melihat seorang rakan fb berbangsa siam iaitu isteri kawan sekolah ilahjy, memasak nasi kerabu yang sebegini rupa. ilahjy terus berhajat nak masak dengan cara ilajy tersendiri. memang harum semerbak serumah nasi ni. tapi ilah tak masak lauk nya hanya mkn cara orang berpantang.
bahannya:
2 pot beras basmathi
bahan dimesin halus:
4 helai daun pandan
5 helai bunga telang
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci temu pauh
1 batang serai mayang
1 inci lengkuas
kisar dgn air yg cukup2 dengan beras. tapis amek airnya sahaja.
1/4 kotak santan
garam secukup rasa
tanak nasi macam biasa
masukan kesemua bahan sekali gus.
No comments:
Post a Comment