terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








23 May, 2011

313. serunding cendawan tiram 2,cucur ikan bilis dan apam coklat

sekejap jer masa berlari meninggalkan kita dgn pelbagai trajedi dan kenangan utk kita kenangni. tak kira yg manis atau yg pahit yg sukar diterima mau pun yg sebaliknya..
air mata mengalir mengenangkan dan melihat belasan anak2 yatim dan tak berdoasa ditimba musibah.. hanya doa saja dpt ku lahirkan utk mereka..semoga ditempatkan dlm golongan org yg beriman. dan semoga keluarga mereka tabah mengharungi...

malam tadi kira2 jam 9 malam ilahjy cuba sekali lagi membuat serunding cendawan tirambuat kali ke2.. kali ini dlm mood yg amat baik. kerana sanggup menunggu hampir 2 jam utk proses kering. alhamdullilah akhirnya kering juga 90% .. emmmm mmg enak dan sedap .. pagi tadi makan dgn roti putih... kali ini ilahjy pelbagaikan bahan2nya supaya lebih enak... resepi lama klik sini
ayu dari singapore dah mencuba resepi ini.. dgn sedikit penambahan bahan... semua resepi ini adalah bergantung kepada selera masing2.. kita boleh ubah suai ikut selera kita...ya puan2...
resepi terkini ubah suai:

1 paket besar cendawan rm5.. maaf terlupa lihat gram nya.. basuh bersih dan perah airnya siat halus2

bahan mesin halus:

1/2 cawan cili mesin
6 btg serai
1 biji bawang besar saiz besar
6 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar ketumbar biji
2 sudu besar rempah sup( kalu suka)

bahan lain:
1 cawan pati santan pekat
1 sudu besar kerisek
sedikit gula dan garam

caranya:

1. tumiskan bahan2 mesin sehingga garing dan pecah minyak.
2. masukkan pati santan, kerisek garam dan gula. kacau sebati masak sehingga sedikit kering
3. masukkan cendawan dan digoreng sehingga kering dgn api yg amat perlahan dekat2 2 jam juga ilah jy mengorengnya..
4. simpan dlm bekas kedap udara.. dan simpan dlm peti sejuk supaya tahan lama.

SERUNDING CENDAWAN TIRAM

hari minggu ahad semalam sarapan pagi ilah jy buat 2 jenis sarapan iaitu cucur kembung ikan bilis dgn apam coklat kukus... yg amat mudah sekali.. sambil2 goreng cucur apam dikukus. resepi ini semua siaran ulangan ya puan2....
CUCUR IKAN BILIS
bahan:

mesin:
1/4 cawan ikan bilis
bawang besar
sedikit belacan
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
garam gula
1/2 sudu teh soda

mesin sehingga halus bancuh kan dlm tepung gandum. jgn terlalu pekat nanti keras.. masa mengoreng sila guna sudu kerana adunan nya agak lembek.

apam coklat pelbagai senyuman...hehe
 APAM COKLAT

bahan:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu besar serbuk koko

blend kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan dlm bekas cup cake kukus selama 20 minit... kalu guna c.c paling kecil pasti ia kembang semekar.. ini acuan yg paling besar.. hehe kurang la mekarnya...



19 May, 2011

312. talam sagu

ditalamkan utk jamuan hari jadi kawan2 19 mei 2011

apa khabar semua??? ilah jy harapkan sahabat kusss sekelian sihat2 hendaknya disamping urusan seharian. pagi ini lagi sekali ada jamuan hari jadi utk kawan2 taici dan senam di tasik keramat. utk itu ilah jy telah menalam sagu diatas. dah 2 hari ilah jy rasa sihat dan bersemangat dari 5 minggu lepas.. rasa semput2 tu amat menyeksakan.. dan setelah 2 malam makan herba maharani.. baru rasa lapang dada ini..dan mungkin perubahan cuaca dari panas ke sejuk menyebabkan semput ini kian pulih.. terima kasih atas doa dari kalian..

resepi ini ilah jy amek dari dapo adik kusss yg jauh nun di helsinki yg baru balik dari mengerjakan umrah baru2 ini.. resepi ini adaptasi dari TALAM JAGUNG. nieza amek dari dapo adik manis yatie di JB.. ilah jy dah beli jagung utk buat resepi ni tapi entah macamana terubah bahan utama disaat akhir.. simpan jer la jagung tuuu utk lain kali.. resepi ini mmg kurang manis... sgt bagus utk yg tak suka pemanisss hehe.. tapi dek krn kwn2 ditaman tu ramai.. maka ilahjy tambah sikit gula.. sedang2 elok jer...tambah yg atas nya...

ok mari kita lihat apakah bahan2nya. terlebih dulu terimakasih pada nieza dan yatie yaaa semoga berkat resepi ini berjalan diserata dapo dan dpt dinikmati bersama.. kak ilah masukkan ya resepi ini utk rujukkan bersama

bahan:

lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis/ilahjy gantikan dgn sagu yg telah direndam dan toskan sukat jadi 1 cawan
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning/ilahjy tak letak
1 sudu teh garam

caranya:
campurkan kesemua bahan gaul sebati kacau atas api sehingga naik wap. kukus selama 20 minit. setelah itu cakar dgn garpu baru dituangkan bahan atasnya. acuan hendaklah di sapu minyak terlebih dahulu. ilah jy tak alas pun dgn plastik molek jer talam ni keluar dari loyang..

bahan atas:

2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan( 3 helai daun pandan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung/ilah jy gantikan tepung beras sebab tepung jagung habisss
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula/ilah jy masukkan 6 sudu besar sedang elok jer manis dia..
1 sudu teh garam
pewarna hijau/ilah jy gantikan warna unguu..

caranya:
satukan kesemua bahan sehingga sebati, kacau atas api sehingga naik wap dan tuan ke atas lapisan sagu tadi kukus selama 30 minit. sejukkan sebelum dipotong.

ilahjy cuba ringkas resepi ini supaya mudah difahami oleh diri sendiri.. kalian juga boleh rujuk pada resepi asal adik nieza dan adik yatie.. jom layanzzz....


14 May, 2011

311. DONAT KASTARD, ABOK2 KASTARD DAN APAM PISANG

 KUIH MUIH TERLEPAS SIARAN
walaupun tak sempat nak update krn ada M besar.. dan kerana siaran blog tergendala bukan bermakna tugasan di dapo nyata tergendala juga.. dalam keadaan kurang selesa cuaca panas ni..semput yg belum kurang lagi ni.. sempat juga ilah jy masak kuih muih utk keluarga.. dan ada juga yg tak sempat snap... sebab terlupa..hehehe..
ilah jy masukkan disini supaya dapat jadi kan panduan utk anak cucu kusss akan datang walaupun kuih muih ni tak berapa senonoh jadi nya.. hanya sekadar buat kenangan dakusss

DONUT BERINTI KASTARD
donat secomeeiii acuan lompang.. inti kastard macam kawan2 semua buat.. resepi kastard amek dari dapo adik yatie JB.. donut tu resepi sendiri jer..

bahan inti kastard:

2/3 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
2 sudu teh esen vanilla

caranya:
kacau semua bahan sehingga sebati. panaskan sehingga pekat. padamkan api masukkan marjerin dan esen kacau rata sedia utk digunakan..

ABOK-ABOK KASTARD JY
yang ni pula adaptasi dari kuih abok2 yg tiada daun pisang.. nak cantik ilah jy kacau kastard dan tutup kan ketidak cantikkannya... supaya lagi sedap walaupun tak enak.. hehe
lapisan sagu ditambah pisang berangan ada kelainan rasanya. ada juga tanpa pisang..
apa nak kasi nama resepi baru ni ya???? abok2 kastard jy kot hehehe

bahan:
sagu direndam seketika warnakan selepas ditoskan
kelapa parut putih gaul garam
pisang berangan dipotong nipis/dadu
gula perang

caranya:
guna acuan seperti dlm gmbar. masukkan pisang , kemudian sagu, kelapa parut, 2 sudu teh gula perang, tutupi dengan sagu. kemudian kukus selama 15 minit. setelah masak angkat dan sirami dgn adunan kastard biar nampak cantik.
kalau nak mudah gaul sekali kelapa dgn sagu...

bahan kastard: anggaran agak2 jer ni terlupa nak sukat... hehehe maaf ye

3 cawan santan
4 sudu besar tepung kastard
6 sudu besar gula/ikut manis kita
garam secukup rasa

caranya:
campurkan kesemua bahan sehingga sebati. kacau atas api sehingga pekat jgn terlalu pekat nanti keras sgt.. ilahjy buat anggaran pekat sedikit dari adunan kuih cara. tuangkan atas kuih sagu tadi biarkan beku sendiri.
tolong ubah suai kepekatan mengikut kesukaan masing2 kalu suka lembut lebihkan santannya..


yg bawah ni pula apam pisang yg tersembul tersengih kejadiannya...

APAM PISANG BERANGAN

bahan:

6 biji pisang berangan menghasilkan dot2 hitam..
1 3/4 cawan tepung gandum
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder
sedikit garam
1/4 cawan susu cair/air

caranya:
1. mesin pisang, garam dgn susu sehingga halus.
2. pukul telur dan gula sehingga kembang. masukkan tepung diayak dgn soda dan penaik. kacau rata.
3. masukkan pisang dan kacau sehingga sebati.
4. isikan dlm bekas dan kukus selama 15 minit.


08 May, 2011

310. SELAMAT HARI IBU

selamat hari ibu buat semua teman2 dan sahabat2 alam maya kuss sekelian.
maaf kan ilahjy kerana tak bersiaran seperti biasa. kerana tak beraapa sihat sejak kebelakangan ini.. SEMPENA HARI IBU HARI INI..ANAK2 ILAHJY 4 BERADIK TU SEBULAT HATI BERPAKAT DIBELAKANG MAMA..NAK BELIKAN HADIAH YG MAMA MMG SUKA DARI DULU LAGI.. APA LAGI KALU BUKAN SIBERUANG KECIK TOMEEE NIII.
SIAP depa nyanyi ramai2. mama pula siap dokong dan menari2 dgn sicomeii ni..tidor pun dgn sicomei.. setakat ni dah ada beberapa ekor sicomei.. mangalahkan anak2 pula...


sengaja depa ejaaa salah ... ada sebab tuuu

29 April, 2011

309. mee jawa tanpa daging

nak tau ceta sedih hari nie sedih ker kelakar tak tau laaa..
mai kita baca.. takda apa2 niat nak pecah pekung didada ker pecah belanga ker kuali ker tak de aihhh ...saja nak tulis2 sebelum nak g antau dak ana sekolah petang...
alkisah pagi tadi balik dari senam seni ... kat tasik tuuu.. sekali lalu tengok gate belakang kem dah terbuka luas sebelum jamnya.. apa lagi ilahjy masukk lah ikut pintu tu konon jln pintas..
tau apa yg ilah jy terrrrlupa... nak g amek duit kat petronas dan isi minyak keta...kkihkih..luper ajer...
dah jalan sampai kat kedai dlm kem ni... baru ilah jy teringat keterlupaan itussss.. apa lagi malas nak patah balikkk.. alah bukan susah pun pusing jer la stering keta tuuu sampai laaa..
dgn berbekalkan duit rm4 dlm dompet tu ilah jy naik tangga kedai tu trus terbayang mee jawa.. alah hai nak beli daging weeet tak ada...huuuuaaaaahuuuuaaaa... beli jer laa mee dgn sedikit daun bawang juga tauhu .. ngam2 jer laaa... lepas antar si ana kejap lagi baru nak g kuar wettt..huhuu sedih ker kelakar ni ..jawab lah sendirii yaaa...
apapun jom layan resepi ni... N3 lama(klik sini ) ada dah mee jawa ni tapi kali ni tak guna sebarang daging dan seafood.. tapi boleh tahan juga sedapnya..perasan..((oppps udang kering tu pungg seafood lah maklong ilah oiii...))

satu lagi kisah..ilah jy buat N3 ni khas utk adinda kuss di helsienki...dok fb dgn nieza terus ilah jy amek gambar mee ni sebelum en hb balik ngappp.. sbb buat sepekat mee jer .. utk 4 org makan.. dek ann tak de umah g kursus sekolah di sg congkak...
okiesss jom tgok "mee org miskin" nieeee hahaha..

bahan:

1 peket mee kuning rendam dan celur dgn air mendidih tos kan dan selawat..supaya mee tak kembungkan perut...
2 btg serai ketuk
sedikit gula melaka
sedikit kicap
1 biji tomato potong 6
2 biji telur ayam
sedikit daun sup daun bawang
cili hijau potong serong lebar yaa

bahan mesin:

1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
4 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 biji tomato
1/2 cawan keledek rebus( lebih buat kek semalam)


bahan tumis :
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya:

tumiskan kesemua bahan mesin ini dgn minyak bersama bahan tumis, sehingga pecah minyak
masukkan serai ketuk dan air secukupnya masak sampai mendidih
masukan tomato potong, tauhu dadu, gula melaka dan kicap. setelah empuk baru masukkan 2 biji telur, daun2 sup dan daun bawang. cili hijau. dah siap!!! makan dgn limau dan bawang goreng yaaaa..
kalu ada sotong udang daging tentu lebih meriah suasana jumaat harini ..layanzzz...

28 April, 2011

308. kek keledek adaptasi dari kek durian

durian tak de keledek pun jadi lah..huhuuu sedihnyaaa.. pada hal durian berlambak dijual tepi pasar dato keramat.. belum sampai seru utk beli kali ke2..
apa pun kejadiannya..inilah hasilnya setelah dibakar.. harum keledek kuning ni satu dapooo.. dapo kerajaan ni besar 2 bilik rumah teres... emmmm.. tapi bila dah potong dirasa keledeknya tak rasa langsung.. tapi kek ni mmg lembut... ingat buat bentuk dam rupanya bila potong hilang dam nya hahahaha.. saja mencuba kelainan.. semalam puding negeri selangor hari ni kek negeri kedah hahaha... semalam merah kuning hari ni hijau kuning.. negeri melaka apa warna yaa???


mengekek pada 28 april 2011 abaikan kekotak yg gedabak tuuu tak berseni langsung huhuu
minta izin madihah aka ratna kak amik resepi kek durian ni dari dapo mu dek.. sbb kenan belangan ceklat tuuu.. tapi stok ceklat kak ilah habis lah dek.. sbb tu buat dam hijau kining..tapi tak menjadik lak..

bahan: tukar durian dgn keledek resepi asal klik sini ya belangan yg mengancam mcm harimauu aawwww..

1 cawan keledek rebus warna kuning.. tak perlu pewarna
1 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3 butir telur/A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh soda
1 1/2 sudu teh baking powder

caranya:

1.putar telur dgn gula sehingga gebu
2. mesin marjerin cair ,keledek dan susu sehingga halus masukkan dlm adunan telur kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung yg diayak bersama serbuk soda dan penaik. kacau rata
4. bahagiakan kepada 2 bahagian tuangkan dlm acuan bersapu marjerin dan tepung ikut selera kita. bakar 170 darjah selama 50 minit.