apakhabar semua? semoga sihat ya.
ilahjy kolestrol sudah jejak paras low jadi tak takut lah nak makan kuih bersantan ni.. taram je laaa sementara low kalu dah jadi high langsung tak berani tapi tak takut hahahaa nak jamah kuih2 talam /bingka berbagai2 ni.
hasil simpanan buku resepi dari dapo YATIE MEMORIES SINAR KEHIDUPANKU
Ilahjy telah mencuba bingka ini. terima kasih kpd yatie krn bakat yatie dlm kuih talam2 ni dpt juga kak ilah merasainya..aminnn semoga berkat resepi ini dikongsi bersama
maaf ya ilahjy guna loyang paling besar maka adunan kuih jadi nipis. sila guna loyang yg sesuai ya
bahan:
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air
(ilahjy guna separuh kelapa perah dgn 3 cawan air)
2 sudu besar mentega
1/2 sudu teh garam
1 tin kacang merah toskan airnya dan cuci bersih
caranya:
satukan kesemua bahan kecuali kacang. kisar sehingga halus
masukkan ke dalam periku dengan api sederhana panaskan sehingga naik wap masukkan kacang dan kacau sebati.
sapu loyang dengna mentega panaskan sebentar dalam oven
keluarkan tuankan adunan tadi
bakar 180 darjah selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak
akhir sekali dgn api atas sahaja bakar selamat 10 mt utk keraknya
2 comments:
tq kak Ilah sudi mencuba resepi ni dan kena dngn selera akak..sedap tergigit kcng merah tu..
Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat kak Illah dan keluarga.. ^_^
Post a Comment