**BANTAL DURIAN**
menjadi kegilaan pengemar2 durian...semenjak akhir2 ni laris betul dipasaran FB DAN BLOG.
pernah nampak kwn2 buat diawal tahun 2012. tapi mcm biasa la sambutan belum menggalakkan.tapi diakhir tahun nie menjadi2 pula dikala musim durian berkurangan dan belum aktif lagi hehe...
semasa durian berlambak2 di keramat nie ilahjy tak terasa nak buat tapi bila jualannya meletoooppp
jenuh pula nak cari durian.nasib baik ada dijual 3 paket rm10 di AEON JJ SETIAWANGSA
petang semalam ilahjy ke situ dan beli semua bahan2 cuma non dairy whipping cream jer tak de.. kat giant setiawangsa pun tak de.. maka ilahjy pun belilah juga whipping cream yg ada tu..
hasilnya memang tak kental lah seperti kwn2 buat. ilahjy putar sekali isi durian di dalam adunan intinya.tahniah buat kawan2 yg telah menjadikan D.C sebagai mata pencarian tambahan.
kesedapan D.C ini memang lah tak terkata. kerana ilahjy amat suka durian HANTU DURIAN..cuma kesakitan ini menjadi penghalang utk makan lebih dari1 huhuhu..
satu lagi ilahjy nak berpesan bagi pengidap2 KOLESTROL seperti ilahjy nie.. diharap berhati2 lah ya dengan kandungan inti dan kulitnya kesemuanya berat2 belaka lemak tepunya.. ilahjy baru makan separuh jer lipatan selim melim tu kepala dah mula tak tentu arah.. kalu nak makan pastikan kalian jgn lupa ubat dan makan selepas makan nasi ya.. jgn masa perut kosong.. maaf atas nasihat ini ya... berdasarkan pengalaman diri.
satu adunan daapt lebih kurang 8 keping nipis
walaubagaimana pun mohon izin tuan punya asal resepi entah siapa ilahjy tak pasti.. yg pasti ramai sgt dah masukkan kat blog dan fb.. salah satunya ilahjy sempat print resepi dari BLOG FIZA NORDIN http://fizanordin.blogspot.com/2012/10/durian-crepe.html telah mencuba 3 jenis resepi C.D. nie..t.kasih fiza dan tuan punya asal resepi.. ingin dikongsi disini seperti biasa.. buat tatapan anak cucuku hehe
BAHAN KULIT D.C:
50 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar gula halus
3 sudu teh marjerin dicairkan
160 ml air
40 ml susu cair
1 sudu teh vanilla
pewarna kuning
caranya:
campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan tapis.
guna non stick pan utk medadarkannya.
setelah masak sejukan sebentar dan gulung kan intinya seperti buat popiah.
BAHAN INTINYA: DURIAN CHEESE
250 gm cream cheese suhu bilik
60 gm gula izing diayak
200 gm isi durian dilenyek
80 gm non dairy whipping cream pukul sehingga kental
caranya:
putar cream cheese dgn gula sehingga kembang.
masukkan isi durian dan putar sebati.
kalau suka masukkan WHIPPING CREAM tadi.
setelah dibalut dengan kemas sila simpan didalam tempat dingin beku.
enak dimakan ketika sejuk. selamat mencuba..
ada lagi satu cara untuk intinya tapi ilahjy belum cuba lagi yg ini:
putar NON WHIPPING CREAM ATAU FRESH CREAM sehingga kental
masukkan ke dalam kulit kemudian lapis kan isi durian lenyek
kemudian lapiskan dengan cream dan balutlah dng kemas.
nota kaki: 2 nov 2012::::: TEKNIK UTK MENGEMUKKAN BALUTAN:
LETAK INTI DI TENGAH2 DADAR. LIPAT BAWAH KE ATAS KEMUDIAN LIPAT ATAS KE BAWAH. SETERUSNYA LIPAT KIRI KE KANAN DAN KANAN KE KIRI
CREPE YG ILAHJY LIPAT DI ATAS LEPER SEBAB DIGULUNG MCM DADAR... TEKNIK INI SALAH!!! ATAS PENGALAMAN KALI KE DUA ILAHJY MEMBUATNYA BARU CREPE ITU GEMUK hehehee... tiada rashsia yaaaaaa... tunjuk ajar mu sifuuu..
7 comments:
Sedapnya,tp x pernah lg rasa.....
amboiiii, selimmmmmnya, makan pil kuruskah???
2 naza
cuba lah baut memg sedap
2 sari kusss
makan pil slim ker pil kolestrol hahahaa huhuhuuu
liza pun xtry lg buat cd ni, jakun betul....ihihii
Alaaa dubai durian mahall trliur tgk
wah ilah punya lg best ada cheese pasti sedap giler ni hehe..Akak ni hantu durian :)
Hihi nilah resipi yang I guna kak! Ambik dari Ana Suzana :)
Post a Comment