terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








12 January, 2015

697. PUDING ROTI SOS OREN








1/4 ketul Cream cheese, 4 biji telur, 1 cawan whipping cream, 1/4 cawan susu pekat, 1 sudu besar tepung kastard, putar sehingga sebati.





11 January, 2015

696. SOS OREN

Sos oren ini hasil rekaan ilahjy sendiri. Setelah jemu makan sos butterscoth.
Memang kena dengan selera kami sekeluarga. Jom lihat apa hasilnya.

Bahan2nya:

1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping  cream
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1/2 biji oren parut kulit dan perah jusnya
Sedikit air ditambah jika terlalu pekat

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati.
Panaskan kacau sehingga pekat. Tambah air jika terlalu pekat. Ilahjy campur 1/4 cawan air. Setelah pekat masukan kulit oren. Kacau sebentar. 
Sedia untuk digunakan.

08 January, 2015

694. SAMBAL JERING IKAN BILIS

Senang jee sambal  jering ikan bilis. Sama seperti sambal petai. Nak sedap mesti masukan belacan semasa kisar cili dengan bahan2 yang lain.
 Jering ini beli di alor gajah semasa bercuti di afamosa hujung tahun lepas.
Menu ini pun hujung tahun lepas. Harap maaf.  Terlalu banyak menu berbaris untuk dipublishkan..

07 January, 2015

693. JANTUNG PISANG BERKERISEK.

Dah lama tak pekena sijantung hati ku ini. Dapat pula sijantung pisang berangan. Apa lagi layan laaa resepi baru nak cipta ni... memang sedap sebab ada kerisik.

1 biji jantung pisang berangan di bersihkan dan direbus sehingga empuk
Potong halus mengikut selera sendiri
1/2 bawang besar
Sedikit cili padi ikut pedas
Sedikit ikan bilis
2 Sudu besar kerisek
Sedikit santan pekat
Garam

Caranya:

Kisar bawang bersama ikan bilis dan cili sehingga halus.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan jantung pisang, santan, garam dan kerisek.
Masak sehingga pekat. Sedia untuk dimakan bersama nasi.




06 January, 2015

692. IKAN MERAH MASAK PINDANG TUMIS

Seekor ikan merah sederhana besar
Serai diketuk
Daun limau purut

Bahan mesin:

Bawang besar
  3 biji cili besar
5 biji cili padi ikut pedas
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
1 biji tomato

Caranya:

Blend kesemua bahan sehinga halus
Panaskan minyak tumis serai, daun limau dah wangi masukan bahan2  mesin
Masukkan air secukupnya masak sehingga mendidih baru masukkan ikan. Padam api bila ikan dah empuk..Rasa garamnya.

04 January, 2015

691. LALA MASAK GULAI LEMAK

Bila terpandang lala comel ni teringat arwah nenek di kedah. Yang suka sangat makan lala comel ni. Arwah selalu rebus  dengan serai dan bawang.
Tapi cucu sayang ni cuba masak lemak cara ilahjy. Sampai menghirup kuah oleh anak2. Gulai lemak ni ilahjy langsung tak masukan sebarang cili. Bila cili dah dicampur akan hilang rasa gulai lemak.

Bahan:

1 kg lala dibersihkan dari kotoran
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
 Mesin sehingga halus bersama sedikit air
Masukkan ke dalam periuk bersama 
1 sudu besar rempah kari ikan
1 batang serai di ketuk
Daun limau purut
Garam
 Masak sehingga mendidih baru dicampur santan pekat
Dan masukan lala
Masak sehingga mendidih padam api.







01 January, 2015

690. KUIH NONA MANIS. selamat tahun baru 2015.

SALAM SEJAHTERA.
SELAMAT TINGGAL 2014 YANG PENUH DENGAN DUKA LARA BUAT KITA SEMUA.
SELAMAT DATANG TAHUN BAHARU 2015. SEMOGA KEDATANGAN MU MEMBAWA SEJUTA RAHMAT BUAT KU SEKELUARGA.

sajian hari ini di mulai dengan hidangan pemanis mulut. Sebagai tanda hidup ini akan sentiasa penuh dgn kemanisan tiada lagi kepahitan.
Apapun jua pahit manis masam masin tawar kelat merupakan permainan hidup ini. Terima saja dengan  hati terbuka. Insyaallah...

Jutaan terima kasih kepada azlita masam manis kerana sumbangan resepi ini. Kerana ita kak ilah kenal kuih dari indonesia ni. Bertuah badan ita mendapat resepi ini dan dipaparkan di blog MASAM MANIS. 

Bahan A

1 biji telur
1/2  cawan  gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang. masukkan telur dalam blender dan putar
Dalam bekas lain, satukan  gula, tepung dan santan, kacau rata. Campurkan dengan telur kacau rata. Ketepikan.

Bahan B

1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan daripada 5 helai daun pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Campur kesemua bahan dan kacau sehingga larut
Masak dengan api sederhana sehingga pekat

Campurkan bahan A dengan bahan B
Kacau sehingga pekat dan licin

Bahan c

1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ( jika suka )
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan kacau sebati
Panaskan sehingga pekat

Setelah suam masukkan ke dalam pipping beg


Caranya:

Panaskan kukusan. Sapu minyak pada acuan lompang.
Tuangkan adunan hijau A Dan B. 3/4 acuan.
Paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau sehingga penuh acuan.
Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Selepas dikukus

Sebelum dikukus



Bahan c dimasukan ke dalam piping bag

Bahan A dan B warna hijau
Bahan  C warna putih

Proses bahan a dan b sedang dibuat


31 December, 2014

689. IKAN BAKAR BUNGA KANTAN


Ikan dibersihkan dan digaramkan
Perap bersama bahan2 yang dikisar kasar
Panggang sehingga masak. Akhir sekali masukan lebihan bahan perapan ke atas ikan. Teruskan membakar seketika.
Makan bersama air asam

Cili besar dimesin kasar bersama sedikit bawang
1/2 bunga kantan di racik halus





19 December, 2014

688. SAMBAL BELACAN AIR LIMAU PURUT

TAK DE BAHAN KIMIA YEEE HARI NI....

Wahhh mesti pelik kan... jangan buat2 tak faham yeee... kena faham makanan di malaysia ni pelbagai citarasanya.... hari ini amat kecewa. Buka fb terus nampak  org pm kat mesej. Dia tak faham apa yg ilahjy komen. Walaupun niat dan ayat tu memuji dia. Sebab dia memuji diri buat benda tu jadi.. takanlah pula kita nak mengeji. Mentang dia bisnes2 online...  dia ingat apa je dia buat semua terbaik.. bila kita nak menjadi usahawan berjaya kena terima semua teguran dgn positif. Pada hal komen tu terlalu ringkas dan padat. Menyebabkan seorg pendidik macam dia tak memahami. Nasib baik aku bukan pendidik. Kalu tak hancusss murid2 ku hahahaha sebab aku suka buat org salah faham.
Ok laa pengajaran buat aku. Lain kali jgn memuji org dgn ayat yg padat dan ringkas. Puji lah tinggi2 dan lambung2 laaah org dgn ayat yg penuh bermakna,  biar semesta alam dpt faham isi pujian. Dan org lain boleh oder dgn dia.. hahaha kelakauuuu betul..macam2 perangai manusia ni... 

Ok lah jom tengok resepi ni. Ringkas yeeee.. ikut mood hari ni.
Buat sambal belacan macam biasa.
Potong  bawang
Perah asam limau purut dan potong nipis2 kulitnya
Gaul rata. Sedia utk dimakan. 



16 December, 2014

687. CENDAWAN SISIR DARI KEBUN KU

Cendawan ini hadil daripada kebun ku. Hasil dari batang getah yang ditebang dan dilonggokkan tertimpa hujan dan panas saban hari maka terhasilah cendawanvyg termahal dipasaran. Sekilo 90rm.
Cendawan sisir perlu dibersihkan dari habuk kayu, ulat dlm cendawan, kumbang dsbnya.

Bahan2nya:
1 cawan cendawan sisir diRendam bersama sedikit garam utk membersihkannya. Tos air 3,4 kali.
Bawang besar, bwg putih, sedikit ikan bilis, sebatang serai, sedikit cili padi
Di mesin halus. Tumis sehingga wangi, masukkan cendawan, garam sedikit air, goreng sehingga empuk. Kalau suka beri kunyit serbuk. Utk menceriakan warna.







13 December, 2014

686. KUIH KOO ACUAN CIK MANGGIS

Terima kasih kpd mak cik manggis  aka kak nah atas pemberian kasih sayang acuan kuih ko ini. Setelah sekian lamanya baru lah ilahjy dapat melaksanakan membuat  kuih ini. Bukan susah pun sama seperti membuat buah melaka. Cuma penggunaan air digantikan dgn santan. Gula melaka digantikan dgn inti kacang merahTerima kasih kpd mak cik manggis  aka kak nah atas pemberian kasih sayang acuan kuih ko ini. Setelah sekian lamanya baru lah ilahjy dapat melaksanakan membuat  kuih ini. Bukan susah pun sama seperti membuat buah melaka. Cuma penggunaan air digantikan dgn santan. Gula melaka digantikan dgn inti kacang merah. Alas dgn daun pisang.  Dikukus sehingga masa selama 20 minit. Selamat menjamu mata. Sedapppp lembut gitu.. Dikukus sehingga masak selama 20 minit. Selamat menjamu mata.





05 December, 2014

684. ROTI CANAI AIR SUAM TANPA BAHAN2 SAMPINGAN

Tepung gandum, air suam dan garam.. lembut tspi liat sedikit mungkin tak cukup ulian... lenguhhh tangan laaa..



A

04 December, 2014

683. ROTI KACANG MERAH

Masih menggunakan resepi yg sama. Tapi campur sedikit superbake. Terlalu lembut. Sbb masih guna telur. Lain kali  nak cuba ikut resepinya.








02 December, 2014

682. KARIPAP PUSING RANGGUP GEBU

Karipap pusing ni ada 2 bentuk. 1 lapisannya terbuka yg menjadi kegemaran orang ramai. Tapi ilahjy suka yg ni. Tutup rapat..tak terngangaaa ..inti tersimpan molek di dalamnya.. ada cara untuk tujuan2 itu.. inilah rahsia ilahjy cipta sendiri.... 
Resepi dah ada di n3 lama sila  scroool... hihi




05 November, 2014

680. ROTI SARANG LEBAH

Kembali bersiaran setelah 3 minggu berehat dengan kesihatan tak mengizinkan juga sibuk  dengan majlis konvo anak sulung bagi kali ke2 untuk najihah. Yang pertama konvo ijazah di UMP PAHANG 2010 Kali ke2 ini pula, KONVO MASTER DI UTM SKUDAI pada 1 nov 2014. 
Segalanya berjalan lancar. Hati mama  teramat bahagia.. barulah hari ini dapat mengais sawagan di blog masakan ilahjy ini..   ini pun roti sebelum sakit tempoh hari. Apapun kita layan gambar je dulu.