nampak tak gulungan roti tuuu... makan panas pun sedap... kalu ada sos coklat lagi power ...
bahan: sumber derhaka ilahjy .. adaptasi dari dapo kawan2...
9 keping roti gardenia (ikut muat bekas kita)
gelek nipis dan gulung celup dlm bancuhan susun dlm bekas utk kukusan ilahjy guna pinggan pyrex
1 tin susu cair
1/2 tin air
1/2 kotak santan kara
2 biji telur
4 sudu besar marjerin cair
8 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar tepung suji
buah2an dlm tin utk hiasan
caranya:
1. masukkan susu cair, air, gula,santan,telur,tepung kastard dan tepung suji dalam bekas.
2. pukul manja2 dgn pemutar telur sampai sebati,
3. sapukan acuan dengan marjerin. celupkan gulungan roti ke dalam bancuhan tadi sebentar saja agak2 tenggelam terus angkat dan susun dlm pinggan atau loyang. susun semuat bekas
4. cairkan marjerin atas api yg kecil jgn smpai terlalu panas. nanti marjerin tak cantik.. masukkan marjerin tadi dalam lebihan adunan tadi kacau sebati.
5.tuangkan adunan tadi ke atas roti yg telah disusun cantik2 tadi..
6.taburkan buah2an serata permukaan dgn menekan sedikit menggunakan sudu.
7.panaskan kukusan kemudian kukus selama 1/2 jam.
sejukan bawah kipas angin utk cepat makan mcm ilahjy buat tadi.. hehehe..
direka pagi tadi juga adaptasi dari melihat dan rumah ita...sila ke dapo mereka jika mahu resepi mereka yg lebih cantik dan sedap..nyum2....
oleh kerana nak cepat masak sebab dah suntuk masa tadi...ilahjy main campak2 semua bahan2 secara rawak..tanpa melihat resepi... kawan2 nak dtg buat party tpware...masak jam 9 jam 9.30 dah siap potong jam 10... tidak mengecewakan.. kawan2 kata sedap.. atau nak sedapkan hati tuan rumah tak tahu laaa.. mak aiii berdentum pulak pintu nieee terkejutzzzz akusss.... habis ideaaaaa huhhuuu..
6 comments:
menggoda.. dua tiga hari lagi mesti resepi ni singgah kat umah kita... Aaminnnnnn...
assalam kak ilah,nmpk sungguh sedap tu..betul kata kak ilah tu,kalau tmbh sos coklat/kuah kastad laaagiiiiii sedap..
adoi kak...meriahnya dengan buah2 kat atas tu...nani tak terfikir pulak nak letak bahan2 tu, padahal ade je kat rumah...suke puding roti...
Aslmkum JY dtg kunjungan balas.
Sedapnya puding roti...tambah dgn hiasan buah2an...lagi nampak sedap.
meriah nya kak puding ni.. suka tgk rasa sedap je nampak.. tambah ia bergulung2 cantik
Assallamualaikum kak ilah..
Mak aiii..sodapnyo kak Ilahhh.. Meriah dgn buah2an.. Terliur Naz tau kak...
Post a Comment