yang bawah ni pula permukaan yg agak garing sikit sebab tak sapu sapuan..selepas masak baru disapu dan bakar semula
satu adunan lagi ilahjy kosongkan dalamnya cuma lorekan filling blueberry
bila dipotong dengan pisau begitu pula jadinya berbeza jika dikoyak dgn tangan..
permukaan yang tidak garing kerana ilahjy banyak gunakan sapuan..
jika kalian suka garing sapu sikit saja
alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana Dia telah memanjangkan usia ini dengan kesihatan sepertinya ini... dapatlah kiranya ilahjy mengupdatekan dapo maya ini...
sehari sebelum balik bercuti raya iaitu pada hari jumaat ramadan 28 kalu tak silap.. ilah jy ke cow kit utk meninjau kedai brg2 kek yg dah 2 tahun tak jengah... sekali jengah berbagai yg dibeli..yg tak masuk senarai pun beli hehehe adat lah sampai hampir2 1 jam juga berada dalam kedai tuu...maklumlah org tak ramai..sebab dah ramai balik kg agaknya.
semasa di BAKE WITH YEN tu ilahjy sempat beli tepung2 yg berbagai jenis... termasuk tepung roti. kat c4 dan giant di sini mana nak cari... takat2 tepung biasa ada lah...
nampaknya petang semalm baru sempat menggunakan tepung roti itu.
apalagi sebelum berbuka selera nak makan berbagai yg muncuiii... terus adun roti dgn cara sendiri malas dah nak buka buku... main campak2 jer... alhmdulillah menjadi dengan amat baik sekali lembut dan gebusss sekali...
wahh wah puan BM (BREAD MAKER) pula tak meragam mengikut jer kata puannya... diulang 3 kali dia ikut jer..sampai penat kawan tuuu..ahaksss BM pun dah lama tidur ...
ilahjy nak masukkan resepi yg main campak2 ni utk rujukan dimasa depan... jangan lah harap sangat menjadi sebab ilahjy punya cara sendiri ditambah dikurang semasa mengadun sudah menjadi rutin ilahjy...
bahan:
4 cawan tepung roti
1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar marjerin
2 bijji telur
5 sudu besar susu pekat
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar pelembut doh
1 cawan air (tambah sehingga adunan lembut melekit ditangan. masa nak bulatkanadunan sapu tepung ditangan)
sedikit perwarna kuning
inti blueberry
bahan sapuan:
3 sudu besar marjerin dicairkan
3 sudu besar susu cair
1 biji telur
campurkan kesemua bahan kacau sebati.
caranya:
masukan kesemua bahan cecair kedalam BM ,
kemudian masukan bahan2 kering
tekan on dough. bila dah stop ulangi 2 kali, perap dalam BM
setelah naik 2 kali ganda on sekali lagi BM sehingga BM stop. mulakan membulatkan adunan.
disebabkan adunan ini melekit bila nak diadunakan sila guna tepung setiap kali
mengambil ketulan adunan yg nak dibulatkan. masukkan inti blueberry bulatkan semula
sapu marjerin dalam bekas dan masukkan adunan perap sehingga naik 2 kali ganda.
sapukan dengan CAMPURAN MARJERIN CAIR,SUSU CAIR DAN 1 BIJI TELUR ke atas
adunan yg telah naik tadi .
bakar 160 selama 25 minit. keluarkan sapu lagi dengan campuran di atas teruskan membakar seketika .. bahagian atasnya tak kan kuning sebab sapuan tadi. kalu nak garing bakar dulu baru disapukan.
2 comments:
Assalamualaikum kak ilah....
selamat hari raya kak...
amboiii...dah start meroti yerk..
memang nmpk gebuuuu...
Selamat hari raya Ilahjy.....rajinnya meroti? Akk tunggu mood mari.
Post a Comment