terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








21 February, 2012

382. ilahjy kembali... KEK PENAWAR RINDU...

YANG PERTAMA INGIN ILAHJY PERKATAKAN

syukur kehadrat illahi kerana ia telah panjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik utk ilahjy bangkit kembali ke alam maya ini bersama kalian utk teruskan minat memasak dan berblog ini.

sebelum ini pernah ilahjy khabarkan tentang kesihatan ini yg agak menurun sejak akhir2 ini.
dimulai dengan gatal2 seluruh badan kemudian demam virus dan kembali dgn demam campak keladi. dan akhirnya penyakit itu pergi meninggalkan diri ini dengan kata lain ia datang mcm kilat tapi pergi macam kura2... apapun ilah jy terima seadanya.2 bulan menanggung derita...

mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. redha dan pasrah itu yg perlu ada dihati...
setelah berpantang dalam pemakanan sehingga berat badan ini turun 4 kilo dlm seminggu amat lah memeritkan. selepas ia berlalu tekak ini terasa amat benar nak makan kek.. wpun kawan2 amat rancak dgn kek mereka *kek batik arora* umpamanya..tapi kemalasan dan keletihan masih ada lagi cuma nak melayan tekak.. maka ilahjy pilih utk mengekek yg senang dan mudah sgt utk dibuat. kek ini pernah ilahjy buat ketika mula belejar mengenali oven dan pemutar kek ketika bersekolah di tingkatan 1 tahun 1979 dahulu... inilah resepi yg selalu dibawa ketika nenek nak makan kek buatan cucunya.. cuma ilahjy tambah ovellet bagi mengebussskan kek... zaman dlu mana ada benda alah ni..tak gitu kawan2...

disebabkan rindu dgn dunia memblog dan kawan2 semua maka, kek yg mudah dan senang ini ilahjy namakan kek penawar rindu, cuma belang2 dia jer tak berapa nak lawa..keras tangan dah lama tak buat kuih.. tapi hasil kek ni mmg gebusss dan lembut...
menjadi hidangan sorg saudara dari kedah yg datang bersama keluarganya singgah bermalam di rumah ilahjy. saudara kusss itu baru menjalani rawatan kimoterapi berkaitan payudara...dia pun nampak dah sihat... berkat berpantang dan rajin buat rawatan yg doktor syorkan.

sebenarnya kek ini dibuat utk dihidang buat anak2 najihah dan shafiqah yg bakal balik dari kerja dan kolej..tapi tak kesampaian. sebab dua beradik itu kemalangan motor mereka di gesel kereta yg nak buat U turn tetiba.. lepas magrib jumaat lepas.. kesian dua beradik tu luka teruk di lutut. namun nasib baik tak de patah... tapi mereka dlm kesakitan juga la..huhuu... tak dpt makan kerana nak jaga luka dari bernanah...telur semua tak boleh makan...
apa nak kata mama baru pulih sehari anak2 pula menyambung diri utk meneruskan pantang2 dalam makanan...apa pun kami terima ujian pada tahun 2012 ini dgn hati redhaaaa...


tarikh kenangan anak2 ku kemalangan kek ini tak dpt disajikan buat jiha dan piqa...

bahan:

1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
2 cawan tepung gandum
1 cawan telur/4 biji
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat
warna yg digemari

caranya:

putar gula dan marjerin sampai kembang,
masukkan ovellet dan putar sampai gebu.
masukkan kesemua telur dan putar sehingga kembang dan gebu.
ayak tepung dan baking powder terus masukkan kedalam adunan bersama esen vanilla dan susu pekat terus diputar sehingga gebu. berikan warna ikut citarasa masing2.
bakar dalam kepanasan 170 c selama 45 minit.
kek ni mmg gebu dan mudah utk dibuat.

p/s:
sorg teman blog kita telah mencuba resepi ini penghargaan ilahjy buat kekanda pora..ilah masukkan disini ya mak ngah pora dari kedah...negeri kusss...
http://makngahpora.blogspot.com/2012/02/kek-sukatan-cawan-gerenti-menjadi.html?showComment=1329997317475#c7799396056488857728

12 comments:

Azlita Aziz said...

salam kak Ilah..

Padanlah ita rasa manalah kak illah dah lama tak keudara.. rupanya akak tak sihat..

Banyak bersabar ye kak.. sekarang mmg musim penyakit.. ita pun baru aje baik deman.. batuk ni masih tak hilang lagi.. sekarang pulak asyik pening kepala lah pulak.. migrain ni datang balik agaknya.. cuaca pun tak berapa molek sekarang..

Harap akak banyak berehat, jaga pemakanan.. jangan buat kerja berat-berat dulu kak..

Semoga akak cepat sembuh dan kembali ceria seperti sediakala..

kek akak nampak menarik.. bahan-bahan pun mudah aje.. nampak gebu dan lembut aje.. nanti ita nak cuba buat boleh ye kak??

cikmanggis said...

salam yang...maaf sebab lama tak singah ke dapur illah kerana kesibukan yang melampau.Semoga ilah akan kembali sihat seperti biasa.Biasalah tu jika penyakit nak datang tu tanpa warning pantas kilat tapi nak sembuh tu lambat.

Banyakkan berehat ya...

Unknown said...

as salam kak ilah...

syukur alhamdulillah akak dah sihat...tp diduga dgn kemalangan anak2 akak pulak...sabar lah ye kak...

alahai...kek yg m'goda lagik.. :) baru je buat kek batik arora yg x brp nak jd batiknya... :)

tgk bahan2 kek ni pun mudah sgt..cuma guna merjerin je kan..ye lah resepi org lama..tp rasanya mesti sedap! nnti lia cuba ye kak....

E-na Zarina said...

Allah menduga insan yang disayanginya...moga akak tabah dan sihat sepenuhnya...E-na pun makin sibuk sgt skrg ni, x sempat nak round blog kwn2...take gud care of ur health sis...:))

Mas said...

syukur alhamdulillah akak dah sihat...
rinduu kat akak..

KakAsma said...

KAK ilah,
alhamdulilah dah sihat ...mmg tgh musim sekarang nihkan..
apapun tengok kek penawar rindu terus jadi rindu..ada masa boleh cuba nie..senang guna cawan..dan semuga anak2 pun segera sembuh..jaga diri

MakNgah said...

alhamdulilah dah sihat...
MNgah dah cuba buat kek ni, sedap, mmg simple dan gebus..

Unknown said...

nak cuba ...mcm simple..thanks akak for the resepi ye

HHH IMAZ TRADING said...

Assalam..mohon syer resepi puan ye...

Anonymous said...

Tq bg resepi yg simple.mohon share ye

Unknown said...

Kalau kukus boleh tak??

Unknown said...

Kalau kukus boleh tak??