terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts sorted by relevance for query kek karamel. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kek karamel. Sort by date Show all posts

04 July, 2013

514. BISKUT UNTAIAN KASIH

salam  sejahtera duhai  sahabat  alam  maya  sekelian.
sejak  akhir2  ni  biskut  untaian  kasih/ulat  bulu/landak telah  menjadi  sebutan  dan  popular  sempena  raya  yg  bakal  tiba.  rata2  diantara  kwn2  di  fb  telah  mencubanya.
termasuk  ilahjy  sendiri  tak  maua  lepaskan  peluang merasa  biskut  ini,  yang  katanya  ranggup  dan  cair dalam  mulut.  sah!!!  benar  sekali  telahan  itu. biskut  ni  memang  sedap  dan  cair  dilmulut. ilahjy  cuba  menekan  2  jenis bentuk.  adunan  ini  agak  keras  sebab  tu ilahjy  tambah  mentega   senang  nak  tekan  dgn  acuan tu.. 
pada  mulanya  ilahjy  telah  membuat  kek karamel dibawah  semasa  menunggu  kek  hendak  masak  ilahjy  adunkan  bahan2  si GEBUSSS  ni..  sekejap  je  membuatnya.  kek masak  Si  gebuss  pun  siap  dipicit dan  terus  di bakar.  lebihan  telur  putih  kek  karamel  ilahjy  jadikan  gula ising  sebagai  hiasan  atas  mawar dibawah. tak  membazir...
jom  kita  semak  resepinya.  boleh  dijadikan  hidangan  semasa  raya  nanti  yaaa.  

 yang  ini  kek  karamel  resepinya  ada  di  N3  lama  sila  ke  link di  bawah  ya...

 KEK  KARAMEL

bahan:

150  gm  mentega resepi  (asal 100 gm keras sgt  adunan) 
90 gm gula  halus
1  biji  telur
2  cawan  tepung  jagung
1  cawan  tepung  ubi
1  biji  telur A

caranya:

putar mentega dengan  gula  sehingga  putih
masukkan  telur  putar  lagi  sehingga  kembang
masukkan tepung yang  di ayak bersama sedikit demi  sedikit
uli  sehingga  sebati, jika  keras tambah  mentega
masukkan  adunan  ke  dalam acuan  dahlia  dan  picit  di atas  loyang  bergris mentega
letakan  coklat  cip  utk  matanya atau  picitkan  bentuk  mawar
bakar  dalam  oven bersuhu  170 selama  20  mt  ikut  oven  masin2.
boleh  guna  api  atas  bawah  atau  api  bawah  sahaja.
bergantung  kpd  oven  masing2 ya

11 November, 2011

369. KEK COKLAT KASTARD KARAMEL

masak petang semalam 10 nov 2011
NOTA:
resepi telah diolah/ubahsuai oleh ilahjy mengikut citarasa sendiri.. terima kasih pada pencipta resepi asal...hanya ALLAH sahaja membalasnya... mohon maaf jika tiada kredit nama ..sebab resepi dah diderhakan hehehe sebab itulah sifat kusss suka ubah suai suka rasa..hehee... janji anak2 suka dan sesuai dgn tekak ni... alhmdllah menjadi..

bahan:

A. gula hangus

4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air

caranya:
panaskan gula dalam kuali sehingga cair sepenuhnya. kemudian masukkan air masak sehingga cair. masukkan air gula itu ke dalam sebuah loyang yg bersapu marjerin. ketepikan.

B. kastard karamel

3 sudu besar tepung kastard
4 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/2 cawan susu pekat
sedikit esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan kacau sehingga sebati. masukkan ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi. kukus sehingga beku selama 25 minit dengan api kuat.
semasa proses kukus tadi sediakan bahan keknya.

bahan kek coklat:

beberapa kepingan biskut marie

A.
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu besar nescafe
1 sudu besar oren sunquick(dlm botol) lebihkan jika suka..
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

satukan kesemua bahan dalam periuk, masak sehingga panas dgn api sederhana.kacau dgn senduk kayu, setelah cair sejukkan dgn cara merendamkan periuk ke dalam bekas air.

B.
4 biji telur dipukul dgn pemutar kek sehingga gebu

C.
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder

ayak bersama bahan diatas kemudian masukan ke dalam adunan coklat tadi berselang seli dengan telur kacau dengan whisk tangan sehingga betul2 sebati.

seterusnya, masukkan adunan tadi ke atas adunan kastard karamel yg telah masak/beku tadi dan susunkan kepingan biskut marie di atas nya. tekan sikit dgn sudu jika biskut timbul. kemudian kukus selama 1 jam. cucuk dgn lidi jika dah kering menandakan kek dah masak.

nota:biskut itu ilah jy buat dlm 2 lapisan. memula tuangkan adunan kek, tinggalkan baki utk tutup biskut pertama. susunkan biskut lapisan pertama.kemudian tuangkan lebihan akhir adunan kek ke atasnya. kemudian susunkan pula lapisan ke 2 biskut dan guna sudu utk melekatkan biskut dgn adunan kek. kemudian kukus lah. sebab tu jadi 2 lapisan seperti dlm gambar... harap faham ya....

ilahjy nak cepat makan...jadi kena sejukkan kek di depan kipas angin dgn merendamkan loyang tadi dlm bekas air.. setelah sejuk cuba lekangkan kek dari loyang dan terbalikkan kek di atas pinggan. dan boleh di potong terus.

03 November, 2010

MAJLIS SANTAPAN BERADAB BERSAMA SULTAN KEDAH-kek karamel

beginilah hasilnya kek hijooo tuu mmg gebussss... kek ni ilah jy belajar pada tahun 1999 semasa mr hubby masuk MTAT. EN2 suami bz study puan2 bini sibuk belajar masak dan layan aktiviti BAKAT...

RESEPI DAN CARA KLIK DISINIl YA.. kalau nak ubah warnanya hanya tambah warna dan perisa sahaja...masuk masa persediaan cecair dlm bahan2 yg berkaitan...


selamat pagi..sekarang 1 pagi 3 nov 2010

ilahjy dan mr hubby baru balik dari majlis santapan beradab dengan kebawah duli tuanku sultan kedah. majlis sambutan ulang tahun ke 77 thn RAMD... TUANKU SULTAN KEDAH ADALAH PENAUNG RAMD
acara bermula 8 mlm 2 NOV. sebelum ilahjy pergi ke hotel nikko bersama mr hubby sempat lagi ilah jy buatkan anak2 yg nak ditinggalkan..sebiji kek karamel yg hampir setahun tak dibuat...
INILAH HASILNYA dlm keadaaan tergesa2 ilah jy siapkan kek ni... yg penting anak2 suka kek ni...dalam N3 2008 sudah ada resepinya. kalau kalian mahu nanti ilahjy ulang tayang...

MARI SAKSIKAN SEDIKIT dari majlis malam tadi 2nov 2010.. TIADA rasa riak utk tayang tapi nak berkongsi majlis dgn teman2... nanti dah pencen tak de lagi semua ini... dah 22 thn ilah jy terlibat bersama en hubby..

****maaf gmbr dlm pengantian....tungguuuu****

ilahjy sampai jam 7mlm di nikko sempat la berposing sementara org belum ada...
pintu masuk dewan makan..Tayang kasut baru beli hehehe...geli hati dah bertahun tak de kasut baruuuuuu..huhuuuuuu handbeg najihah hadiahkan masa birthday lepas..ogos... baju raya 4tahun lepas ..tudung 2 tahun lepas... sebab aku hanya insan biasa sajeeeeee...tiada rupa tiada gaya.....hua hua huaaaaa...

***maaf gmbr dlm pengantian..tunggu***

dihadapan meja santapan utamapentas muzikal....
ini tempat ilahjy bakal bersantap dgn hubby
ke bawah duli tuanku sudah pun tiba semua berdiri tanda hormatke bawah duli tuanku sudah siap sedia utk acara bermula.. kelihatan anakanda tuanku pun ada bersama sebelah kanan gambar.. tuanku intan safinah.. beruniform juga...
ini set western ilah jy punya daginggggacara makan beradab sedang berjalan..en hubby sedang melapah ayam..heheeesambil bersantap kami diiringi muzikal ketenteraan ...
sekian lapuran dari bilik berita dapo maya ilahjy utk kali ini entah bila dpt ku kabarkan lagi...
terimakasih kerana sudi membaca dan menikmati keindahan malam ini bersama ilahjy...di hotel nIkko Kl majlis ulang tahun RAmd KE 77...

11 November, 2011

370. KEK LAPIS BUAH2AN 111111

KEK LAPIS BUAH 1 MALAYSIA

penghargaan buat adinda e-na di jepung.. kerna berkongsi resepi yg mudah ini..
buat pengetahuan mu dek..kak ilah mcm biasa lah suka suki ubah suai resepi... sebab nak menghabiskan stok buah2 koktail yg ada tuuu.. kak beli kat kedai 1 malaysia di melawati.. boleh tahan sedap buah2 tu... walaupun harga murah dan brand pun tak deeee.. cuma ada 1 malaysia jer...

mari kita sama2 saksikan bahan2 yg telah ilah jy ubah suai... nasib baik menjadi dan sedap... bukan apa..kemaruk buat kek sejak semalam 10 NOV 2011.. kek coklat kastard karamel... ada sapa2 nak lihat resepi ori dari dapo E-na sila ke jepunggg ya....naik jet cepat sikit...heheheee

bahan A:

5 biji telur
200 gm gula halus
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil ovellet

caranya:

putar telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan ovellet dan terus putar sehinggga gebu dan ringan. masukkan esen.

bahan B:

220 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

ayak kedua2 bahan dlm 1 bekas.

bahan C:

150 ml susu cair
100 ml minyak jagung

caranya:

campurkan ke dua2 bahan.

bahan D ilahjy tambah:

pewarna yg kita sukai ilahjy guna purple, hijau dan oren juga kuning..
7 sudu besar nestum
1/4 cawan susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan susu cair
1 cawan buah2 campuran dlm tin
2 sudu besar jus buah2an campuran jenama sunquick
sedikit kismis dan ceri hijau dan merah
serbuk koko atau milo

caranya:

1. masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli dgn bancuhan susu dan minyak. kacau sehingga sebati. ilahjy guna mesin kek putar kelajuan paling rendah.
2. masukkan nestum dan susu pekat terus diputar sehingga nestum sebati dgn bancuhan tadi.
3. bahagiakan adunan kepada 3 bahagian:
>1- warna purple utk bahagian dasar.
>2- warna hijau utk lapisan ke 2.
>3- warna asal di bahagi kepada 2 :
A. warna oren
*B. warna asal akan jadi kuning sebab kastard.

4. sapu loyang dgn marjerin. kukus lapisan purple sehingga kering tidak melekat dijari.
5. seterusnya angkat keluar kukusan, masukkan adunan hijau ratakan dgn sudu.
taburkan serbuk koko serata adunan dan kukus seperti lapisan pertama.
6. angkat dan masukkan adunan oren . lapisan oren agak nipis dr lapisan yg lain. sebab adunan dibahagi dua. kemudian taburkan serbuk koko lagi sekali. kukus sehingga masak seperti yg lain.

7. adunan asal B* tadi dimasukkan susu cair, tepung kastad,jus, buah2 campuran, kismis dan ceri2 kacau rata,
8. masukkan adunan ini ke atas kek tadi dan sapu rata kukus selama 1/2 jam. sehingga beku
angkat dan sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan.. sedia utk dipotong.

selamat mencuba..janganlah pening2 bila tengok resepi ni..amat senang jika kita dah mula membuatnya....
boleh dikatakan kek ni seimbang lah sebab ada buahan. ilahjy ada melihat ita masam manis buat kek macam ni..http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/10/kek-coklat-kukus-keju-koktel.html
tetapi resepi sangatlah berbeza dan kena bekukan sebelum makan.tapi yg ilahjy buat nie tak perlu beku lepas jer masak dah boleh makan....begitu juga dek izah daut..juga pernah buat kek tu..http://izahdaut.blogspot.com/2011/10/kek-coklat-kukus-keju-koktel.html

tapi ilahjy tak de stok cissss maka terpaksa cari lain resepi yg boleh dihabisi buah koktel tueee... maka dengan ini terciptalah kek lapis buah 1 malaysia niee sbb beli kat kedai 1 malaysia.. ahaaaakkkssss....semangat gitussss...

12 January, 2009

40..KEK KARAMEL 2 LAPISAN....belajar di MAKTAB TURUS A.T

KALAU NAK WARNA MCM PELANGI TUANGKAN BERSELANG SELI.. WARNAKAN SELEPAS BAHAGIAN B DAN C DICAMPURKAN SEHINGGA SEBATI. WARNAKAN IKUT SELERA KITA. ILAHJY BUAT HANYA WARNA HIJAU.. YG BAWAH TU WARNA ASAL YA PUAN2...
aku masak pada 27 mac 09
terliur tak kalian tengok
INILAH HASILNYA SETELAH AKU SEJUKAN SELAMA 2 JAM
masukan air ke dalam loyang hitam, bakar lah selama 1 jam. biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dr loyang. kalu tak, nanti karamel atas dia akan pecah.. hikhik nasib kau org lah kalau tak jadikkk..aku dah berpuluh kali buat ada juga sesekali x jadi.

lihatlah keajaiban depa tak bercampur....yg bahan kuning tu masih di bawah tak bercampur dgn yg putih tu.. bila bakar hasilnya seperti di atas lah

campurkan bahan BC ke dalam bahan A

bahan campuran B dan C dalam bekas putih. kanan bahan A dalam loyang

campurkan bahan C ke dalam bahan B gaul sebati

bahan C iaitu tepung dan susu cair juga minyak masak dan air ais
bahan B putih telur putar sampai berkrim


bahan A di tuang ke atas gula hangus

bahan A

lapisan gula karamel bersama marjerin sapu loyang


SILA BACA BERULANG KALI SUPAYA FAHAM PERHATIKAN LANGKAH2 DI ATAS DENGAN TELITI. HARAP MAKLUMLink

Bahan: klik sini utk gambar dan kali ke 2 kek dibuat

lapisan gula hangus:

sapu loyang dgn marjerin-supaya mudah tanggal.
masukkan 6 sudu besar gula pasir. panaskan sehingga kekuningan dan cair, renjiskan sedikit air ke dalam loyang tadi biarkan sebentar sementara menyediakan bahan2 lain.


A. lapisan atas karamel

5 biji merah telur
¾ cawan gula pasir halus
1 tin susu cair
1 sudu besar esen vanilla

Kacau semua bahan sehingga sebati

B.

5 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
¾ cawan gula halus

Pukul kesemua bahan sehingga gebu mcm buih sabun

C.

3 biji kuning telur
¾ cawan minyak masak
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan air ais

Campurkan kuning telur dan minyak masak kacau sebati. Campurkan tepung berselang seli dgn air. Kacau sebati.

Cara:

1. campurkan bahan C ke dalam B kacau sebati. bolehlah diwarnakan 3 warna atau kosong mcm ilahjy buat.
2. Buat gula hangus atas peti tin yg hendak dibakar kek tersebut.
3. tuangkan bahan A, kemudian bahan B + C tadi.
4. bakar dlm oven yg berbekas kan air. Sehingga masak.

ketika membakar guna loyang hitam seperti dlm oven masukkan air kemudian masukkan loyang yg berisi adunan tadi. teruskan membakar sehingga masak. 170 darjah selama 1 jam. paras air hendaklah separuh loyang adunan..

18 October, 2011

HAPPY BIRTHDAY MY DARLING

KEK KAREMEL DAN APAM KOKO MEKAR
RESEPI KEK KARAMEL KLIK SINI YA
RESEPI INI ADALAH RESEPI ILAHJY SENDIRI TIDAK SAMA DGN KWN2 TELAH BUAT SEBELUM INI LANGKAH DEMI LANGKAH JUGA ILAHJY SERTAKAN DI SANA..
RESEPI APAM KOKO KLIK SINI YA
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2011/01/261-apam-mekar-koko.html

HARI INI 18 OKTOBER 1961 HARI KHAMIS
seorang ibu bernama halimah bt haji othman telah melahirkan anak ke 5 seorang bayi lelaki yg diberi nama YAAKOB BIN HASHIM.
bayi itu dilahirkan dinegeri melaka dan dibesarkan di kelang selangor.
hari ini genap lah usia bayi itu 50 tahun. dah berkahwin selama 23 tahun bersama ilahjy dan mempunyai 4 org cahaya mata ke semuanya perempuan. dan semua telah meningkat dewasa.

TERIMA KASIH kepada arwah ibu mentua ku yg telah melahirkan dan membesarkan suamiku sehingga menjadi anak yg paling taat dalam keluarga dan paling di kasihi dan dihormati dalam keluarga....

bersamaan tarikh ini pada tahun 1981.. kakak ke 3 en hubby ku telah melahirkan anak ke 2 merangkap anak buah perempuan en hb merangkap cucu ke 2 dalam keluarga mentua ilahjy..yg kini berusia 30 tahun. maka saban tahun ke dua insan istimewa ini akan saling membalas ucapan salam hari lahir.. malam tadi jam 12 malam ilahjy buat panggilan kepada anak buah di melaka utk ucapan keramat ini... tahniah buat kamu berdua...

sempena hari lahir mereka berdua ilahjy buatkan dua jenis kek. utk en hb bawa ke tempat kerjanya.

duhai suami ku yg tercinta...
selamat hari lahir buat mu yg tersayang...
terima kasih kerana memilih diriku sebagai isteri
terima kasih kerana menjadikan aku seorang ibu kepada 4 org anak2 mu
terima kasih kerana mengajar ku erti kehidupan
terima kasih kerana menjadikan hidupku semewah ini
terima kasih kerana menjadikan aku seorang insan berguna pada yg terlibat
terima kasih kerana sudi menjadi teman tidur ku
terima kasih kerana menjadi musuh dan sahabat paling baik dalam hidup ku
terima kasih kerana membawa ku kemana sahaja kau bekerja selama 23 tahun
terima kasih kerana simpati pada kesibukan aku membesar anak2
terima kasih kerana mengajak dan menabungkan aku kewangan utk ke mekah..

AKAN KU CUBA MENJADI ISTERI YG PALING TERBAIK BUAT DIRIMU...AAAAMINNNN

14 August, 2015

760. KEK CIS KARAMEL penghargaan kpd knj.

Penghargaan kak nik ja... ilahjy simpan ye sbb tak sempat nak masak... nanti 1masa nak try..tq knj...


Double nyaman.
Kek karamel chiz
Bhn A

100g cream cheese
50g butter
100g fresh milk
Masak ketiga2 bhn di atas hingga cair ciznya. Letak tepi biarkn sejuk.
Bhn B
1 sdm gula di masak dlm loyang hingga kekuningan. Biarkan sejuk.
Bhn C
3 biji kuning telur
200g susu cair
50g gula halus
1 sdt esen vanila
Ketiga2 bhn di atas di gaul lembut dgn senduk..bila siap tuang dlm loyang gula masak tadi.
Bhn D
6 biji putih telur
100g gula halus
1/2 sdt cream of tartar.
Pukul ketiga2 bhn di atas hingga jadi meringue. Letak tepi.
Bhn E
3 bji kuning telur
80g tpg superfine
Pukul telur then masukkan tpg dan masukkan cheese yg di masak tdi. Bila siap tuang adunan E dlm adunan D. Gaul kan kedua2 adunan dgn sendok hingga rata. Tuang dlm loyang yg susu cair tdi. Bakar guna kaedah baine marie 1jam 165°c, selepas 20 minit kurangkan ke 150-140°c..letak foil paper begitu saja atas kek jika takut permukaan kek hangus