ilahjy teringat..alkisah..hidangan air ini akan disaji semasa kami para tamu menunggu tetamu kehormat tiba sewaktu dinner diadakan di mess pegawai.. di dalamnya di dadukan buahan seperti oren dan epal merah. buah2 an itu akan terapungan di atas air. tapi resepi dibawah ni ilahjy tak masukkan pun buah2an tuu ..malas nak potong buah2nya... semasa para pelayan melayani kami dgn air2 ini sempat ilahjy meminta resepi nya...
(tak tahu kenapa air ini jadi pilihan sejak azali samada dimess atau dihotel..biarlah menjadi rasia mereka)
maka hasil dari fanta hijau tempoh hari ilahjy cuba gabungkan dengan resepi dari mess itu...
kerana air sirap rose oren tu memang sudah menjadi kegemaran kami sekeluarga sejak bertahun2 dulu. resepi itu ilahjy ambil semasa anak masih baru 2 orang... dalam lebih kurang 20 tahun dah ilahjy gunakan.. tapi org2 dari mess tidak beri resepinya secara terperinci.. cuma mereka cakap jus oren dicampur dengan jus sirap rose. ilahjy akan campur sehingga kena pada tekak sendiri, samaada nak lebih masam oren atau lebih rose. terpulang. jadi resepi di bawah pun ilahjy ikut sukatan tekak dan hasil ubahsuai fanta hijau...
resepi ini dimasukkan disini utk tatapan anak2 dimasa depan kalau kalian buat tidak menetapi citarasa ..harap maaf yaa...bagi kami sekeluarga amat enak sekali...bahan:
1 kilo gula
1 liter air
1/4 botol esen pisang
1/4 botol pewarna merah
1/2 botol oren sunquick (saiz kecil 330 ml)
3 sudu besar sirap rose (kalau nak warna menyerlah kena lebihkan)
caranya:
campur kesemua bahan kecuali esen pisang, masak sehingga mendidih dan padamkan api. baru masukkan esen pisang. kacau sebati dan tapiskan.
semasa hendak dihidangkan baru di potong dadu halus2 buah oren dan buah epal merah yg terlebih dahulu direndam dgn air garam elak kusam. setelah ditos air garam baru di masukkan ke dalam jag hidangan. sedia untuk diminum.
NOTA TAMBAHAN: resepi asal SIRAP ROSE OREN
HANYA MENGGUNAKAN SIRAP ROSE DAN OREN SUNQUICK SAHAJA BERSAMA GULA
No comments:
Post a Comment