
cuba jeling2 dekat2 lendir tiada.. bendi masih dlama kuali ni masih berasap....
kat bawah pula en2 bendi baru lepas ditoskan selepas menggunakan petua baru ilahjy cipta sendiri...

salam jumaat penghulu segala hari buat teman2 kusss sekelian.
hari ini ilahjy ingin kongsi bersama kalian petua baru utk hilangkan lendir bendi.
nak jadi cerita tadi semasa memotong bendi ilahjy macam biasa
mesti cuci bersih dulu**
supaya tak berlendir semasa memasak. terutama ketika mengoreng yg memerlukan sedikit air utk melembutkannya...pasti ilahjy
memasukkan sedikit perahan air asam jawa**
utk mengatasi masalah itu.. tapi yg pasti lendir itu tetap ada walaupun sedikit.. ini membuat kan en hb tak suka..
hari ni dgn kuasaNya ilahjy mendapat ilham baru dan telah mencuba, dan berjaya dengan cemerlang sekali. semasa digoreng dan dimasukkan air kesemua bendi2 tak mengeluarkan lendir sehingga kunyahan2 yg ilah jy lakukan semasa makan amat membanggakan tiada langsung rasa lendir bendi... alhmdulillah...
atau antara kalian ada petua yg nak dikongsi bersama???? jom masukan dlm ruang komen.. nanti ilahjy updatekan disini....
SEBELUM TU ILAHJY NAK RAHSIAKAN DULU APAKAH PETUA YG ILAHJY BARU DAPAT HARI INI...kita tungguuuuu....
kalau petua yg ilahjy buat ni sama dgn kalian tak peee... tak kisah..bukan ada pertandingan nak dipilih kasih heheheheheee...
**sabar menanti yaaaa....
diupdate pada jam3.25 petang...
PETUANYA SEPERTI DI BAWAH YA PUAN2 DAN TUAN2:
1. RENDAMKAN HIRISAN ATAU BENDI KE DALAM AIR YANG DICAMPUR 2 SUDU CUKA MAKAN. SELAMA 5 MINIT. SAMBIL2 SEDIAKAN BAHAN2 UTK MENGORENG.
2. TOSKANA AIRNYA. KEMUDIAN RENDAM KEMBALI DALAM AIR BIASA DAN KOCAK2 AIR ATAU RAMAS2 UTK MEBUANG SISA2 LENDIR.
3. ULANGI SEKALI LAGI UTK MEMASTIKAN LENDIR YG DEGIL ITU TERUS HILANG.
4.TOSKAN SEKALI LAGI DAH BOLEH DIGUNAKAN UTK DIMASAK.
tadaaaaaaaaa.... ada sapa2 yg telah menggunakan petua nie sebelum ilah jy menggunakannya??ilahjy terpikir masa nak dapat idea ni.. ilahjy tak suka masukkan asam jawa lagi dlm gorengan bendi..hilang rasa manis sayur.. kalu ikan ok juga laa.... ilahjy terus dapat idea nak rendam dlm cukaaaaa. itulah alkisahnyaaaaaaaa..terima kasih pada kwn di Fb kerana kongsi petua mereka yg tersendiri ...
selamat mencuba jika tidak berjaya jgn mareeee yaaaa adalah silap tang mana tuuuu hehehehe