Ayam ni seakan stew tapi ilahjy tambah rempah soto, masak seperti biasa.
Bahannya:
1 mangkuk sup isi ayam dipotong sebesar 2 jari@kecik2
Goreng dalam minyak tenggelam sehingga 3/4 masak.
Keluarkan minyak tinggal Cukup2 untuk menumis
Ayam masih dalam kuali tadi, masukkan 2 sudu besar cili mesin
Cili mesin mesti dimesin bersama bawang2 dan sedikit belacan
Masukan 1 sudu besar rempah soto, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap
1 biji buah tomato dipotong dadu besar
Masukkan sedikit air masak sehingga terbit minyak dan perasakan garam. Masukkan daun bawang dan daun sup.
NOTA: ILAHJY MESIN CILI BERSAMA BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH DAN SEDIKIT BELACAN DALAM JUMLAH 1 BALANG MESIN PENGISAR DISIMPAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN. MEMUDAHKAN KERJA2 DI DAPUR. Siap sedia dalam petisejuk.
2 comments:
kak....
sedapnya tengok ayam tu..
colek ngan roti pun best kan
ayam sambal soto ..
first time dengar ni kak..pasti sedap nikan..
Post a Comment