petang semalam ilahjy merajinkan diri utk mengukus kek dari dayang jack yg disimpan setelah sekian lama... dayang jack telah mengubah resepi ini dari sukatan yg agak mengelirukan dan dipermudahkan utk kita memahaminya. terima kasih dayang. resepi ini kak ilah telah gunakan tetapi malang sekali buah kurma merah dan coklat masakan tak da stok jadi kak ilah gantikan serbuk koko jer... gamaknya kalu masukan bahan2 ikut resepi lagi sedap lah...
W.PUN bahan2 utama tak de, kek ini boleh tahan sedap. buat sarapan pagi ni...tapi sukatan yg putih tu kurang ...yg koko terlebih jadi semasa melapis tak seimbang..apapun hentam saja lah labu...
kek ini ilahjy kukus dari jam 6 sampai jam 9 malam baru siap... agak panjang masa.. apapun ilahjy layan jer kebosanan menunggu lelama demi nak mencuba ...kalu ikut hati nak jer bakar utk cepatkan masa..tapi lain lah rasa jika dibakar.
kek ini agak lembab dan sedap juga lah ...
kalau diikutkan 1 resepi tahun 1998 dulu kek ini digelarkan kek batang mancis... hanya disediakan dlm 2 lapis sahaja. yg bawah warna putih dan atas koko.. dipotong panjang menampakkan seperti btg mancis..
sila ke dapo dayang utk resepi asal...
jom kita lihat resepi yg telah ilah jy ubah suai kerana bahan2 utama tidak ada
bahan A : putih
200 g buttercup
7 biji putih telur
150 g gula halus
150 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
100 g susu pekat manis
caranya:
pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula putar lagi.
putar butter dalam bekas lain sehingga kembang putih, masukkan susu pekat, esen dan tepung.
putar sehingga sebati.
satukan kedua2 bahan ini dan diputar sehingga sebati.
bahan B: koko
200 g buttercup
100 g gula halus
7 biji kuning telur
100 g tepung gandum
100 g susu pekat manis- ilahjy guna 1/2 tin
3 sudu kecil gula hitam sarawak
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
caranya:
pukul kuning telur dgn gula sehingga kembang
masukkan butter dan putar lagi sehingga sebati
masukkan susu pekat, esen,serbuk koko dan tepung putar sehingga sebati.
langkah seterusnya:
panaskan kukusan. sapukan loyang dgn marjerin.
masukkan 2 sukatan putih dan ratakan ke dasar loyang.
kukus selama 10-20 mt sehingga masak.
keluarkan loyang dari kukusan, masukkan 3 adunan koko dan ratakan , kukus sehingga masak.
ulangi proses ini sehingga habis.
akhir sekali kukus selama 30 mt bagi memastikan kek benar2 masak..
sejukkan dan sedia utk di hidangkan..
selamat mencuba.
4 comments:
saya ada gula sarawak kiriman org jauh, bleh la nak dicuba resepi ni. sedap nampaknya tu kak ilah.. trasa2 je nak mengigitnya
Salam kak .. lamanya tak jenguk sini.. kita baru je ada semangat untuk berblog... tengok kek ini terasa nak sikit...
sedapnyer kak, tp apasal lama bebeno nk ngukusnyer ye kak... dana selalu bt kek kukus coklat yg senang gile tuh heheheh...kejap je...
tp tgk gaya rezepinyer nih,msti sedap giles tuh... nyum3
Ilah,
terimakasih bagi tau kat kita pasal akw tu,hehehe kalau tak jenguk blog ptg semalam tak tau kita,dah ilah orang yang buat kita tau..sayang nyer tak tengok...jumaat nie nak tengok laaa....
tengok kek mmg sedap tengok bahan pk pk dulu hihihih
Post a Comment