SEMPENA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN EN HB KUSSS 18 OKT
ALKISAH ... nak buat sebiji kek siap isingnya.
sekali kumpul2 bahan dak2 teluq tak de stok.. mentang2 dah 3 minggu bz sepanjang bulan nie... sampai dak2 teluq habis tak perasan. nampak sangatlah tak masuk dapo hehehe..
disebabkan bahan2 dah ada cuma teluq jer tak dak.. ilah jy teringat TIRAMITSU.. terus buka blog nor secubit garam.. semua tiramisu di print buat sekian kalinya... buatnya tidak, haha.. memang dasar rajen betul ilahjy ni.. sekali terpandang bahagian bawah scrool tiramitsu.. ilahjy nampak kek pesona ni.. tau dah ramai dah buat sejak setahun lalu.. tapi ilahjy takut lemak bertepu dlm urat darah ni.. tka berani nak sentuh resepi ni.. resepi ni semua org tahu adik hasue yg perkenalkan iaitu bro ryoazhar. menjalar ke semua dapo.. org terakhir ilahjy akan cuba buat.. maka inilah hasilnya hasil sekodeng dari dapo nor secubit garam...
semua buat separuh bahan. dapat 3 lapis jer.. tu pun tak dan beku kena potong sebab dah malam..anak2 nak ajak tiup lilin utk abah yg baru balik solat isyak.. hasilnya sehingga menjilat jari. selepas makan ilahjy terus makan ubat kolestrol.. huahuaa...
KEK TAK SEMPAT NAK MEMBEKU DAH KENA POTONG
disini ilahjy memohon utk disalin resepi di muka dapo kusss pula terima kasih pada adiK hasue yg encem tu dan nor.. semoga kita mendapat berkat. jgn mendapat lemak tepu dah ler..ternak lemak hehehe.. eemmm jgn mare jom layan resepi mudah nie (maaf ilahjy guna biskut marie biasa sbb tu kala tak menawan) siapa nak menawan sila ke dapo nor secubit garam ya
http://www.secubitgaramnor67.com/search?q=kek++lapis++cheese+persona+
bahan:
A:
2 bungkus biskut merie
500 ml susu segar dipanaskan
B:
500 cream cheese
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
caranya:
1. alaskan bekas dgn plastik/kertas minyak
2. pukul bahan B sehingga berkrim.
3. celupka 1 saat biskut dalam susu segar panas tadi
4. susunkan ke dasar bekas.
5. sapukan nipis2 dan rata2 cream yg diputar tadi
6. susun lagi dan ulangi mencelup biskut buat sehingga habis
7. akhiri dengan lapisan cream.
8. blend halus biskut bersama serbuk milo dan sedikit serbuk nescafe sehingga halus(yg ni ilah jy tambah ya) tapiskan dan ratakan keatas kek tadi
nota: semasa lapisan ke 2 ilahjy picitkan selapis blueberry filling utk mendapatkan keenakan dan kemanisan yg ummppphhh hehe
9. bekukan selama 6 jam. baru dipotong.
No comments:
Post a Comment