Ekperimen lagi... kali ini ilahjy abaikan serbuk baking powder dan kurangkan sebiji telur berbanding resepi yg terbaik ilahjy olah. keputusannya memang kurang memuaskan hati..walaupun roti tetap lembut cuma sedikit berat.
Keputusan hati kena tetap pada resepi yang satu juga. Walaupun macam tu ilahjy masukkan juga resepi ini. Mana tau kalian tak cukup bahan boleh aje buat roti.,yang lembut. Cuma tidak seperti kapas..
Jom lihat 4 jenis roti ini. Yang paling sedap bun piza mini.
Jom lihat 4 jenis roti ini. Yang paling sedap bun piza mini.
Bahan2nya: tiada penggunaan perangsang roti
400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm garam
3 sudu besar susu pekat
1 biji telur
240 gm air ais
60 gm Marjerin
Caranya:
Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 . bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit
Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.