kepada yg berminat mari kita saksikan resepi dan caranya. semalam tak sempat sebab nak solat maghrib.. bila dah offline tuuu dah malas nak on semula sooo pagi ni la ilahjy buat N3 resepi ni. terima kasih kerana sabar menunggu ya..
bahan:
4 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
3/4 cawan air
1 biji telur
secubit garam
serbuk ;ada sulah secukup rasa
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh gula/bahan perasa
caranya:
bancuh kesemua bahan sehingga sebati dan putar dgn pemutar kek sehingga berbuih. perap 20 minit...
tindakan seterusnya:
1.panaskan minyak dlm kuali comel. minyak mesti tengelam acuan pie tee.
letakan acuan sehingga panas.
2.celupkan acuan yang telah panas ke dalam adunan tadi. (sila guna cawan supaya senang nak pegang)
3.celup sehingga separas bunga acuan.
4.kemudian masukkan ke dalam minyak panas tadi. (api sederhana)
tengelamkan acuan tadi kemudian angkat sedikit supaya tepung akan lekang dari acuan dan membentuk topi kembang..
5.bila dah kembang terus memegang acuan pada tahap topi kembang .. jika di angkat atau di rendam terlebih nanti topi itu tidak kan menjadi.
6.teruskan sehingga kekuningan baru dikeluarkan dari acuan. kalau dikeluarkan awal nanti pie tee akan senget bengget.. mcm kak cm cakap tuu hehehe...
maaf lah kalau kalian tak berapa faham.. teruskan membuat nanti sendri akan faham, macam ilah jy ni.. faham sendiri2 jer.. maka teruskan lah teknik yg kalian faham tu..
catatan: perasan tak topi yg pendek tuuu.. celup lah setengah jer acuan.. bila adunan dah tinggal sikit maka akan jadi pendek laa pie tee ni... kalau nak tebal maka celup berulang kali baru ia kan tebal.. ilah jy buat nipis2 jer... kalau nipis ia akan mudah lembek bila di taruh inti...kalau tebal ia akan kekal ranggup jadi semua pilihan ditangan kalian...
inti pie tee ni ikut citarasa ilahjy:
1 keping tauhu putih potong dadu kecik
carot diparut halus
timun potong memanjang
sedikit taugeh
tumiskan bawang putih ketuk bersama udang geragau sehingga wangi
masukkan tauhu goreng sehingga masak
masukkan sayuran tadi dan sedikit sos tiram
goreng sebentar sahaja.
sedia utk digunakan
bahan sos pun ikut sedap rasa ilahjy:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang putih
1 biji buah tomato dibuang biji
blend kesemua bahan menggunakan air yg secukupnya sehingga halus.
tambahan:
3 sudu besar sos cili
sedikit kicap pekat
gula dan garam sesedap rasa
panaskan bahan mesin bersama bahan tambahan tadi bersama sehingga pekat. sedia untuk digunakan.
jommm layanzzzz .. ilahjy makan bersama nasi malam tadi...
nuffnang_bid = "7879ec5a1b7ef8aca938c048f2611c9a";