SELAMAT HARI KRISMAS BUAT RAKAN2 YG BERAGAMA KRISTIAN
cuti2 macam ni tak ke mana ker? bagi ilahjy dan keluarga hanyalah mengemas dapur jer hari ni. sedang membenteras penghuni2 yg bersayap.. bukan main lagi depa beramai2 berpesta sempena krismas ini.. hehehe.. rasakan penangan tuan rumah. PATI!!! WALAUPUN SETIAP MALAM ilahjy memyemburkan racun nya selagi tempat itu tidak dibersihkan selagi itu depa semua bercanda ..
setelah penat operasi dilakukan. ilahjy buka FB sekejap tadi. ternampak dlm blog yatiememories tayang murtabak lapis kracker. teringin pula rasanya nak makan. t.kasih yatie krn telah menudukkan kemalasan kak ilah ni .. kak dah malas nak masak2 ingat nak tunggu tahun depan baru buat N3 masak....tapi dek krn tayangan itu kak ilah terpaksa akur...
ini merupakan kali ke 3 ilahjy masak. lama juga tak buat murtabak ni... tapi macam biasa lah ilahjy ubah suai ikut selera ketika badan penat2 ni... ilahjy cuba jadikan INTINYA ALA2 RENDANG
Maka terhasilnya dan telah pun siap dijamah oleh kami sekeluarga jam 11.30 siap bakar dan terus makan masa panas2. ketika N3 ini dibuat murtabak ini sudah tinggal separuh loyang.
jadi bagi sesiapa nak lihat resepi dari yatie bolehlah ke sana. kalu nak rasa resepi ilahjy boleh lah ke sini ..situ sana sini mcm2 adaaaaa...hehehe .
potong masa masih panas2 tak berapa kemas
lebihan bancuhan susu dan telur dilimpahkan ke atas nya setelah murtabak 3/4 masak
lain kali tak buat cam ni lagi tak cantik laaaaa huhuhu
lapisan ke 2
inti ala2 rendang... boleh tahan rasanya...
http://yatiememories.blogspot.com/2012/12/murtabak-lapis-kraker.htmlsila kesana untuk resepi asal yatie..bahan lapisan biskut:
27 keping biskut krackers (1 lapis 9 keping. ngam2 dgn loyang di atas)
500 ml santan cair
1 cawan susu cair
6 biji telur
kesemua bahan dicampur sebati kecuali biskut. (bahagi kepada 3 bekas)
bahan inti ala2 rendang ilahjy:
2 cawan daging cincang (ilahjy mesin sendiri daging)
1 batang serai dimesin bersama sedikit air dan daging tadi sehingga halus.
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 ulas bawang putih ketuk
1/2 labu bawang besar dimayang
2 biji cili besar dadukan
1 biji cili hijau dadukam
1 batang timun hijau dadukan
4 biji cendawan butang nipiskan dan dadukan
garam dan perasa secukup rasa ya
caranya:
1. panaskan minyak tumis bawang sehingga wangi
2. masukkan sedikit air dan serbuk kari dan jintan manis kacau rata
3.setelah pecah minyak masukkan daging kisar tadi masak sehingga kering
4. masukkan potongan cili dan timun dan cendawan
5. kacau sebati sehingga sedikit layu padam api.
sedia untuk digunakan.
6. bahagi kepada 2 utk 2 lapisan inti
cara penyediaan didalam loyang
1. sapu loyang dgn marjerin
2. celupkan 9 keping biskut ke dalam bancuhan susu dan santan tadi. selama 1 minit.
3. dan susunkan ke dasar loyang secara teratur.
4. bahagikan kepada 2 inti rendang itu.
5. masukan bahagian pertama ke atas lapisan biskut tadi sapu rata.
6. curahkan bancuhan susu santan pertama tadi.
7. seterusnya, celupkan biskut ke dalam bancuhan ke 2 dan susun kemas2.sebanyak 9keping juga.
8. curahankan lebihan susu dan santan.
9. lapisan akhir celupkan sekali lagi biskut ke dalam bacuhan susu santan, susun kemas.
10. curahkan susu santan yg berlebihan tadi . ILAHJY letakan sesudu kecil marjerin ke atas setiap biskut utk mencantikkan/mengilatkan permukaan biskut nanti. petua sendiri...
bakar suhu 190 darjah selama 45 minit
11. ilahjy angkat semasa 3/4 masak. ilahjy curahkan baki sedikit lagi ke atas murtabak itu. dan terus membakar api atas sehingga masak.lain kali ilahjy tak buat mcm ni sebab tak cantik lah nampak putih semcam jer kat atas biskut tuuu...huhuu
rasanya memang macam rendang ...sila cuba tak sedap jgn mareeee..air tangan masing2 yer.
.
3 LAPISAN BISKUT 2 LAPISAN INTI
3 comments:
tgk rupe dia pun dh tau sedap... best kalu dpt try bt kan
rajinnya ilah buat rendang2 bagai. makngah selalu juga buat tp cuma celup roti dlm air, goreng dgn sedikit minyak, lembut gebukan roti dengan bancuhan telur ayam n ramuannya sahaja. sangat malas :C
Salam Kak..lama juga saya tgk orang adaptasi craker ni jadi kuih...emmm buat style ni sedap juga yaaaa....
Post a Comment