

SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT MALAYSIA 
 Yg Berumur 21 Thn Keatas Dan Yg Telah Mendaftar
Kelihatan Dua Beradik Dihadapan Pintu Masuk Bilik Undi

Ucapan Ini Ilahjy Tujukan Kepada 2 Orang Anak2 Ilahjy Sisulung Dan no 2. Mereka Berumur 24 Thn dn 22 Thn
Sekejap Betul Masa Berlalu Ilahjy Sudah 5 Kali Mngundi, Tapi Buat Kali Ke 6 Ini Dpt Pula Mengundi Bersama Anak2. Walapun Ilahjy Mengundi Awal 30 April, di  KL...Bukan Pos Yaaa.. Kena Tau Beza Ya... Baru Diperkenalkan Thn 2013 Undian Awal. Dan Jari Pun Didakwatkan. 

Hari Ini 5 mei 2013 ilahjy Dengan Rasa Bangganya Bawa Ke Dua2 Anak2 Dara Ke Kampung di Melaka. Kerana Ic Mereka Beralamat Di Rumah Teres Kami Di Telok Mas. Maka Mereka Kena Ngundi Di Sek Keb Pernu.

Jam 7.30 Dah Tiba Di Depan Pintu Sekolah. Anak2 Beratur Disitu Amek No Saluran Ilahjy Terus Ke Saluran Utk Beratur Bg Pihak Anak2... Tepat Jam 8.15 selesai Undian, Kami Dah Bertolak Balik Ke KL. Masa Bisa Diatur Oleh Kita. Jauh Dekat Duit Ringgit Semua Di Tangan Kita Dgn Izin Nya..tanpa Berkira ?.kami Tunaikan Tanggungjwb Utk Negara Tercinta Ini.. Smoga Undian Kami Anak Beranak 4 Suara Ini Akan Membawa Kemenangan. Pimpinlah Malaysia Dgn Jayanya Dunia Dan Akhirat.
Saat Ini Hanya Beberapa Minit Saja Lagi Keputusan Akan Diumumkan.
Semua Yg Bersuara Sebelum Ini Tak Kira Pedas Manis Masim Masam Pahit Akan Menjadi  Titik Noktah. Kita Perlu Buangkan Segala Rasa Dihati Itu..teruskan Kehidupan Mcm Biasa Biasa Wpun Kita Berbeza Pendapat.
Yg Penting Kehidupan Perlu Diteruskan. Dunia Dan Akhirat Sama2 Kita Pegang Dan nantikan.smoga Kita Diberkati Oleh Nya Yg Maha Esa.. Berkuasa Atas Segalanya. Kita Berserah Padanya iTu Yg Utama..

SEMOGA BUMI MALAYSIA KU AMAN DAMAI

03 May, 2013

503. KEK LABU

http://yatiememories.blogspot.com/2013/05/carrot-apple-cake.html

Kek Ini Adalah Adaptasi Dari resepi Dari Yatie Memories.
Terjaga Awal 4 Pagi, terus Buka Blog, Nampak Yatie Pamirkan Kek Carot Apple.
Terus screenShot Resepi  kat Galaxy tab Ni Dan tak perlu Lagi Print2 Resepi Mcm Selalu. Wah Mudahnya Dunia Samsung Nie.. Semua Boleh.
Jam 12 Tghari,nBawa Galaxy ni Ke Dapo On Kan Skrin Terus Sediakan Bahan2 Kek Ini.
Alamakkkk Carot Tak De Stok... Apple Lagi Laaa Kurang Makan Kat Umah nie..
Semalam  pergi Eon Big Wangsa Maju Ada Beli Labu Cinoni..
Apa Lagi Terus Kukus Si Labu..  Labiiiiiiiii...jadi Ke Kalau Aku Ganti Carot Dgn Labuuu?... JAWAB LABI HENTAM SAJALAH LABUUUUU....
Maka Jampuk Ci Luncai...biarkan..biarkan...ooopppssss Teruskan Teruskan..
Alhamdulillah Keputusan Amat Memuaskan Hati Anak2.
Masa Nak Deco2 Teringat Pula Si Bongsu NUR LIYANA punya Birthday Esok 5 Mei 2013. Apalagi Mama Terus Picitkan Tulisan Wish Tuuu.. Jam 7 Malam Dah Tak Tahan Terus Nyanyi Potong Terus Makan. Siap Mendeco Jam 5ptg Tadi..
Jika Kalian Nak Lihat Resepi Asal Jom Klik Kat Link Diatas..sila Ke Dapo Yatie Ya..
Apapun Nak Ucapkan T.kasih Krn  Tayangan Perdana Itu Tlh Menusuk Hati Ku,

 2 Resepi Berbeza, Ising dasar Dan ising Bunga



Sengaja Taruh Stoberi Kasi Sibuk Sikit Warna Dlm Gambar


Bahan2nya:


Bahan- Bahan

2 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cwn gula perang halus
1/2 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut- perah sikit airnya

***ILAHJY GANTI DENGAN LABU DIKUKUS DAN LENYEK HALUS
150gm apple hijau, diparut

***ILAHJY PARUTKAN LABU MENTAH
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak 

***ILAHJY TAK LETAK

Cara Membuat Kek

1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan kesemua bahan lain.
3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.

CREAM CHEESE TOPPING:

250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

**untuk kek di atas, Yatie buat dlm 2 loyang saiz 7inci. Bakar dlm 2 loyang berasingan. Sejukkan barulah ratakan kek sebelum di sapu topping.Sapukan cream cheese topping dan deco ikut kreativiti masing2.


RESEPI ISING TAMBAHAN UTK DASAR ATAS SAPUAN KEK: CARA ILAHJY

200 Gm Planta@butter
150 Gm Gula Ising
1 Sudu Teh Jus Limau
1 Sudu teh esen Vanilla

Caranya:

Satukan Kesemua Bahan Dan Putar Sehingga Gebu.


30 April, 2013

PRU 13 KALI KE 6 ILAHJY MENGUNDI HARI INI 3O APRIL 13


JARIKU SUDAH DICALIT BERERTI AKU PENGUNDI YANG SAH
KALIAN AKAN PERGI CALIT 5  MEI?
Syukur  Pada ALLAH SWT Kerana Telah Memanjangkan Usia Ini Dan Diberi Kesihatan Yg Baik Untuk aku Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat MALAYSIA  Dibumi Bertuah Yang Aman Damai Ini.
Seawal Pagi Tadi Jam 8 Ilahjy Bersama En Hb Telah Ke Pusat Mengundi. Boleh Tahan Ramai Yg Hadir, Datuk Fauzi Pun Hadir Bersapa Dengan Pengundi2nya.
Jam 8.30 Sudah Siap Memangkah. Jam 9 Dah Ada Dirumah. 
Ilahjy Mengundi Sejak Berumur 23 Tahun. Daftar Mengundi Diusia 21 Tahun. Jadi Tahun Ini Merupakan Kali  ke 6 Ilahjy Mengundi. Semoga Panjang Umur Dapat Mengundi lagi Di Tahun2 Akan Dtg.  Bila Dah Pangkah Di Kertas Tadi, Lepas Rasanya 1 Tanggungjawab Yg Amat Besar Utk Negara Tercinta Ini. Diharap Kalian Yg Gah Bercakap Pasal Politik tu Jgn Lupa Pergi Mengundi 5 Mei Nanti.. Dah Harap2 Kalian Dah Daftar Mengundi.. Kalu Tak Daftar.. Jgn Hanya Pandai Berkata Bab Politik Tanah Air. Sedangkan Hak Anda Sebagai pengundi Tidak Ada... Mcm Pukul Tong Kosong Je La Jwbnya... Oleh Itu..tunaikan Tggjwb Yg Amat Besar Ini Utk Memilih  Siapakah Yg Layak Utk memimpin Negara Ini.. 
Jari Diatas Menandakan ilahjy Sudah Pun mengundi PENGUNDIAN AWAL
SELAMAT MENGUNDI BUAT RAKYAT MALAYSIA



29 April, 2013

502. KUPANG SEGAR GORENG KUNYIT

Kupang Ini Dibeli Di Melaka Kat Telok Mas

Senang Jer Nak Masak
Potong Bawang Besar, Halia, Bwng Putih, Cili Merah Dan Hijau, Nenas Bajikan,
Tumis Ke Semua Sekali Harung Dalam Minyak Yg Secukupnya.
Masukkan Serbuk Kunyit Dan Garam. Goreng Sehingga Masak. Beri Sedikit Air.

27 April, 2013

501. KUIH LAPIS PERMATA

Salam hari sabtu salam berhujung minggu.
Alkisah kuih lapis ni ilahjy buat petang semalam. Ia adalah gabungan 2 idea.
Permata adalah ilham ciptaan RATU TALAM kita iaitu YATIE MEMORIES SINAR KEHIDUPANKU. Selera kami berdua sama dalam hidangan Kuih2 Kukus Talam Ni.
Sementara Resepi Kuih Lapis Ilahjy Amek Dari Dapo REEN KHAN.
Terima Kasih Kepasa Dua Org Sahabat Ku Itu.
Ilahjy Cadangkan Kuih Ini amat Sesuai Jadi Hidangan Masa Kenduri Kawen. Kerana Ia Tahan Lasak. Manis2 Buah. Kuih Ini mudah Dipegang Sebab Dia Tak Gedik Mcm Kuih Lapis Yg Biasa Ilah Buat. Ia Kenyal.. Bila Ditekan Antara Dua Jari Selepas Dipotong Ia Akan Kembali Ke Bentuk Asal. Manis2 Buah rasanya.
Apa Pun Jom Layan Resepinya.

Anak Dara llahjy Cakap Macam Demam Campak Jer Rupanya Cikenpox Tuuu Hahaha
Tapi Ada Seni Tersendiri

bahan2nya:

4 Cawan Tepung beras ( 3 Mungkin Lembut sikit )
1 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Tepung Jagung
1 1/2 Cawan Gula
6 Cawan Santan
250 Gm Sagu besar Beli Yang Siap Kembang

Caranya:

Campurkan Kesemua Bahan Kacau Sebati Dan Tapis.
Panaskan Kukusan. Sapu Minyak Pada Loyang. Panaskan Loyang Sebentar.
Tuangkan Lapisan Merah Kukus 5 Minit. 
Tuangkan Lapisan Putih Dan Aturkan Sagu Dan kukus 5 Minit
Tuangkan lapisan Merah Dan Sehingga Habis.
Akhir Sekali Kukus Selama 20 Minit.
Sejukan Baru Dipotong.

24 April, 2013

500. KHASIAT DAUN ANGGUR

Daun anggur ini ilahjy petik tepi pagar kem. tumbuh Segar Selepas Beberapa Bulan Ia Diberihkan. Ia ditanam Oleh Org Awam Dato keramat. 
Bukan Main Menjadi2 Daunnya Sebelum Ini TAPI ilahjy tak tau apa Khasiatnya. Bila Terbaca Dlm Fb SUZANA hari ini Ilahjy Telah Petik Dan Akan Mencuba Memasak Daun Anggur Ini.. Nanti  ilahjy  Paparkan Apakah Resepinya...
Dibawah Juga Ilahjy Kongsikan Info Pasal Daun Anggur Dar Fb SUZANA T.kasih Ya Zana. Semoga menjadi  Panduan Utk Kita Semua.


Hari ni...jom kita bicara khasiat daun anggur. Bukan saja buahnya...malah daunnya juga penuh dengan khasiat. Makan buah anggur bagi rakyat Malaysia adalah perkara biasa kerana kita mudah dapat di kedai-kedai buah dan pasaraya...Tapi, untuk makan daun anggur...sudah tentu ada di antara kita yang berasa agak pelik kecuali yang biasa memakannya. Perkara ini tidak menghairankan...sebab daun anggur sudah tentu bukan makanan ruji kita. Tetapi, ianya adalah makanan ruji bagi penduduk di negara-negara Mediterranean, Greece, Bosnia, negara Timur Tengah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...:)Okay...kita terus ke topik yang ingin saya kongsi di sini iaitu : KHASIAT DAUN ANGGUR , secara ringkas...antaranya ;

Seperti sayur-sayuran yang lain sudah tentu daun anggur rendah kalorinya dan juga rendah kandungan lemak tepu ( saturated fat ), kolesterol dan sodium.Samada diambil mentah atau dimasak...ia adalah sumber serat yang baik. Daun anggur mengandungi antaranya vitamin A , C , E , K , B2 ( Riboflavin ), B6 , B3 ( Niacin), B9 ( Folate ). Selain itu ia juga mengandungi Omega-3 fatty acids dan Omega-6 fatty acids. Juga...kandungan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti Kalsium, Magnesium,Copper dan Manganese.
Dengan segala kebaikan yang terkandung di dalam daun anggur itu...maka tidak syak lagi bahawa ianya sangat baik untuk kesihatan terutama untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengawal tahap kolesterol dalam darah,anti-oxidant bagi mencegah kanser, mengawal berat badan, dan lain-lain lagi....boleh Google untuk dapat maklumat terperinci tentang khasiat daun anggur ni dari segi kesihatan...:)
Malah di dalam Al-Quran juga Allah menyebut beberapa kali tentang pokok buah-buahan ciptaanNya yang memberi kebaikan kepada umat manusia, yang antaranya adalah pohon anggur...yang disebut di dalam salah satu surah :

”Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” ( An Nahl: 11)

Oleh itu...sebagai manusia yang dikurniakan Allah swt dengan akal, mari kita fikir-fikirkan bersama akan nikmat yang Allah swt kurniakan di depan mata kita...dan sama-sama lah kita manfaatkan ia sebaik mungkin...kerana kita disarankan untuk memakan segala yang baik....

23 April, 2013

499. LEMPENG NASI DAN SAMBAL IKAN BILIS KACANG PANGGANG

Nasi malam tadi berlebih tak cukup utk digoreng. Terus ilahjy buat lempeng yang  Mudah Ini.


Bahan2nya:

1 Cawan Nasi
2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Garam
1 Biji telur
2 Cawan Air (bancuhan pekat Tapi Mudah Utk Diratakan Ke Kuali, Cair Sedikit Dari Bancuhan Jemput2  )

Caranya:

Bancuhkan Kesemua Bahan Sehingga Sebati dan Cuba Bakar 2 Sudu Besar Utk Testing Kelembutannya. Tambah Air Jika susah Utk Diratakan Ke Atas Kuali.


Sambal Ikan bilis Kacang Panggang

Buat Sambal Seperti Biasa Cuma Ditambah Kacang Panggang. Jom Layanzzzz

498. AGAR-AGAR KEMENYAN

Alkisah hari Ahad. Hajat nak Makan Cendol tak tercapai. Ilahjy Ke Giant Setiawangsa  Utk Membeli Barangan Dapur. Bila Terpandang cendol terus amek Pernh Sekali Beli Ok Jer. Nak Jadi Habuan Nasib Tak Baik. Dapat Cendol Berbau Hangit Dan Rasanya Macam Makan Arang Dan Ada Pula Serbuk Hitam Didalam Tepung Cendul Tu. Selepas Ditos Baru Nampak Keburukannyaa. Apa Nak Buat Tak De rezeki. Selalu Beli Buah2an Pun Sama. Asyik Terkena Yg Buruk Saja Wpun Dah Pilih.maklum Lah buah didalam Mana Nak Nmpk Buruknya...

Ilahjy Cuba Call IKS DI JOHOR pembuat Cendol Tu.. Tapi Yg Jawaab Seorsng Perempuan Cina Yg Tinggal Di BUKIT JALIL... apa Nak buat tak Boleh Lah Nak Buat Aduan..baiki Kualiti   produk Mereka.lain Kali jgn Beli Lagi buatlah sendiri Bukan susah Sgt Pun... Disebabkan Air Gula Dan Santan Dah Disediakan Seawalnya. Sebelum Ditoskan Cendol, Maka Ilahjy Teruskan Projek Mekemenyankan Agar2 Ni. Ramai Rakan2 Blogger Telah Pun Membuat Agar2 Ni.. Mungkin Nama Yg Berbeza..  Mari Kita Lihat resepi  ilahjy sediakan dibawah. Maaf Update Guna Galaxy Tab Samsung Lagi....tak Berapa Mahir Lagi Huruf2 Pun Membesar Sendiri Jnuh Nak Delete. Tak Larat Biarkn Ajeee..nanti Kena Cari Mana Nak Statikkn Keybod Ni..hehehe
 Setelah Dibedah Siasat
 

Bahan-bahan:

10 Gm Agar2 Serbuk Plain
3 ketul Gula Melaka saiz Kecil
6 Sudu Besar Gula Pasir Tambah Jika Kurang Manis
2 Biji Telur ( kalau suka Nipis 1biji telur)
1 Kotak Santan
1 Liter Air 
2 Cawan Air Untuk Memasak Air Gula
Daun Pandan
Perisa Vanilla
Sedikit Pewarna Coklat 
Sedikit Garam

Caranya:

1. Panaskan 2 Cawan Air bersama gula2 dan daun pandan sehingga Cair dan Tapiskan
2. Masukan Telur Dan Dikacau Sehingga Telur Sebati.
3. Masukkan Santan Kacau Sebati
4. 1 Liter Air Dimasak Bersama Agar2 Sehingga Cair
5. Masukkan Campuran di Atas tadi  Bersama Esen Vanilla Dan Pewarna Coklat. Masak Sehingga mendidih Dan Sentiasa Dikacau Supaya Tidak Melimpah. Setelah Timbul Butir2 Telur Padamkan Api.
6. Ambil 2 Sudu besar agar2 itu letak dalam bekas kecil utk Diuji Kekerasan @ kelembutannya. letak Dlm Peti Sejuk. Jika suka Lembut Perlu Tambah Air panas. Tak Perlu Panaskan lagi. Keras Atau Lembut bergantung pada Selera Masing2.
7. Sedia Untuk Dimasukkan Ke Dalam Acuan Kecil2 Atau Besar.
Selamat Mencuba. 

21 April, 2013

497. IKAN BAWAL EMAS MASAK STIM REBUS

Klik Diatas Utk Resepi 4 Tahun Lepas Ketika Mula Mencuba Cara Ini... Dah 4 Thn Rupanya Ilahjy Praktikan Cara Ini Rasa Baru 2thn He3x Update 23 April...baru Cari Label Diatas..

Salam Sejahtera lama Ilahjy tak Mengpdate Blog.
sejak Menggunakan SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 ni Tak Pandai Nak Guna .berbeza Benar Dgn laptop Amat Mudah Utk Mengawal Segalanya. Tapi Senang Pula Nak On9 Bilang2 Masa... Awal Thn 2013 Ilahjy Dahbeli Samsung  S3  Mini.. Nama  Pun Mini Mak Kecik Sgt Nk Baca Blog Dan Fb.
Apapun Ilahjy Ttp X Mau Lps peluang Yg Kecanggihan Duniawi ada Ilahjy Nak juga 
Merasainya.. Apapun Jom Layan Resipi di Bawah Ygnilahjy C N P Dr Fb Ilahjy.. Belajar Mengopi..susah Juga.. Bila Dah Jumpa Caranya ilahjy terus gunakan disini..


 IKAN BAWAL EMAS MASAK STIM REBUS... cara ilahjy...
Memasak Ikan Stim, Ilahjy Selalu Guna Cara Merebus, Tapi masih Guna Bahan2 Yg Sama Mcm Buat Stim...malas Nak Pasang Periuk kukus , Rebus Jer La Rasanya Pun Sedap...  Pernah Ilahjy Masak Siakap Dgn Cara Ini 2 Thn Lepas Kalu X Silap...
siakap Kurang Sedap..
Rupanya ikan bawal emas ni amat seda
p berbandingkan dgn ikan siakap yg cepat muak..bila makan rasa x cukup sekor sorg...

Caranya:

1 ekor Ikan Bawal Emas berSihkan
2 batang serai diketuk dan siatkan
1 biji tomato
2 keping nenas
2 sudu besar sos tiram
6 biji cili padi diketuk
1/2 biji bawang besar dibajikan
Cili merah di potong bulat
Air secukupnya
Garam 

Caranya:

Masukkan kesemua Bahan Kecuali ikan Ke Dalam Kuali, didihkan Kuah.
Setelah Mendidih Baru Masukan Ikan Masak Shingga Ikan empuk. Sedia Utk Dihidangkn. 

09 April, 2013

496. CHEESE BROWNIES

 LOREKKAN  TANGAN  KU YANG  KERAS INILAH HASILNYA
ada  rupa bunga  mawar tak  kawan2?

SUMBER  RESEPI  DARI  RINNCHAN terima  kasih  rinn..  resepi  dah bertahun2  diprint baru  nak  cuba.  ternyata sedap...ilahjy  tak  guna  acuan besar seperti  rinn ..sebab  nak bawa  ke  UIA utk  anak  ke3 makan dgn  kawan2...jadi  utk  memudahkan mereka  makan ilahjy  guna  cup  cake..

bahan:

250 gm  butter
1  cawan  serbuk  koko( ilahjy guna  1/2 cwn)
3 biji  telur gred b
1 1/2  cawan  gula  halus
1/2  cawan  susu  cair
1  1/2  cawan  teung  gandum  diayak bersama
1 sudu  teh  baking  powder
1  sudu  teh  soda
1  sudu  teh  esen  vanilla

caranya:
1.  cairkan  butter,padam api. masukkan  serbuk  koko kacau  rata.
2. guna pemutar  tangan putar  telur dgn  gula sehingga  sebati,  masukkan  ke  dalam  adunan  butter
3.masukkan  susu  cair kacau  sebati
4.masukkan  tepung dan  esen vanilla, kacau  sebati
5.tuang  dalam  acuan  yg  kita  suka. bakar  dalam  suhu  170 darjah selama  20  minit jika  acuan  kecil  mcm  di atas. keluarkan  dari  oven
6.  tuangkan adunan  cheese lorekkan  dan  bakar  selama  10  minit  sehingga  adunan  atas nya   kering.  sejukkan  dlm  peti  sejuk

BAHAN UNTUK LAPISAN  CHEESE:

250 gm  cream  cheese
1 cawan  gula  halus
1 biji telur
1/4 cawan  whipping  cream (ilahjy  tambah)

caranya:

pukul  cream  cheese  sehngga  kembang
masukkan  gula  putar  lagi  sehingga  kembang  masukkan  telur dan  whipping  cream terus  putar sehingga  sebati.tuangkan  ke  atas  brownies tadi. LOREKKAN  ikut  kreativiti  masing2  dan  bakar selama  10 minit sehigga  permukaannya  kering  bila  disentuh. sejukkan  dalam  peti  sejuk.

07 April, 2013

SARAPAN PAGI MENU PILIHAN ILAHJY..

 SALAM  KERINDUAN  SEMUA.

seminggu  line  tenet  brukban ni  selow  below sampai  tak  dapat  update  blog. nak  buka  blog  hampehhhh   kesemua  gmbr  lembab  jer  nak  membuka  albumnya huhuuu hari  ni  selepas  seminggu  baru  lah  okies  sikit.  inilah  dia  menu2  sarapan  dan  minum  petang  yg  ketinggalan  utk  ilahjy  paparkan. cuma  dgn  gambar  saja  lah.  resepi  sudha  pasti  ada  di N3  lama cuma  klik kat  sebelah  kanan  blog  pasti  ada... OLEH  ITU  JUG A ILAHJY  TAK  DPT  MELAWAT  BLOG  KAWAN harap  maafkan  hamba yaa..



DONUT  COKLAT  CAIR
  APAM BALIK

DONUT  YANG  DIBAKAR

KASTARD JAGUNG







28 March, 2013

495. TELUQ 3/4 MASAK CARA MUDAH..

haiiiiiiiiiiiiiiiii  nak  masak  teluq  separuh  masak, 3/4 masak  dengan  cara  mudah  jommmm  cuba  cara  ni..
hanya  gambar  mengambarkan  segalanya.. boleh faham tak?  agak2  nak  juga  ker  penerangan???

cuba  bandingka  ke dua2  jenis  telur  ini  dimasak  dlm  periuk  dan  masa yg  sama

telur  boleh  juga dipecah  terus  ke dalam  bekas  tahan  panas letak bersama  telur  sebiji  tu masak  bersama2 cara  ini  adalah  ekperimen terbaru  ilahjy tauuu

inilah  hasilnya

letak  air  dalam  3  sudu besar keatas  kertas  tisu
kalu  air  terlalu  banyak,  akan  mengeraskan  telur jadi macam  telur  rebus. 
 kalau  air  terlalu  sedikit  telur  tidak  cukup  masak  seperti yg kita mahukan macam diatas. 
 tekan  butang  dapo tu tunggu  naik  butang  tadi .dah  siap.
SENANG  JER  GUNA  RICE  COOKER  HANYA BEBERAPA  MINIT  DAH  BOLEH  JAMAH  TELUQ NI..  


25 March, 2013

494. KEK KOKO LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

 SALAM  HARI  ISNIN  SEMOGA  KITA DIPERMUDAHKAN  SEGALA  URUSAN  BUAT  HARI INI  DAN  SETERUSNYA..  SEMOGA  KITA  MENJADI  INSAN  YG  KEBAL  DGN  SEGALA  CABARAN.  AMINNNN..
alkisahnya..  sejak  tahun  lepas  lagi  ilahjy  sudahpun menyimpan  resepi   ini  dari  dapo  maya  YATIE  MEMORIES..SINAR  KEHIDUPAN...SIMPAN punya  simpan  akhirnya  oktober  2013  ilahjy  sampai juga  ke rumah  YATIE..  kerana  konvokesyen  anak  ke  2  ilah jy, di  UTM  skudai.. semasa  menyamu selera di  rumah  yatie ilahjy  dihidangkan  dgn  kek  ini..baru  lah  dpt  rasa..nak  buat2  tertangguh2...
akhirnya  malam  tadi  setelah  beberapa  bulan  barulah  ilahjy  dapat  mengukus  kek  ini  dgn  cemerlang  sekali.. setelah disejukan  semalaman pagi  tadi  barulah  dipotong memang  mabeleeessss  hasilnya.. jom  layan  resepi  yang  ilahjy  telah  kopi  dan  pasta  dari  dapo  yatie..terima  kasih  kerana  perkongsian  ini 



sumber  rujukan dari yatie  memories... penghargaan  buat mu  dek   http://yatiememories.blogspot.com/search?q=KEK+LAPIS++KUKUS+CREAM++CHEESE


 MINTA  IZIN  YATIE  KAK  ILAH  KOPI  DAN  PASTA  RESEPI  KE  DAPO  KAK ...sila  klik  di  link  atas  utk  ke  resepi  yatie yaaa...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

23 March, 2013

493. ROTI NAIK

  jom  sarapan  pagi  dengan  roti  buatan  sendiri
tahun  2013  ni baelum  lagi  meroti BIBIK  MELAYU  rehat  sesangat lah  lama.
malam  tadi  sempat  meroti  dengan  bahan2  yg  dicampak2  jer.. mamcam buat  donut..cuma  tambah  water  roux  jer..bancuh  lembut  sikit  maka  lembutlah  roti  ini.. 


buat  dalam  2  versi  pedas dan  manis 



ilahjy  masukkan  resepi  utk  rujukan  sendiri  dimasa  depan...  kalu  tak  menjadi  jgn  mareee saya...sbb  semua ni bergantung  kepada agakan...hehe

bahan:

3  cawan  tepung  gandum
1  biji  tleur
3  sudu besar  planta
3  sudu  besar  susu  pekat
5  sudu  besar  gula
1/2  paket yis  segera
1 sudu  teh  baking  powder
1/2 adunan  water  roux.. ilahjy  masukkan  byk  sebab nak   gebusskan roti
****50gm  tepung  gandum dan  250 gm  air..  masak  sehingga  pekat sejukkan.***
air  secukupnya..seperti  buat  donut  tapi  lembut  sikit dari  donut

caranya:

campurkan  kesemua  bahan ke  dalam  BM..  uli  2  kali
 kemudian  perapkan sehingga naik.
 uli  sekali  lagi guna breadmaker  yg  sama.
bentukan mengikut selera  kita.
perap  sehingga  naik  sekali  lagi
sapu  dengan  butter  dan  air
bakar  25  minit  170  darjah  ikut  oven  masing
setelah  masak keluarkan  sapu  lagi  sekali dgn  air  dan  butter.  baru lah  berkedut2  mcm  dlm  gambar..
sendiri  punya  percubaan  guna  air  dan  butter...hasilnya  the  best..