http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
24 February, 2016
17 February, 2016
802. . KEK MINYAK BERALUN RESAH
resepi ilahjy guna kek minyak cuma buat beberapa warna
kemudian ayak serbuk coklat diatas setiap lapisan warna.
ilahjy buat tompok2 warna guna sudu.
13 February, 2016
801. IKAN KELI BAKAR LEMAK PUTIH
KELI BAKAR MASAK LEMAK PUTIH SPECIAL JY
1 lg resepi drpd rempah masak rose... ermmm...resepi reka2 buncit peruit anak2 hihiii sedap kata depa
nk masuk utk rujukan sendiri... kaluan tak digalakan ambek... hahaasa
3 ekor ikan keli digaramkan dan bakar (Tanpa kunyit)
bahan kisar dgn air sehingga halus:
1 inici halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
6,7 biji cili padi ikut pedas
1 sudu besar rempah masak rose warna kehitaman
4,5 batang serai diketuk
4,5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 biji tomato dibajikan
1 biji terung kerat pendek belah dua
3 biji limau kasturi
1/2 kotak santan
panaskan terung dlm kuali seketika.
curahkan bahan mesin, rempah masak rose, serai, daun limau, daun kunyit
masak sehingga empuk terung. masukan santan dan ikan.
setelah mendidih lagi sekali , masukkan tomato dan air limau kasturi dan garam.
sekian resepi dari hati utk anak2 dan hb...
05 February, 2016
800. ROSELLE KERING TAHAN LEBIH LAMA
cara ini membuat roselle tahan berbulan2 berbanding dgn kuntum yg segar hanya 4,5 hari jee.
kopek kelopak drp kuntum bunga
jemur dlm suhu bilik tak perlu matahari terik sekadar samar2.
sampai kering. letak kat balkoni. tapi tak kena cahaya terik.
simpan dlm bekas jedap udara.
bila nk guna rendam bbrpa kelopak dlm air panas.
29 January, 2016
799. AYAM GORENG KUNYIT REMPAH MASAK ROSE
goreng seperti biasa yang penting kunyitnya mesti terserlah.
beri sedikit hirisan bawang dan cili merah
20 January, 2016
798. BROWNIES SIKEDUTAN YG MENAWAN
yg ni nak simpan utk rujukan akan dtg. t.kasih tuan punye resepi
ilahjy guna resepi dibawah ni... mmg sedap.. tp kena kurangkan gula sikit... t,kasih penyumbang resepi ni..
bahan2nya:
400 gm coklat kompound potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko ayak bersama
caranya:
satukan coklat dengan mentega, cairkan secara double boil
dalam mangkuk lain, satukan gula perang,kastor, vanilla dan telur gaul sebati.
masukan adunan tepung dan gaul sebati
sediakan loyang 10 x 10 inci lapik kertas minyak.
lebihkan sehingga ketinggian loyang supaya senang ditarik keluar dari loyang. sapu marjerin.
tuangkan adunan dan ratakan.
bakar suhu 160C selama 30mt.
tutup suiz oven buka pintu biarkan selama 15 mt.
keluarkan dan potong ikut selera.
nota:
jika separuh adunan guna loyang 8x8 inci
jika guna tpg gandum tambah penaik
guna coklat dan mentega bermutu tinggi utk hasil terbaik
utk sedap tambah 100gm kekacang.
terima kasih kpd blog juicycafe.blogspot.com atas sumbangan resepi dr nya. mmg sedappppp.....
15 January, 2016
797. SOTONG MASAK JINTAN KARI ROSE
sotong masak jintan dgn kari cap rose .... ermmmmm ... no komennnn
bahan2nya:
10 ekor sotong sedang2
bahan2 rempah:
2 sudu besar jintan manis serbuk
1 sudu teh jintan putih serbuk
2 sudu gesar rempah kari rose
6 sudu besar santan pekat
bahan mesin halus:
bawang besar
halia
bawang putih
cili padi
perahan limau kasturi
caranya:
panaskan minyak secukupnya
tumiskan bahan2 mesin sehingga wangi
masukan rempah2 diatas sehingga pecah minyak
masukan sotong dan santan
masak sehingga mendidih dan sotong empuk.
masukan cili padi, garam dan jus limau kasturi bersama2 kulitnya
kacau sebentar padam api.
14 January, 2016
796. IKAN TONGKOL MASAK KICAP REMPAH ROSE
ikan tongkol msk kicap rempah hitam rose
5 keping ikan tongkol digoreng sederhana garing
bahan mayang:
1/2 biji bwng besar holland
1 inci halia
1 biji cili merah di potong serong
3,4 ulas bawang putih di ketuk
1 sudu besar rempah masak rose warna hitam
2 sudu besar sos tiram
kicap ikut kepekatan yg kita suka
2 sudu besar sos cili
sedikit air asam jawa
caranya:
panaskan minyak, tumis semua bahan sehingga wangi
masukan sedikit air bersama rempah rose
setelah rempah masak pecah minyak baru masukan
kicap, ikan dan air asam jawa
rasa masinnya. tak cukup tambah garam
11 January, 2016
795. AYAM GORENG KUNYIT REMPAH MASAK ROSE
1 mangkuk sederhana kepingan isi ayam
bahan mesin halus:
1 keping lengkuas
1 keping halia
1 inci kunyit hidup
1/4 biji bawang holand
5 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah kari kelantan
1 sudu teh rempah masak rose *warna hitam
garam
1 biji cili mayang
1/4 bawang holand mayang
goreng seperti biasa.
10 January, 2016
794. TELUR IKAN MAYONG ONLINE
serba serbi semua boleh dibeli secara online. termasuk telur ikan mayong ni.
jom kita karikan telur ini... kalu ada isi ikan lagi syoookkkk
07 January, 2016
793. SAMBAL BELACAN
sambal belacan ni senang nak bangkit keenakkannya.mesti seimbang pedasnya, masam masin. yg penting belacan asal dari mana. setiap negeri berbeza rasa belacannya. ilahjy pastinya suke belacan dr negeri kelahiran iaitu kedah.
5 biji cili merah
10 biji cili padi ikut kepedasan harus masukan 4,5 tangkai yg pendek utk elak perut sakit
1 biji buah tomato
belacan kedah bakar sebesar 2 ibu jari
belacan melaka tidak sesuai kurang enak
garam, gula
limau kasturi 5 biji ambil jus
06 January, 2016
792. JUS DURIAN BELANDA BERKRIM
ermmmm dapnyeee.... jommm cari durian belanda. ini adalah buah durian belanda yg ilahjy tanam sendiri.
05 January, 2016
791. KETAM MASAM MANIS TAUCHU JY
satu lagiiiii resepi terbaru... mendapat pujian en hb dan anak2.
makan malam tadi punya ceta...
hb kata, ada masam manis dan tawar2
KETAM MASAM MANIS TAUCU
8 ekor ketam sedang2 bersih mcm kalian suka
panaskan kuali minyak yg banyak,
masukan garam 2 sudu teh dan 1 sudu teh kunyit serbuk
masukan ketam goreng sampai masak. toskan.
2 sudu besar cili mesin
1/2 biji bawang besar di mayang nipis
5 ulas bawang putih diketuk halus
2 sudu besar tauchu dlm botol
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato di potong baji nipis2.
dau bawang di potong panjang2
guna minyak yg sama. tumiskan bawang2 sehingga wangi.
masukan cili mesin. setelah garing, masukan air sedikit.
masukan sos2 dan tauchu dan tomato
masak sehingga pecah minyak. masukan ketam dan sedikit gula.
tabur daun bawang.
resepi ni biasa2 jeee.. tapi rasanya spt anak kusss akui...heheee
04 January, 2016
790 . K -LIME DIY
cara membuat asam boi limau kasturi
hiris buang bahagian kepala limau
toreh 4 penjuru supaya senang kita nak sumbat asam boi ke dalamnya.
masukan ke dalam balang
tutupi dengan gula kasar sepenuhnya
peram suhu bilik selama 3,4 hari
selepas itu simpan dalam peti srjuk
bila nak guna baru dikeluarkan
ambil 2,3 biji limau kasturi buang biji, tanpa asam boi
campur dengan air 2 gelas
guka secukup rasa
beberapa ketul ais
blend sehingga halus
kalau suka tapis boleh lah ditapis sebelum diminum
selamat mencuba.
30 December, 2015
22 December, 2015
788. PARU BEREMPAH
yeeeyeeee dapnyerrr satu lagi resepi ciptaan baru ku
nama enggak tahuuu
daging dan paru masak berempah
bahannya:
semangkuk sederhana daging campuran yg telah di rebus empuk
ilahjy cuma dpt beli kelempong dan daging sahaja. jika dpt paru dan hati lg cun
tapi yg ninpun dah cukup sedappppp hahaaa puji diri nmpk...
1 batang serai nak amek rasa jee x mo lebih2
1 ketul lengkuas sebesar ibu jari
1 ketul halia sama saiz lengkuas
2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu besar rempah sup
1 sudu teh lada hitam
1/2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji cengkeih
6 biji cili kering x mooo pedas...
3 sudu besar kerisik
kicap manis secukup warnanya. tak mooo hitam hihii
sedikit garam
1 biji bawang gesar
5 ulas bawang putih
jooom layaaannn..kalu tak sedap tuuu tekak masing2 yeeee hihiii
09 December, 2015
787. . LAPIS MERTABAK CRACKER cara ku
bahan inti
buat seperti inti karipap samada ayam atau daging. ilahjy guna daging kisar
sepeket biskut 4 segi
parutan cheese
2 biji telur
dauan bawang
daun sup
cili2 merah dipotong dadu
celup biskut dalam susu cair, susun penuh dasar tin
masukan inti , susun biskut sepenuh permukaan
masukan inti. lakukan sehingga habis.
lapisan atas adalah inti.
kocak telur tuangkan keatas permukaan inti
tabur hiasan memenuhinya dan akhir sekali
tabur parutan cheese cheddar
bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit atau sehingga perang. makan dengan sos.
26 November, 2015
25 November, 2015
19 November, 2015
784. BISKUT FAMOUS AMOUS YG SEDAP
penghargaan kepada puan azie kitchen atas resepi yg plg sedap blm pernah ku makan.
bahan A
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur b
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar susu segar @susu tepung
1/2 sudu teh vanilla
bahan B
2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu besar serbuk kokok diayak
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cream of tatar
atau ganti 1/2 sudu teh cuka @lemon
1/2 sudu teh soda baikabonat
1/2 cawan walnut/almond/biji kuaci cincang
1 cawan semi sweet coklat chips
satukan semua bahan a sehingga sebati guna whisk
ayak semua tepung2 masuk sikit guna spatula kacau sebati masukan kekacang2, kacau adunan sehingga sebati. adunan agak lembut sikit
sudukan atas loyang tanpa gris. jarakan. cantik guna sudu teh.
bakar suhu 160 darjah selama 15-20 minit. angkat sejuk atas reda
18 November, 2015
783. IKAN PARI GOLEK
pari panggang golek istimewa drp ilahjy satu lagi resepi ciptaan baru kusss
semlm.., msk dlm keadaan sakit.., jnji anak2 suka mkn katanya sedap...
sblm lupa
1 ketul besar pari seberat 500 gm memang besar separuh kuali ajaib vantage
pandai anak2 dara mama beli. masa mama blik melaka 4 hari...
bahan mesin halus:
3 btg serai
1 sudu besar halba
1 sudu jintan putih
1/2sudu teh jintan manis
seketul kunyit
seketul halia
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holand
garam
1/4 kotak santan
3 biji limau kasturi
garam kan ikan secukup rasa. perapkan bahan2 mesin dengan ikan seketika.
tanggalkan bahan mesin. bakar ikan dalam kuali vantage sehingga masak.
bahan2 mesin tadi dimasak bersama santan dan sedikit air, sehingga mendidih
dan sedikit kering. tuangkan ke atas ikan. perahkan jus limau nipis.
siap.... boleh dibakar seketika bahan2 santan tadi dlm kuali ikan. ilahjy x sempat dah nk berbuka masa ni....
05 November, 2015
30 October, 2015
29 October, 2015
780. RENDANG KARI ITIK SALAI
satu lagi resepi baru menawan selera anak buah tersayang dtg berbuka di sini hari ni.. dr tak suka mkn itik beb suka mkn.. tahniah utk Wa ilah *mak long* yg berjaya mematahkan selera tak sukee itik.. beb jadi sukaaaaaa kekekeeeee
Jom lihat bahan2nya sementara masih ingat... utk simpanan sendiri...
Bahannya:
1/2 ekor itik salai potong kecil2
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah sup
Bahan mesin:
1/2 Bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 biji buah keras
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
3 batang serai
Tumisan bersama :
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
1 btg kayu manis kecik cukup yee
3 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
1/2kotak santan
Air secukup utk mengempukkan itik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































