terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








07 October, 2011

360. PULUT SEKAYA HUJAN PANAS JY


pulut sekaya hujan panas ilahjy
apam coklat resepi klik di sini ya



SELAMAT MALAM

hari ini ilahjy ada agenda tersendiri...

hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran anak ke 2 kusss iaitu shafiqah 7 oktober 1991 yg ke 20 tahun.
pada tanggal tarikh itu pada jam 7 pagi hari isnin ilahjy selamat melahirkan anak ke 2 dirumah mentua di kg pulai merlimau melaka.. bukan di hospital tauuuu!!!! shafiqah lahir disambut oleh bidan kampung berbangsa cina dibantu oleh kak ipar yg masih baru dalam dunia kebidanan...
alhmdllah tiada apa2 masalah ketika itu. en hb pula dalam kursus... maka tanggung jwb itu dipikul oleh kesemua keluarga en hb menjaga ilahjy dan anak2...
setelah dibersihkan terus cucuanda dikamatkan oleh datuk hj hashim(bapa mentua ilahjy).
setiap pagi baby shafiqah akan di perdengarkan dgn bacaan alquran oleh nenek dan atuknya..setiap subuh dan maghrib...itu menjadi kewajiban setiap cucu yg lahir di situ dan dijagai mereka.
alhmdllh syukur krn ilahjy mempunyai mentua yg amat perihatin dan sgt syg pada kami...makan minum mandi dijaga kesemua dgn penuh kasih syg..
terima kasih arwah mak mentua juga terima kasih bapa mentua kusss... juga adik2 ipar juga kak2 ipar yg sgt baik.
sbb itulah ilahjy sgt syg pada mentua melebihi keluarga sendiri....

okiessss takat tu jer laa pjg2 nanti jemu lak org yg nak baca...itupun kalu ada yg sudi baca kisah sepi ni...

mari kita lihat apa yg ilahjy masak hari ni... khas dimasak utk dibawa ke rumah jiran yg menjual kain baju di datangkan khas dari Indonesia...

pertama ilahjy masak pulut sekaya hujan panas. dan ke 2 apam coklat yg mudah... semuanya dimasak pada jam 1 petang tadi...

PULUT SEKAYA (a.k.a seri muka)
resepi ilahjy gabungan selera dari nenek ilahjy

bahan:

pulut separuh dari loyang yg kita hendak guna.
rendam semalam pulut bersihkan dan kukus bersama santan cair dan garam.
santan hendaklah melebihi pulut dalam 1/2 ruas jari tengah.

caranya:

1.kukus sehingga masak, hendaklah di kacau selalu supaya rata masaknya.
2.keluarkan dari loyang dan masukkan ke dlm bekas lain dan masukan beberapa pewarna seperti warna kuning merah yg kita suka.... kacau rata.
3. masukkan semula dlm loyang tadi, loyang hendaklah di sapu dgn sedikit minyak. supaya tidak melekat. tekan pulut tadi sehingga padat.
4. kukus semula sehingga naik wap kemudian tuangkan sekaya. kukus sehingga masak, selama 30 minit dgn api yg sederhana.

RESEPI SEKAYA:

1 cawan tepung gandum(ilahjy guna sukatan cawan rice cooker)
5 biji telur ayam
(penggunaan telur yg byk sebab itu dinamakan sekaya bukan serimuka ya puan2)
1 1/2 cawan gula pasir

5 cawan santan pekat mesin bersama
3 helai daun pandan dan
1 inci kayu manis dan 1 sudu besar jintan kasar/manis (nenek punya resepi)
(tapiskan bahan2 ini baru di campur dlm bahan2 lain)

garam
2 sudu tepung jagung
pewarna hijau

caranya:

1.kesemua bahan disatukan dlm blender kisar sehingga halus.
2. panaskan dlm periuk sehingga pekat.
3. tuangkan ke atas pulut dan kukus sehingga masak selama 30 minit api sederhana.

ilahjy memang sukakan rasa rempah yg ada dlm pulut sekaya ni...ada kelainannya...selamat mencuba ya..resepi ilahjy ni...


APAM COKLAT/KOKO

bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabonat
2 sudu besar milo

caranya:
masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.
panaskan acuan yg bergris marjerin kukus 15 minit sehingga masak. acuan yg comel..

8 comments:

Nazrah said...

Salam Kak Ilah.. moga anak anak menjadi sumber inspirasi akak.. banyak wat kuih yer ...

ilahjy said...

wkslm naz cyg... t.kasih ya naz doa tuu..kak bekalkan pada kwn ptg tadi dan hantar ke rumah jiran anak jiran patah tangan jatuh main bola kemarin.. kesian budak djah 4 tuuu..

izahdaut said...

unik namanya seunik kuih nyer.. dan happy birthday ke 20 buat anak akak.. semoga menjadi wanita yang solehah dan anak yang baik

Yatie said...

Happy Birthday buat Shafiqah, moga menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibumu serta kaum keluargamu.

cantiklah pulut serikaya hujan panas akak tu..kreatiflah akak ni..kalau dpt rasa bestnya...yatie mmng suka kuih2 mcm ni..sedapnya kak..

Deliah's Deli said...

bukan nasi je blh jd hujan panas eh kak..mmg kreatif la kak ilah ni..tabik!! :)

*selamat hr lahir buat shafiqah!

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. banyaknya buat kuih.. cantik kak.. cc coklat tu nampak sedap kak

Mah@mahu said...

Masakan yg enak2 di sini memang hebat lah..


*jgn lupas saksikan Masterchef Malaysia 22 otb 2011 di Astro Ria www.mahamahu.com

Unknown said...

happy belated birthday buat shafiqah..semoga berjaya dunia akhirat..amin.maaf lambat wish..sibuk tul sejak blk sini.

menarik tgk kuih pulut serikaya tu kak..tak pernah buat lagi.kuih apam tu pun nampak sedap.