terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 December, 2019

1051. NASI BERIANI SPECIAL JY



Bahannya:

3 pot beras basmathi extra long
1/4 cawan kismis hitam
5,6 helai Daun ketumbar jawa
Hirisan daun sup

Bahan tumisan:
Bawang kecil dimayang
Halia dimayang lebar
Bunga lawang
Kulit kayu manis


3 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar rempah kari daging
1 kiub ayam
5 sudu besar pati santan
3 biji limau kasturi amek jusnya
Marjerin 
Minyak masak

Caranya:
Panaskan marjerin dan minyak masak
Tumiskan  bahan tumisan dan kismis sehingga wangi. 
Masukan rempah dan sedikit air. Bila rempah dah pecah minyak baru masukan air dan beras. Pastikan paras air sesuai dengan beras. Masukan kiub ayam dan pati santan. Bila beras dan mula mengering masukan daun sup dan daun ketumbar jawa. Tutup periuk biarkan sehingga masak baru di gembur rata daun2 tadi. Daun itu membangkitkan aroma,wangi serumah dan menambahkan keenakkan nasi. Tak perlu makan dengan lauk pun dah sedap rasanya.






28 December, 2019

1050. AYAM MASAK MERAH KISMIS


Bahannya :
1 ekor ayam dipotong sedang
Gaul garam kunyit goreng separuh masak
1/2 keping asam gelugor
1/4 cawan Sos tomato
1 kuntum bunga lawang
1 bstang kecil kayu manis

Bahan mesin:

Cili kering secukup pedas
1 biji tomato
1/2 cawan kismis hitam
3  inci halia
1 biji bawang besar

Caranya:

Blend kesemua bahan sehingga halus
Tumis dlm minyak bekas goreng ayam tadi
Goreng sehingga pecah minyak
Masukan ayam, sos tomato, air, garam dan sedikit gula.
Masak sehingga ayam pun masak sepenuhnya 


27 December, 2019

1049. PACERI REBUNG


Paceri rebung yg ilahjy buat ini sama resepi macam paceri nenas paceri terung
Cuma tukar bahan dengan rebung sahaja.

19 December, 2019

1048. KANJI KEDAH LAGI ...





Resepi sama seperi post terdahulu. Boleh klik kat label kanji kedah ye.

05 December, 2019

1047. KEMBUNG ASAM REBUS CARA JY NYUMMY


Bahannya:

4 ekor ikan kembong

Bahan tambahan:
Terung panjang
4 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut
5,6 helai daun ketumbar jawa
3 kuntum bunga kantan belah dua
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa


Bahan utk dimesin kasar

5 biji cili merah
10 biji Cili padi 
1 biji bawang besar
2 inci halia tua
Air secukupnya untuk merebus semua bahan

Caranya:

Blend semua bahan separuh halus.
Rebus dalam kuali bersaMa bahan tambahan. Setelah kuah betul2 masak masukan ikan dan terung dan garam
Rebus sehingga masak.




27 November, 2019

1045.LOPEZ UBI KAYU MAS COTEK FB






LOPES UBI KAYU (OLEH MAS COTEK)

BAHAN2
1 kg ubi kayu
1 1/2 cwn air
2 sdb gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
pati endapan ubi kayu

CARANYA
~sediakan loyang 8x8 sapu margerin
~parut ubi kayu/perah dan
biarkan patinya mendap
(airnya dibuang ye)
~satukan ke semua bahan
~tuang ke dalam loyang
~kukus 45min @ sehingga masak
~sejukkan
~gaulkan dengan kelapa parut
dan hidang bersama sirap gula melaka

BAHAN LAIN
1/2 biji kelapa parut putih +
 garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA
3 keping gula melaka
1/4 cwn gula pasir
1 cwn air
2 helai pandan
~masak sehingga larut
~tapis dan sejukkan

SELAMAT MENCUBA

21 November, 2019

1043. IKAN MERAH MASAK LEMAK TUMIS JY



Lagi satu resepi ciptaanku hari ni. Sedap gilersss. Tak sabar tunggu anak2 balik kerja makan bersama malam ni.

IKAN MERAH MASAK TUMIS LEMAK JY
Bahannya:

1ekor ikan merah dipotong bersihkan
1 kuntum bunga kantan belah dua potong  serong
Secekak daun kesom
Sekeping asam gelugor
1/2 kotak santan

Bahan mesin halus:

10 biji cili padi
2 inci lengkuas muda
2 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar jintan manis
1/2 biji bawang besar
4,5 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari ikan

Panaskan periuk dgn sedikit minyak
Tuangkan bahan mesin tadi dgn bunga kantan
Kacau sehingga naik wangi
Masukan santan, air,  dan asam keping, bila dah mendidih baru masukan ikan dan daun kesum juga garam .
Masak api perlahan sehingga masak supaya ikan merah tak pecah..

19 November, 2019

1042. GULAI DAGANG VERSI JY


Bahan:

1 ekor ikan kayu@ tonggkoi di potong dan direbus dgn serai ketuk dan lengkuas ketuk asam keping dan garam.
Air rebusan digunakan utk menasak kuahnya

Bahan mesin halus:

1 inci lengkuas muda
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu jintan manis
Sedikit jintan putih
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

3sudu besar rempah kari
1/2 kotak Santan pekat 

Caranya:

Tumiskan bahan dan  rempah tadi sehingga pecah minyak
Masukan santan pekat biar pecah minyak lg sekali
Masukan ikan dan air rebusan tadi.
Perasakan garam dan gula nesan.



14 November, 2019

1041. MASAK KUNING IKAN TONGKOL


Bahannya:

3keping ikan tongkol direbus bersama garam dan asam 
Air rebusan digunakan utk mesin bahan dibawah
Santan pekat secukupnya
Timun
Sedikit gula nesan

Bahan mesin:

6,7 tangkai Cili kering
1 sudu besar rempah ketumbar
Sedikit halia
Sedikit kunyit
Sedikit lengkuas

Mesin menggunakan air yg secukupnya. 
Rebus sehingga masak bahannya
Masukan ikan dan santan dan timun dan sedikit gula nesan
Masak sehingga pecah minyak
Masukan tomato masak seketika padam api


29 October, 2019

1038. GULAI LEMAK KELADI JY



Gulai lemak KELADI special utk penceramah ustaz hariri drp kl. Lps magrib malam ni...23 mac 19!

Keladi dicelur dgn asam keping

Bahan mesin halus:
Cili merah 3 biji
10 biji cili padi
3 ketul kecil lengkuas muda
1 ketul kecil halia
3 sudu besar rempah kari ikan
Seketul belacan kedah
2 biji bawang besar
Serbuk kunyit secukupnya
2 kotak santan

Mesin sehingga halus dengan air yg banyak
Masukan ke dalam kuali.
Panaskan sehingga mendidih 
Masukan keladi yang telah dicelur.
Masuk santan dan garam.
Masak sehingga sebati dgn api sederhana.

16 October, 2019

1037. RENDANG DAGING BAWANG JY


Rendang daging special jy

Semangkuk kecil daging potong dadu

Bahan utk dimesin halus:

1 biji bawang besar
15 biji Cili padi
Semangkuk kecil cili kering
6 batang serai
Seketul lengkuas muda
Seketul besar halia
1 sudu besar jintan
1 sudu besar ketumbar
1 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkeh

5 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
1/2 kotak santan
1 biji bawang potong baji
Kicap pekat manis

Caranya:

Panaskan minyak secukupnya
Tumiskan bahan mesin
Masukan daging
Bila pecah minyak masukan kerisik, santan, asam gelugur,kicap, garam
Masak sehingga kering. 

12 October, 2019

1036.IKAN SERKUT REBUS







Bahannya:

1 ekor ikan serkut
2 biji cili merah
4,5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
1 batang serai
Beberapa biji belimbing buluh

Caranya:
Kisar kesemua bahan jangan terlalu halus
Sederhana shja bersama air secukup untuk merebus
Tuangkan semya bahan dalam periuk panaskan sehingga mendidih
Masukan ikan garam dan buah belimbing
Rebus sampai masak.
Enak dihirup panas2 nyum nyum sedap...


05 October, 2019

1035. GARAM BELACAN CARA UTARA JY





Bahannya:

4,5 biji cili padi ikut pedas
Belacan sebesar ibu jari
Garam 
Gula 
Kicap

Caranya:

Tumbuk cili dengan belacan sehingga halus
Masukan garam gula dan kicap
Gesek sampai hancur.
Siap...


28 September, 2019

1034. KERABU SOTONG


Bahannya:
2 ekor sotong besar di rebus sekejap
1 biji mangga muda diparut halus
1/2 biji bawang besar dimayang nipis
Cili merah dan cili padi
Sedikit belacan
Garam
Sedikit gula jika perlu


Caranya:

Campurkan kesemua bahan
Dengan sedikit air panas
Gaul sebati.

24 September, 2019

1033. KEK GULA MELAKA ORI JY







Lagi satu resepi rekaan ilahjy

Kek pati gula melaka jy
Gebussss gilerssss
Dannn ranggup diluar

resepi kek gula melaka ilahjy

Bahan:

1 cawan marjerin daisy
3/4 cawan gula halus
1/4 cawan pati gula melaka ori
5 biji telur saiz b
1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu teh  baking powder

Caranya:

Putar gula dgn marjerin sehingga kembang.
Masukan kesemua telur putar sehingga sebati.
Masukan gula melaka tetus putar sebati.
Masukan tepung  yg diayak bersama baking
Guna spatula kacau sebati.
Sapu acuan dgn marjerin
Masukan adunan bakar suhu 165 darjah
 Selama 30 mt sehingga masak. Redai kedua.