hasil sekodeng di dapo ITA MASAM MANIS.. petang semalam...
hasilnya tidak memuaskan hati huhuhu.. kerjatangan yg tak semengah hehe janji boleh dijamah dengan segera oleh sisulung dan no 3 ... najihah dan raihan akan ke puncak BROGA 4 petang semalam.. dengan masa yg ada cuma 2 jam mama cuba selongkar dan buat resepi ni.. walaupun ilahjy pernah buat puff ini tahun lepas..tapi kali ni nak cuba resepi DEK ITA pula .. melihatkan swan dek ita yg comel maka ilahjy pun terpikat. tapi biasa lah kerjatangan ilahjy yg tak seberapa dan memang tak kretip langsung.. sempat juga mama siapakan utk anak2 mama bertolak ke BROGA...
BLOG ITA MASAM MANIS adalah blog yg menjadi rutin ilahjy masuk ke sana.. kalau tertinggal 1 N3 nya pasti rasa KOSONG ... tapi ilahjy tak boleh tandingi kerjatangannya.. setiap kerja dan sentuhan masakannya mahupun menembak gambar hehe pasti tiada tolok tandingannya.. ilahjy hanya bersyukur krn punyai sorg sahabt maya yg amat kretip...INSAN TERISTIMEWA.. lalu ilahjy gelarkannya dengan panggilan DEK ITA LAWA... LAWA ni bawa maksud cantik kemas menarik dan segalanya... hehe..
sapa yg tak kenal ITA MASAM MANIS sila terjah ke dapo mayanya utk lihat kesemua kerja2 yg amat terbaik pernah ilahjy jumpa selama hampir 2 tahun kenal dgn beliau..jom klik disini utk N3 SWAN YG COMEL ITU..
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/10/swans-cream-puff.html

inti kastard sebelum dan selepas dicampur marjerin .. berkilat dan licin
nozle yg ilahjy pilih tak berapa tepat...
bancuhan puff sebelum dan selepas di campur telur
nasib baik ilahjy beli WOK VANTAGE nie ada juga gunanya hehe
SWAN YG TERLEBIH *SUNBURN* BERJEMUR DI KOLAM NAN KONTANG hehe
AIR kolam dah kering tinggal batu2 kerikil yg kecil dan besar jer... ahah nak mandi cam mana tu cik swan..???? kelakar tol ilahjy tengok kepala yg legam tuu apa nak kata adunan dah habis ,suhu yg amat tinggi hangus laa dia hehe..
bahan CREAM PUFF:
1/2 cawan butter tanpa garam
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula
1 cawan tepung gandum
4 telur
caranya:
1. masukkan butter, garam, gula dan air dalam periuk (nonstick) didihkan.
2. padam api, masukkan tepung dengan segera. kacau dengan senduk kayu sehingga menjadi doh lembut.
3.panaskan semula dan teruskan mengacau dengna senduk kayu sehingga kental
4.padam api. alihkan dari dapur. pukul telur dalam bekas berasingan. masukkan ke dalam adunan.
kacau sehingga adunan bergaul sebati dan menjadi licin.
5. masukkan dalam beg ising bersama muncung ising yg bersesuaian.
6. bakar dalam suhu 210-220 selama 15 minit.
7. sejukkan dan picitkan inti kastard ke dalam lubang sehingga penuh dan padat.
bahan INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung kastard/tpg jagung
1/2 cawan gula
4 biji kuning telur
3 cawan susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1 cawan NON DAIRY WHIPPING CREAM putar sehingga kental
caranya:
campurkan kesemua bahan dan kacau sebati dan masak sehingga meletup2 padam api dan masukkan butter kacau sehingga berkilat dan rata.
akhirnya sekali gaul dengan CREAM KENTAL tadi...
2 comments:
salam Ilah..
wah ada cream puf swan lagi akak belum cuba lagi mcam nk try jugak kerajinan yg penting mesti lama2 setaraf Ita..
amboihhhh, oklah tu kak Ilahhhh
Post a Comment